[Q&A] Ketul benjolan kecil di kepala bayi

Question: anak saya kini berusia 11 bulan. beberapa bulan selepas lahir saya mendapati terdapat benjolan di belakang kepala anak saya.di kiri dan kanan kepala. Baru-baru ini saya dapati benjelon tersebut sudah mengecil tp masih boleh dirasai dengan jari. Ianya lembut apabila menyentuhnya. Saya ingin tahu, apa sebenarnya benjolan itu. adakah ianya merbahaya??

Answer: Puan Saadah , soalan begini tidak mungkin dapat dijawab tanpa melihat sendiri benjolan tersebut. Ada banyak kemungkinan seperti kelenjar limfa membengkak, atau ketulan cyst kerana jangkitan tapi saya tidak boleh mengadaikan tanpa pemeriksaan nanti salah diagnosis. Saranan saya , berjumpa doktor di klinik kesihatan/ klinik swasta untuk kepastian.

Comments are closed.