[Q&A] Solid food menggunakan botol susu

Question: Saya ibu bekerja. Semasa bekerja saya meninggalkan bayi di rumah pengasuh. Sejak berumur 6bulan saya telah memberikan bayi solid food. Saya telah menyediakan feeding set yang lengkap untuk memudahkan pengasuh memberikan bayi makan. Namun tanpa pengetahuan saya, pengasuh telah memberikan bayi makan solid food menggunakan botol susu. Apakah kesan dan risiko kepada bayi saya? Adakah bayi akan mudah tantrum dan tidak selesa? Bayi saya berumur 10 bulan. (Imani Husni)

Answer: Solid food yang saya faham di sini adalah jenis yang lembut seperti puree dan dimasukkan dalam botol susu untuk dihisap ataupun ditambah dalam susu? Memang akan susah untuk dihisap begitu dan dia mungkin akan lambat menghabiskan makanannya, dan mudah tantrum. Harus juga pastikan bahawa bayi sudah pandai menelan makanan solid food supaya tiada risiko tercekik. Bayi harus duduk menegak semasa diberikan solid food dan bukan baring dengan hisap botol susunya.


Posted

in

by

Tags: