[Q&A] Warna najis. bilakah perlu berjumpa doktor?

Question: Doktor, Anak saya perempuan berumur 2 tahun 1 bulan. sejak kebelakangan ini najisnya pelbagai warna. Saya pernah baca mengenai warna najis yang menandakan anak bermasalah adalah berwarna kuning keputihan.Tapi ini tidak terjadi setiap kali membuang air besar. contohnya sehari sekali atau 2 hari berikutnya.kadang-kadang warnanya elok sahaja.kadang-kadang warna kelabu.adakah saya perlu risau keadaan ini. unutk pengetahuan doktor, anak saya baru belajar menerima susu formula.sebelum ini susu formula hanya tambahan sahaja jika susu ibu tidak mencukupi dengan jenama yang sama sehingga sekarang.Selain itu, saya selalu terdengar perutnya berbunyi seperti perut lapar walaupun sebenarnya dia sudah makan. Harap doktor dapat memberikan penjelasan.

Terima kasih. (by Nor)

Answer: Puan Nor, warna najis yang tidak normal dan menunjukkan masalah serius adalah najis yang tidak berwarna,pucat; hitam seperti jalan tar; merah berdarah. Warna najis lain tidak perlu risau, dan warna adalah akibat daripada interaksi dengan bakteria dalam usus, masa transit najis dalam usus dan kandungan jus hempedu. Bunyi itu adalah transmissi daripada pergerakan usus yang normal. Sekiranya anak dapat menyusu, tidak muntah selalu, tambah berat badan dan dapat buang air besar dengan baik, maka sistem ususnya adalah normal. sila baca artikel ini http://www.doktorbudak.com/2014/03/14/adakah-najis-bayi-saya-normal/