Anak kerap terhantuk kepala : bahayakah?

Question: Hi docs, anak saya baru berusia 2 tahun . Dalam tempoh pembesaran dia sehingga hari ini , dia telah mengalami hentakan yang agak kuat di kepala .dia pernah beberapa kali tergelincir , terjatuh ,tersembam dan sebagainya. Sehingga ada benjol di kepala . apa yang saya laku kan ialah dengan tuam kepala anak saya dengan tuala panas atau bantal panas . Apa yang merisau kan saya apakah kesan daripada hantukan yang kuat di masa akan dtg? Sekarang anak saya sihat dan membesar seperti kanak kanak lain malah semakin cerdik. Adakah di masa akan datang kesannya boleh menyebab kan darah beku ke jika tidak mengaambil tindakan ?

Saya tunggu jawapan doktor , Terima kasih doktor .
(Nur Zulyka)

Answer: Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Untuk menjawab persoalam Puan saya perlu menerangkan sedikit mengenai kesan-kesan hentakan kepala supaya perbezaan antara hentakan yang serius dan hentakan yang tidak serius dapat difahami dan langkah-langkah yang perlu diambil seterusnya.

Apabila anak terjatuh dan mengalami hentakan di kepala, saya rasa semua ibu bapa akan menjadi risau kerana takutkan pendarahan di dalam kepala tetapi tidak semua hentakan mesti disusuli dengan pendarahan. Lapisan kepala terbahagi kepada kulit, tengkorak (‘skull’) dan otak. Apabila ada hentakan atau trauma ke kepala ia boleh menyebabkan kecederaan kepada kulit, tengkorak atau/dan otak.

head1
‘Scalp’ = Kulit Kepala ‘Periosteum’ dan ‘Skull bone’ = Tengkorak ‘Dura mater’, ‘Subdural space’, ‘Subarachnoid space’ dan ‘Brain’ = sebahagian dari struktur-struktur Otak

Kesan kepada kulit sahaja tanpa kecederaan kepada otak biasanya tidak serius tetapi secara visualnya ia boleh membimbangkan ibubapa. Apabila hentakan berlaku, kulit mungkin terkoyak dan menyebabkan pendarahan tetapi jika luka tersebut besar dan melibatkan salur darah yang besar ia boleh menyebabkan pendarahan yang serius. Usaha perlu dilakukan untuk menghentikan pendarahan kerana kesan serius boleh berlaku kepada mangsa jika hilang darah dengan banyak. Apa yang perlu dilakukan sekiranya terdapat luka pada kulit selepas hentakan ialah dengan mengenakan tekanan pada luka dengan menggunakan kain yang bersih. Jika pendarahan tidak berhenti atau luka agak besar, terus bawa mangsa ke klinik atau pusat kesihatan yang paling dekat sambil meneruskan tekanan terhadap luka tersebut.

head10

Selain dari luka ada juga kecederaan kepada kulit kepala yang disusuli dengan benjol sahaja. Benjol tersebut boleh disebabkan oleh bengkak pada kulit atau pun pendarahan di bawah kulit di mana darah berkumpul antara kulit kepala dan tengkorak. Ini bermaknanya ianya pendarahan tersebut di luar otak dan tidak akan menghimpit otak kerana dihalang oleh tengkorak.

Walaupun begitu apabila ada benjol ianya tidak bermaksud pendarahan hanya berlaku di luar otak dan tiada pendarahan berlaku dalaman otak. Mangsa masih perlu diberi perhatian jika dia menunjukkan simptom-simptom yang menandakan pendarahan dalaman otak, mangsa perlu dibawa untuk rawatan segera yang akan saya terangkan nanti. Benjol di kepala yg disebabkan oleh pendarahan di bawah kulit biasanya akan hilang dengan sendirinya dan boleh memakan masa hingga 1-2 minggu untuk hilang sepenuhnya.

Mangsa mungkin akan merasa sakit di tempat benjolan tersebut dan mungkin lebih sakit jika benjol tersebut ditekan. ‘Cold compress’ atau tuaman sejuk boleh mempercepatkan benjolan tersebut reda/kurang. ‘Hot compress’ atau tuaman panas boleh mengurangkan sakit tetapi harus disusuli dengan tuaman sejuk kerana panas akan menyebabkan cecair tisu bertambah dan bengkak. Darah beku tersebut akan perlahan-lahan diserap balik ke tisu sekeliling dah benjolan/bengkak akan surut dan hilang.

head11

Kecederaan kepada tengkorak dan otak mempunyai kesan yang lebih serius berbanding kecedaraan kepada kulit sahaja dan kedua-duanya boleh berlaku tanpa apa-apa kesan kepada kulit. Ini bermakna jika ada hentakan kepala dan dari segi luarannya mangsa tidak ada luka atau benjol atau apa-apa tanda kecederaan ianya tidak bermaksud tidak ada pendarahan atau kesan kepada otak. Kesan hentakan kepada tengkorak yang serius adalah keretakan kepada tengkorak. Apabila ada keretakan kepada tengkorak ianya bermaksud hentakan yang sangat kuat dan ada risiko kesan serius kepada saraf dan otak. Ianya juga akan menyebabkan otak terdedah kepada risiko jangkitan kerana kuman boleh masuk melalui retak di tengkorak ke otak.

Selain daripada keretakan tengkorak, kecederaan ke otak boleh berlaku dengan pendarahan dalaman otak. Bergantung kepada di mana hentakan berlaku, pendarahan dalaman otak boleh berlaku di mana-mana di dalam otak. Antara simptom-simptom pendarahan dalaman otak atau kecederaan kepada otak adalah :-

  1. Pengsan selepas trauma
  2. Otot menjadi lemah atau sebahagian/semua badan tidak boleh bergerak
  3. Amnesia/Hilang ingatan
  4. Keliru
  5. Sakit kepala dan sakit mata apabila terdedah kepada cahaya
  6. Sawan
  7. Muntah lebih dari sekali
  8. Tidak dapat bercakap dengan betul atau muka menjadi senget sebelah
  9. Darah atau cecair keluar dari hidung atau telinga
  10. ‘Pupils’ atau mata hitam tidak sama saiz
  11. Penglihatan kabur atau nampak objek lebih dari satu

Jika ada simptom-simptom ini janganlah berlengah lagi untuk membawa mangsa ke hospital yang berdekatan. Jika doktor sudah memeriksa anak dan membenarkan anak di bawa pulang, kebiasaanya doktor akan memberi nasihat untuk memerhatikan anak sekurang-kurangnya dalam 24 jam yang pertama untuk tanda-tanda seperti di atas. Selain dari itu ibubapa juga dinasihatkan untuk

  1. Memberi Paracetamol sahaja jika perlu ubat untuk mengurangkan sakit. Tidak disarankan untuk memberi ubat dari kategori NSAID (‘Non-Steroidal Anti Inflammatory Drugs’) seperti Ibuprofen (Brufen, Bifen, Buprol-B, Ibufac, Nurofen) atau Diclofenac (Cataflam, Voren).
  2. Memberi makanan yang mudah dihadam seperti bubur dan buah-buahan.
  3. Membenarkan anak membuat atau bermain aktiviti-aktiviti yang ringan. Aktiviti berat dan ‘contact sports’ harus dielakkan dahulu. Aktiviti-aktiviti yang boleh menyebabkan hentakan kepala harus dielakkan juga
  4. Mengelakkan dahulu aktiviti-aktiviti yang memerlukan konsentrasi seperti membaca dan membuat kerja sekolah
  5. Membenarkan anak untuk tidur apabila kembali daripada hospital. Bagaimanapun anak hendaklah perlu diperiksa dan dikejutkan secara lembut setiap 2-3 jam. Jangan dibiarkan anak tanpa perhatian dalam tempoh 24 jam pertama.
  6. Apabila dikejutkan cuba bertanya soalan-soalan mudah seperti nama mereka
  7. Cuba lihat mata hitam mereka (‘pupils’) jika saiznya sama. Jika berbeza hendaklah dibawa terus kepada doktor. (Anda mungkin tidak dapat memastikan ini, maka sekiranya musykil, dapatkan pemeriksaan doktor)

head7

Jika mangsa tiada simptom-simptom seperti yang dinyatakan sebelum ini, keberangkalian pendarahan dalaman otak adalah tipis tetapi untuk mangsa pulih sepenuhnya daripada hentakan tersebut boleh mengambil masa berminggu malah ada yang hingga berbulan untuk pulih sepenuhnya. Bagaimanapun kebanyakan kes yang tiada tanda pendarahan dalaman otak, mereka akan pulih sepenuhnya tanpa ada apa-apa kesan jangka masa panjang walaupun tempoh untuk pulih mengambil masa yang lama.

Jika anak Puan membesar dengan sihat dan semakin cerdik, Puan tidak perlu risau akan darah beku atau kesan hantukan tersebut jika ada sekali pun darah beku ianya sudah diserap ke tisu sekeliling tempat hentakan tersebut seperti saya nyatakan sebelum ini.

‘Beringat Sebelum Terkena’.

Kita sering nampak ayat ini di kain pemidang di jalanraya mahu pun di televisyen. Pencegahan adalah lebih baik dari mengubat. Walaupun tiada kanak-kanak yang tidak pernah jatuh langsung seumur hidup mereka tetapi ada langkah-langkah keselamatan yang boleh diambil untuk mengurangkan risiko anak mengalami hentakan atau jatuh di rumah. Antaranya

  1. Memasang ‘grill/window guard’ kepada semua tingkap yang boleh dibuka di rumah
  2. Memasang pagar keselamatan pada tangga rumah jika ada
  3. Memastikan tiada barang-barang atau mainan pada tangga yang boleh menyebabkan anak terpijak dan jatuh
  4. Memastikan anak tidak bermain-main di tangga atau pun melompat-lompat antara perabot
  5. Jangan membiarkan bayi/anak kecil di tempat tinggi seperti atas katil atau sofa
  6. Memastikan palang katil/’cot’ sentiasa diangkat apabila anak di dalam ‘cot’
  7. Jika boleh tidak membeli permainan ‘trampoline’ untuk digunakan di rumah
  8. Jika berbasikal, bermain papan roda (‘skateboard’) atau kasut roda hendaklah memastikan topi keledar dipakai
  9. Menggunakan ‘car seat’ khusus untuk anak (bergantung pada umur) apabila menaiki kereta

head12

 

(Answered by Dr. Faisal Mohd Fadzli)


Posted

in

by

Tags:

Comments

78 responses to “Anak kerap terhantuk kepala : bahayakah?”

  1. Salizaura Mohd Safri Avatar
    Salizaura Mohd Safri

    Assalam doc
    Umur anak saya 7 bulan.Ada satu ketika semasa emak sya mandikan anak sya,dengan tiba-tiba anak sya jatuh terlentang.Adakah ada kemungkinan kesan sampingan pd masa hadapan?seperti pendarahan atau darah beku.sbb itu pertama kali anak sya jatuh sebegitu rupa

  2. Nia Avatar
    Nia

    Assalamualaikum doc,
    Saya nak tanya, kesan pndrhn otak boleh jd tak dlm masa kurang 24jam? Saya ada seorg anak berusia 4 bulan. Anak saya telah didiagnos mengalami icb dan cerebral infarct. Skrg pnglhtn dn pndgrn ank sy tdk sprt dulu. Anak saya tidak pernah jatuh atau terhentak. Semasa sy menghantar anak saya ke rumah pengasuh anak saya tidak menunjukkan sebarang keabnormalan. Selepas satu jam sy meninggalkan ank sy d rmh pngsh, pngsh telefon dan mengatakan anak sy pengsan di dlm buai. Utk pengetahuan ank sy tidak pernah menggunakan buai. Ini adlh prtma kali ank sy mggunakan buai. Apa yg mnyebabkan dia blh brlaku doc?

  3. bujang Avatar

    semasa saya berumur 10 tahun saya pernah terjatuh ketika bermain.Dan terdapat satu benjolan dibelakang kepala saya…rambut juga gugur ditempat benjolan..saekarang saya sudah 19 tahun tetapi benjolan masih ada dan rambut tumbuh dan gugur ditempat benjolan

  4. azie miasara Avatar
    azie miasara

    assalamualaikum doc..anak saya sekarang berumur 4 tahun 5 bulan..pada umur setahun 7 bulan.die pernah terjatuh dan mengalami keretakan pada tengkorak kepala .alhamdulillah hasil ct scan menunjukkan otak okay.doc ckp tengkorak die akan pulih balik dengan sendirinya..tp bila skrg ank saya dh mula sekolah,dlm kelas die hanya boleh menumpukan perhatian dlm kelas hanya dlm beberapa minit dan ank saya terlalu lambat ctach up pelajaran dr murid yg lain..adakah itu kesan lepas keretakan yg dialaminya masa kecik dulu..die mmg x nk ikut arahan cikgu dan buat kerja sendiri..harap doc boleh beri penjelasan sbb x tau mcm nk refer masalah ni kt siapa n kt mne.

  5. lisa Avatar
    lisa

    Salam doctor… sy sering sekali mghadapi masalah sakit kepala yg berpanjangan.. pertengahan tahun 2014, sy pernah jatuh tergelincir dengan hentakan yang sangat kuat sehingga dlm beberapa saat tidak memdengar bunyi sekeliling sy… kepala sy mula benjol.. sekarang sy sering sekali sakit kepala.. mala kadang2 cecair keluar dari hidung… apabila hari panas, kepala akan sakit pada waktu malam dan hidung akan brdarah pada waktu pagi… apakah kesan tersebut?

  6. ainnajwa Avatar
    ainnajwa

    salam doc saya pelajar tingkatan 5 tahun ni sya akan mengambil spm saya kerap kali terhantuk di kepala katil sejak 3 tahun yang lepas dan sekarang saya sering kali mengalami sakit kepala yang teruk. tolong berikan pendapat doc tentang apa yang saya alami di email saya

  7. Sharina H. Avatar
    Sharina H.

    Salam sejahtera Dr.
    Anak saya baru berusia 2tahun 6bulan.. Semalam ketika sya menghantar abg nya ke sekolah,ank bongus sya ini memanjat kerusi bahagian blakang lalu terjatuh dan terhantuk kepalanya di tools box(besi). Sya tidak dpt kesan kpla bahagian mna yg terhantuk kerana tiada Kesan hantukkan tersebut.. Dan hari ini anak sya tiba2 demam.. Adakah saya harus risau.. Perlukah sya ke hospital dan meminta x-ray kepalanya?

  8. hazaini Avatar
    hazaini

    Assalam Doc,
    Symptom hantukan yang menyebabkan pendarahan dalam kepala ini kesannya 24 jam atau kemungkinan ada tak symptom selepas beberapa tahun baru ada symptom symptom seperti doc nyatakan dalam artikel diatas

  9. hasniza Avatar
    hasniza

    salam doc, sy ingin bertanya anak saya berusia 6 bulan , semalam dia tidow dalam buaian pastu terjatuh dan kepala dia terhentak di simen. saya angkat check kepala dia takot ade pendarahan tapi tiada. ape pendapat doc ye kalau kes sy ni. risau takot ade pendarahan dalam otak.

  10. efkmy Avatar
    efkmy

    Salam doc. Anak saya berusia 2 bulan lebih. Semalam secara tidak sengaja, kulit kepala anak perempuan saya alami luka yg sangat sangat kecil akibat terkena jari kuku ibu saya.
    Selepas itu keluar bintik merah yang halus di kulit kepalanya (seakan jerawat). Akan tetapi anak saya aktif seperti biasa dan minum susu pun ok.Tidurnya tiada masalah juga. Mohon jawapan dari doktor.
    Terima Kasih

  11. ibu uzma Avatar
    ibu uzma

    assalamualaikum dr,
    Smlm anak sy(9bln) jatuh dr katil. Bgkak dahi kanan.slps jatuh mmg nagis beria..mase die bersin sy lap ade sedikit drah tp x mengalir.bg susu terus tido.pg tadi cuci hdung ade cikit lendir kesan drah.mgkin yg semalam.harini anak sy aktif seperti biasa.minum ok cuma makan dua sudu sahaja..mohon jwpan dari doctor,. trima kasih.

  12. nora Avatar
    nora

    assalamualaikum dr,
    anak saya sekarang berusia 1tahun 6 bulan.anak saya selalu jatuh dan dahi bengkak,kerap kali terjadi.selepas jatuh mesti ada benjolan,dan sekarang anak saya tak boleh nangis sebab bila die nangis dia akan berhenti bernafas,satu badan akan jadi biru,saya tak tahu punca nya kenape..adekah masalah ini ada berkaitan dengan kepala..?atau masalah yang lain..?saudara mara mengatakan ianya seperti sawan..tolong saya dr..

  13. miza Avatar
    miza

    Salam dr. Saya nk tnya. Ank buah saya jatuh dr katil separas paha. Yg merisaukan saya ialah dia jtuh dlm keadaan bertiarap. Dan terdpat lebam berdkatan dgn matany. Selepas bbrapa jam dia kembali aktif. Mohon dr balas secepat mungkin.

  14. tiara Avatar
    tiara

    assalamualaikum dr..
    anak saya berumur satahun dan pernah terhantuk didinding kayu yg keras.dan ada kesan benjolan.selepas dua tiga hari benjolan sdah tiada.tapi yg mrisaukan saya,bekas benjolan di dahi anak saya seperti termasuk sedikit kedalam,dan ada tumbul benjol yg keras tdak smpai satu cm.anak saya kerap terjatuh dan terhantuk didahi.dan apabila anak saya terhantuk d dahi,benjolan yg keras timbul didahi itu pasti bengkak.tapi anak saya tetap aktif dan tdk menunjukkan tanda2 yg buruk.adakah saya perlu bwa ke klinik untk pemeriksaan ?saya harap dktr blh mbantu sya dlm nemahami hal ini.

  15. Kak Fia Avatar
    Kak Fia

    Terima kasih atas atas nasihat doktor, buat pengetahuan 1 minggu selepas CT scan bengkak di kepala anak saya telah pun susut dan dia pun tidak lagi mengadu sakit kepala. Saya beri anak makanan tambahan (supplement) yang membantu membantu mempercepatkan kesembuhan luka dan membantu pertumbuhan tulang. Almaklumlah dengan ilmu yang kurang ini itu sajalah yang mampu saya lakukan. 1 minggu lepas anak saya telah kembali ke asrama. Saya cuma nasihatkan dia agar berhati-hati agar tidak terhantuk mahupun terjatuh. Sekiranya ada saranan daripada doktor saya amat menghargainya….Terima kasih.

  16. youmay Avatar
    youmay

    salam doc, anak sy brumur setahun, dan ber ketinggian 76cm, bole bdiri sndri tp masi tdk pndai bjalan, dia jatuh time bdiri, jatuh kblakang, kpala trhantuk ke lantai, and sy rasa dia sngat rasa sakit, coz dia nngis tresak2x tp tiada benjol,. sy risau ada luka dalaman. apa sy hrus buat doc?… mohon jwpan dari doctor,. trima kasih.

  17. leen Avatar
    leen

    As salam doc.. ank sy bru berumur 6bln, mlm smlm semasa merangkak die terhantuk di dinding.. ank sy menangis sekejap shj.. dan ade benjol kecil di dahi..susu dan mkn seperti biasa. Benjol sy tuam dgn ais cube dan benjol surut sedikit. Esoknya pula ( iaitu berlaku siang td) semasa merangkak, ank sy jatuh tersembam dan terhantuk ditempat yg sama. Benjol jd lbih bsr dan kebiruan. Susu n mkn masih seperti biasa. Yg merunsingkan sy ialah, slps jatuh kali ke2 tu ank sy sll merengek mngkin sakit bengkak/benjol. Tdo ptg pn lama ( sllu x tdo lme pn) mlm pula tdo pkul 8.30.. sllu tdo pkul 10. Mohon pendapat doc ttg keadaan ank sy dan apa yg perlu sy buat? Sy tnggu jawapan doc. Tq

  18. pn aini masrom Avatar
    pn aini masrom

    Salam doc. Smlm anak sy(7bln) jatuh dr katil. Bgkak d bhgn dahi kanan.sy tuam dgn ais dan kmudian letak minyak gamat.bgkak surut dan mghilang slps lbh krg 3jam.tu p suami sy nmpk ade sedikit darah keluar dr hidung nya 2jam kemudian. Simptom berlaku dlm selang masa 24jam.anak sy aktif seperti biasa. C mne utk pastikan tiada darah beku atau side effect ?

    1. DoktorBudak Admin Avatar

      Puan , dalam keadaan begitu perlulah berjumpa doktor kerana ada perkara yang tidak boleh ditentukan oleh ibu bapa di rumah kerana ia memerlukan pemeriksaan doktor.

  19. sabarina Avatar
    sabarina

    Assalamualaikum doc..sy nk tnya mcm mna cara nk hilangkn nanah pada jahitan di kepala ank sy…dia baru brusia 2 thun…luka akibat jtuh dan terkena cermin yg pecah…kna 7 jhitan…ank sy x blh mkn antibiotik sbb akn mntah bla mkn ubt tu…dh try gna antibiotik sapu tp nanah msih ada…mohon bantuan doc tips yg prlu sy lakukan..

    1. DoktorBudak Admin Avatar

      Bawa berjumpa doktor kerana berlaku jangkitan kuman pada luka tersebut.

  20. Kak Fia Avatar
    Kak Fia

    Assalamualaikum…doktor anak saya berumur 13 tahun, ketika umurnya 11 tahun dia jatuh longkang dan belakang kepala luka dan dijahit, ketika umurnya 12 tahun dia terjatuh dari kereta semasa mengikut rombongan sekolah dan dahinya luka juga dijahit. Semasa 2 kejadian berkenaan doktor buat pemeriksaan dan Alhamdulillah tiada 11 simptom seperti yang doktor nyatakan, cuma sekali-sekala mengadu sakit kepala. Pada 22/12/2014 ustaz (anak saya sekolah Tahfiz) telefon maklumkan anak saya mengadu sakit kepala dan bengkak di kepala. 25/12/2014 kami ambil anak dan bawa ke klinik kerana memang ada bengkak di kepala sebelah kanan dari pertengahan kepala hingga ke belakang. Apabila bawa ke klinik doktor buat x-ray dan kelihatan seperti ada lekukan dan disaran untuk bawa ke hospital untuk CT Scan. Kami pun membawanya ke hospital dan selepas CT Scan dibuat memang disahkan ada retakan dikepala. Doktor cakap retakan tidak bergeser dan anak saya disuruh pulang, sekiranya ada berlaku simptom seperti yang doktor nyatakan hendaklah dibawah segera ke hospital. Agak sedikit terkilan kerana tiada sebarang ubat yang diberikan dan apatah lagi nasihat atau apa yang perlu kami lakukan. Saya seperti diberikan 1 teka-teki yang tiada jawapan. Doktor saya memohon jasa baik apakah yang perlu saya lakukan. Sekian dan terima kasih.

    1. DoktorBudak Admin Avatar

      Waalaikumussalam Kak Fia,
      Saya memahami rintihan puan. Memandangkan kami tiada akses kepada keputusan penuh CT SCAN (retakan di bahagian mana , extent retakan dan sebagainya) , dan memandangkan telah dilihat oleh doktor, saya mencadangkan agar dipantau keadaannya. Sekiranya masih sakit kepala, dan berlaku simptom2 yang telah disebutkan bawa semula ke hospital. Ini kerana masalah keretakan tidak memerlukan ubat kerana ia akan sembuh dengan masa namun jika berlaku sakit kepala ia memerlukan rawatan dan perlu diberi perhatian .

  21. nora Avatar
    nora

    Salam doc. Anak sy berusia 7bulan dn 2 hari lpas dia terjatuh dr katil.keesokan harinya anak sy demam dn sy terus bawa ke klinik. Sy telah mklumkn yg ank sy baru lps jatuh katil tp doc mmberitahu x ad apa2 yg serius. Sy mmbawa anak sy berjumpa bidan kmpung utk berurut dn bidan kmpung juga mmberitahu anak saya tidak apa2. Cuma demam terkejut. Hari ni hari ke 3 slps kejadian jatuh dn anak saya muntah2. Anak sy akn muntah setiap kali menyusu badan. Adakah sy perlu mmbawa anak sy utk x ray..bayi sy masih aktif dn ceria wlu demam. Cuma dia muntah2 which is symptom tu ad dlm senarai doc di atas. Mohon nasihat

    1. DoktorBudak Admin Avatar

      Bawalah berjumpa doktor. Muntah muntah sendiri boleh membawa permasalahan lain walaupun jika ia bukan komplikasi dari masalah terhantuk. kepala. Apatah lagi berlaku selepas masalah terjatuh dari katil , lagi lagilah perlu diberi perhatian ya.
      Ini kerana sesetangah simptom berlaku kemudian dan bukan terus selepas jatuh dan pemeriksaan doktor tersebut pada peringkat awal. adalah lebih wajar jika kita berjaga jaga.

  22. imelda Avatar
    imelda

    Salam sejahtera doktor.. adakah risiko bayi 2 bulan mendapat kecederaan otak jika kepala terhantuk di dada ibu?

    1. DoktorBudak Admin Avatar

      bergantung pada kekuatan hentakan dan gegaran.

  23. fiza Avatar
    fiza

    As’salam. Semalam anak saya ada terjatuh dari troli pasaraya. badannya jatuh mengiring. saya tak pasti jatuh mana dulu sbb membelakangkan saya. Sewaktu jatuh, dia menangis sekejap shj dlm 3 minit, lepas tu saya urut2 badannya dia diam. lebih kurang 20 minit dia biasa shj. Makan & minum seperti biasa & selepas makan dia kembali aktif seperti biasa. Anak saya agak kerap jatuh mgkn kerana dia seorang yang aktif. Saya risau doktor. Pls advise.

    1. DoktorBudak Admin Avatar

      tanda tanda yang perlu diperhatikan telah diterangkan pada artikel di atas untuk pendidikan ibu bapa .Boleh diteliti sekali lagi . terima kasih.

  24. niza Avatar
    niza

    Assalammualaikum doktor..
    Anak saya baru berumur 7 bulan, pagi semalam dalam pukul 5 pagi anak saya telah jatuh dari katil dia menangis dengan kuat tapi masih aktif dan menyusu seperti biasa. Saya sapu minyak di kepala anak saya tapi saya tengok tiada apa-apa kesan lebam. Hari ini badan anak saya kebah tanda2 nak demam tapi saya check suhu badan nya normal jadi saya letak cool fever di dahi anak saya tapi dia masih lagi aktif bermain. Apa yang membimbangkan saya adakaj ini akan memberi kesan pada anak saya di masa akan datang sebab ini dah kali kedua dia jatuh katil tapi sama gak dia takda apa2 dan masih aktif.
    Sekian, niza.

    1. DoktorBudak Admin Avatar

      waalaikumussalam,
      Niza, artikel di atas telah menerangkan dengan jelas jawapan pada persoalan anda. Mungkin boleh diteliti sekali lagi.

  25. ZAITON Avatar
    ZAITON

    salam doctor,anak sy kerap mengalami kepala terhantuk ktika 2 tahun ke bawah.sekarang masuk 4 tahun .kawasan ubun tidak rata.setakat ini tiada mslh lg.adakah dia akan mempunyai masalah untuk jangka masa panjang

    1. DoktorBudak Admin Avatar

      Zaiton , jawapan pada soalan anda telah dijawab dalam artikel di atas.

  26. eastma Avatar
    eastma

    Assalam doc

    nk tnye, baby sy 3bln lbh. dia jarang tdo dlm buai. tp smlm sy kurang sihat dan suami tdo kan baby dlm buai. jam 2.30am sy tkejut baby menangis smpai xkuar suara, tbaring ats lantai. stakat ni keadaan baby ok mcm biasa. menyusu mcm biasa (ebf), xde muntah2. sy cuma risau jika ada kemungkinan berlaku pendarahan. any advise doc?
    tq

    1. DoktorBudak Admin Avatar

      Saya harap anda telah membawa berjumpa doktor. Kami tidak menjawab soalan emergency seperti ini kerana semestinya dalam kes begitu bayi perlu dibawa berjumpa doktor secepat mungkin.

  27. pn rus Avatar
    pn rus

    Salam doc…
    Sy nk tanya smlm ank saya ada jatuh dari troli,ank sy baru berumur 1 thn 2 bln…diajatuh menjunam kepala dahulu…dia mngis dgn kuat bila pujuk dh ok, ada kesan bonjolan di kepala dia, tp dia aktif main mcm biasa makan pn ok…sya risau sbb dia jatuh dlm keadaan tmpt yg agk tinggi…tlg sy doc…tq

    1. DoktorBudak Admin Avatar

      Saya harap puan telah membaca artikel di atas kerana semua langkah langkah dan tanda tanda yang merbahaya telah diterangkan dengan jelas pada artikel tersebut. kami tidak boleh menasihati lebih dari itu tanpa pemeriksaan kerana fungsi doktorbudak ialah mendidik ibu bapa . kami tidak dapat memeriksa dan dalam keadaan yang merisaukan semestinya perlu dibawa berjumpa doktor.

  28. nur Avatar
    nur

    Assalamualaikum doc…

    Anak saya berusia hampir 4 bulan. Pagi td ada barang terjatuh ats kepalanya dan sy kurang pasti sama ada ia terkena ubun2 atau tidak.. tetapi mmg terkena di kepala… dia tidak menangis dan menyusu spt biasa. Dia ada muntah 3x dan dua daripadanya seperti muak biasa tetapi selepas 8 jam dia muntah dgn jumlah yg byk.. adakah itu tanda ia dlm keadaan bahaya?

  29. Naz Avatar
    Naz

    Salam doc, anak saya berusia 1 tahun 6 bulan. hari jumaat malam yang lepas dia jatuh terlentang dan kepala terhantuk kuat ke lantai akibat tergelincir selepas terpijak bola. dia menangis selama 15 minit..dari pemeriksaan sendiri ada sedikit benjol di belakang kepala..selepas kejadian kami monitor perilaku dia dimana makan minum seperti biasa. Namun apa yang membimbangkan saya, pada hari sabtu dan ahad dia sangat lemah(suhu badan 37.6), lebih suka tidur sedangkan dia sangat aktif sebelum ini(hari rabu dan khamis dia demam panas)..dia jugak kerap merengek dimana saya berpendapat mungkin disebabkan demam dan gigi hendak tumbuh. hari ini Isnin saya hantar dia ke nursery seperti biasa, dan saya ada hubungi nursery untuk bertanya perkembangan anak. menurut penjaga disana dia makan minum ok, cuma lemah dan hanya baring di dalam cot. adakah ini kesan dari hentakan yang kuat pada hari jumaat lepas? perlukah saya bawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan lebih lanjut? atau dia lemah kerana trauma dari hentakan yang kuat? mohon beri pandangan untuk tindakan selanjutnya perlu kehospital atau klinik biasa. terima kasih.

  30. susan Avatar
    susan

    Salam doc, anak saya berusia 17bulan, sebulan lalu pernah jatuh dan kena hentakan kepala dibagian samping kanan, ada benjolan biru dan sedikit lecet sesudah dikasih obat beberapa hari sembuh, tapi 3hari lalu saya botakin rambutnya saya melihat ada benjolan di bagian samping kepala dan benjolan itu terasa seperti ada cairan di dalam, saya kasih obat buat meredakan bengkaknya tapi semakin hari semakin membengkak, anak saya masih bermain ceria, tidak ada muntah, tidak ada kejang2 tapi saya cemas karena benjolan semakin membesar, saya sudah bawa cek ke dokter setelah saya menemukan benjolan itu, tapi dokter mengatakan bisa sembuh sendiri tanpa diobati.tapi sesudah 3hari semakin membesar benjolannya, saya jadi risau, apa karena pengaruh obat yg saya oleskan yg bikin tambah bengkak karena obat itu emang panas.

  31. mas Avatar
    mas

    Aslmkum doc ..anak saya berusia dua tahun …. Dalam tempoh 1 hingga 2 taun dia kerap jatuh….. 2x dia jtuh telentang atas lantai dari tmpt tinggi ….. Yang merisaukan saya sekrang rambut anak saya setiap Kali mandi n sikat banyak sangt luruh sehingga dah semakin nipis n jarang ….. Mcm2 cara saya dah buat tpi tetap luruh…..adakah nie kesan Dari hentakn kepalanya masa dia jatuh? APA yang perlu saya buat doc?

    1. Faisal Mohd Fadzli Avatar
      Faisal Mohd Fadzli

      Assalam Pn Mas

      Saya belum pernah jumpa mana2 kes sebegini (rambut luruh/gugur) disebabkan oleh hentakan kepala. Dan saya rasa rakan2 saya juga seperti saya. Masalah gugur rambut ini biasanya dikaitkan dengan masalah dengan kekurangan zat badan. Oleh itu saya nasihatkan puan untuk pergi berjumpa doktor untuk mencari sebab rambut gugur tetapi saya sangat pasti ianya tiada berkaitan langsung dengan hentakan kepala. Terima kasih.

      1. Faisal Mohd Fadzli Avatar
        Faisal Mohd Fadzli

        Mungkin saya perlu tambah masalah gugur rambut ini ada banyak sebab. Saya tidak mahu menyenaraikan kesemuanya kerana saya rasa lebih baik puan membawa anak berjumpa pakar kanak2 untuk berbincang mengenainya. Terima kasih.

  32. Dr Faisal Avatar
    Dr Faisal

    *comment notification system ON*

  33. Rita Avatar
    Rita

    Salam doc, anak sy berusia setahun 2 bln… sblm neh anak sy terhantuk bucu dinding pastu ade pendarahan, sy bawa ke klinik n doc hanya gam luka anak sy.. lpas 2minggu bila luka sembuh anak saya jatuh balik dekat tmpt yg sama, hanya benjol shaja sy hanya tuam kemudian jatuh lg tmpt yg sme kua darah sket sy ambil kain untuk hentikan pendarahan luka anak saya. keesokan nya pula anak sy jatuh kt tmpt yg sama, berlaku pendarahan yg teruk dimana kesan luka tuh makin membesar n saya bawa ke klinik n doc sarankan jahit… skunk luka anak sy da sembuh, tp bengkak die masih ada? normal ke doc? adakah parut jahitan anak sy bole ilang?

    1. Faisal Mohd Fadzli Avatar
      Faisal Mohd Fadzli

      Assalam Puan Rita

      Bengkak atau lebam selalunya akan mengambil masa untuk surut sepenuhnya. Ia boleh mengambil masa hingga 1-2 minggu lebih2 lagi anak puan jatuh pada tempat yang sama berulang2 kali. Untuk parut pula, selalunya ianya tidak akan hilang sepenuhnya bergantung kepada saiz jahitan/luka dan juga ada faktor2 lain. Doktor yang menjahit luka anak puan mungkin boleh memberitahu puan jika parut jahitan tersebut boleh hilang atau tidak.
      Satu nasihat saya ialah mengambil langkah2 pencegahan seperti mengelakkan/mengurangkan bucu2 tajam di rumah dan sebagainya. Pencegahan lebih baik dari merawat. Terima kasih.

  34. umie faezah Avatar
    umie faezah

    salam doc.
    sy nk bertanya, ank sy sekarang sudah berumur 4 tahun.Anak sy seorang yang aktif, disebabkan keaktifan beliau anak saya kerap terjatuh @ terhantuk dikepala.Kadang-kadang ada benjolan, kadang-kadang tiada kesan.Soalan sy dia selalu mengadu sakit kepala, adakah ini berpunca daripada dia kerap terhantuk dikepala..terima kasih

    1. Faisal Mohd Fadzli Avatar
      Faisal Mohd Fadzli

      Assalam Puan Umie Faezah

      Simptom sakit kepala boleh disebabkan oleh hentakan kepala. Dan sakit kepala juga boleh disebabkan oleh banyak lagi faktor2 lain selain daripada hentakan kepala. Untuk memastikan jika ianya dari berpunca dari hentakan kepala atau pun sebab2 yang lain, soalan dan pemeriksaan lanjut perlu dilakukan lebih2 lagi jika sakit kepala tersebut mengganggu aktivitinya. Terima kasih.

  35. sri chong Avatar
    sri chong

    salam, doc…
    Anak saya juga ada masalah kepala dia kerap terhantuk sehingga ada benjolan di kepalanya, boleh di katakan setiap keliling kepalanya sudah benjol ada sampai sekarang benjol nya masih ada lagi, saya juga risau dengan anak saya yang no 4 ini doc, simptom yang doc nyatakan seperti di atas saya rasa macam tidak ada, apa yang buat saya susah hati dengan dia saya dah perhatikan sejak 2 minggu kebelakaan ni 2 tangan anak saya ada masanya macam kaku, maksud saya bila jari kita luka jari kita akan tidak boleh gerak, kalau keadaan anak saya macam mana ya doc? Anak saya juga penah dapat 2 kali sawan bila dia demam panas, ada masa juga saya perhatikan dia anak saya macam tidak boleh kena marah sikit, bila di marah lebih je ke esokannya anak saya dapat demam doc, kenapa ya doc?

    1. Faisal Mohd Fadzli Avatar
      Faisal Mohd Fadzli

      Hi Sri Chong

      Mengikut kefahaman saya Puan risau mengenai 2 simptom iaitu kedua2 tangan anak puan kaku dan jika dimarahi dia boleh demam keesokannya dan sama ada simptom2 ini berkaitan dengan hentakan kepala.
      Untuk simptom kena marah dan kemudian demam, saya belum pernah mengalami atau baca mana2 artikel perubatan yang menyatakan simptom ini boleh terjadi selepas hentakan kepala. Maka buat masa ini saya tidak rasa ianya kena mengena dengan hentakan kepala. Mungkin kebetulan sahaja anak puan demam selepas dimarahi.
      Untuk simptom kedua2 tangannya kaku, saya rasa lebih baik anak puan dibawa untuk pemeriksaan lanjutan kerana ianya mungkin melibatkan saraf dan otak adalah organ yang penting sekali dalam sistem saraf. Sama ada kena mengena dengan hentakan kepala atau tidak saya rasa lebih baik dijawab selepas anak puan dibawa untuk pemeriksaan lengkap oleh doktor dahulu.Terima kasih.

  36. hamba allah Avatar
    hamba allah

    salam, anak saya sangat lasak semasa dia kecil dan kerap terhantuk beberapa kali dan meninggalkan kesan parut dan bengkak. semasa dia berumur 10 tahun, kepala dia pernah terhentak di jalan tar akibat terjatuh basikal yang kawan dia bonceng. kalau saya tak tanya memang saya tak tahu sebab dia selalu mengadu dia sakit kepala dan kadang pandangan dia kabur dan rasa nak pitam. saya risau jika terjadi apa-apa dalam kepala dia. adakah kesan daripada hentakan itu memberi kesan pada kepala dia? dia kata masa hentakan tu kepala dia tak berdarah dan luka. cuma dia kata sakit sangat sampai pandangan dia gelap dan berpusing sekejap dunia dia sebelum boleh lihat semula. itu sahaja saya nak tanya. terima kasih

    1. Faisal Mohd Fadzli Avatar
      Faisal Mohd Fadzli

      Assalam hamba Allah

      Jika simptom dia masih berterusan saya nasihatkan untuk bawa anak tuan/puan untuk berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut. Jika simptom tersebut hanya berlaku selepas hentakan dan hilang selepas 1-2 hari dan tiada simptom lain maka saya rasa tidak perlu untuk membuat apa2 tindakan susulan. Tetapi jika simptom tersebut berulang kembali walaupun tiada hentakan baru maka bawa anak tuan/puan terus berjumpa doktor. Terima kasih.

  37. Puan Aishah Avatar
    Puan Aishah

    aslmkm, doctor anak sy 1thn 9bln sedang berjalan tiba2 dia terpijak air, pastu tergelincir belakang kepalanya terhantuk kuat ke lantai, pastu ank sy demam dan merengek2 ketika sedang tidur. pagi hari saya masih rasa badannya panas, sy hantar ank sy ke taska, pengasuh kata ank saya active dan tak demam bila saya ambil ank sy bawa pulang badannya kembali panas sehingga 69 darjah celsius. kerana panas dimalam hari saya memandiknya dan meletakkan kain basah di belakang badannya pagi ini suhu badannya 66.8 darjah celsius. benjolan di belakang kepalanya masih kelihatan. Adakah perlu sy bawa ke hospital? atau memberikn ubat demam shj. Selera mkn ank saya seperti biasa tidak berkurang. mohon pencerahan

    1. Faisal Mohd Fadzli Avatar
      Faisal Mohd Fadzli

      Assalam Puan Aishah,
      Demam biasanya bukanlah simptom yang boleh memberitahu bahawa hentakan tersebut hentakan yang menyebabkan pendarahan serius atau tidak. Dan secara teorinya ianya tidak kena mengena dengan hentakan kepala. Kemungkinan demam tersebut adalah disebabkan oleh jangkitan atau sebab2 lain yg tiada kena mengena dengan hentakan tersebut. Walau bagaimanapun jika anak puan kelihatan seperti lemah atau ada mana2 simptom pendarahan dalaman yang serius seperti dalam artikel saya, saya sarankan untuk dibawa ke hospital/klinik untuk kepastian. Terima kasih.

  38. Puan Bella Avatar
    Puan Bella

    Salam . nak saya berumur 7bulan terjatuh semasa tidur dr sofa. Anak saya cuma menangis kuat dan selepas itu tiada apa2 tanda yang berlaku.
    Dia aktif dan seperti biasa sahaja. Perlu kah saya membawa ke klinik walapun tiada apa2 masalah kerana saya risaukan dalamam yang kita tidak nampak.

    Terima Kasih doktor

    1. Faisal Mohd Fadzli Avatar
      Faisal Mohd Fadzli

      Jika anak puan tiada tanda2 yang merisaukan selepas 48 jam, insyaAllah tiada apa2 yang serius kesan dari insiden jatuh tersebut. Tanda2 tersebut ada saya terangkan sedikit sebanyak dalam artikel saya. Harap anak puan sihat dan tidak ada apa2 yang serius.

  39. sofiahani Avatar
    sofiahani

    anak saya selepas 2minggu lahir kepala dia menjadi bengkak yang besar di bahagian kiri.sekarang dia dah berumur 3thn dan membesar dengan aktif tetapi bila saya ikat rambut dia dengan kemas masih nampak bentuk kepala yang tak bulat.apa punca bengkak tersebut?

    1. Faisal Mohd Fadzli Avatar
      Faisal Mohd Fadzli

      Assalam Puan Sofiahani

      Masalah anak puan mungkin tidak mengena dengan artikel saya lebih2 lagi bengkak tersebut puan sedar dari umur 2 minggu dan masih ada hingga umur 3 tahun. Susah untuk saya nyatakan puncanya kerana untuk mendapatkan jawapan saya perlu mendapatkan lagi maklumat2 lain dan memeriksa fizikal anak puan. Saya sarankan berjumpa dengan pakar kanak2 untuk mendapatkan jawapan. Maaf jika tidak dapat menjawab soalan puan seperti apa yang puan harapkan.

  40. adawiah Avatar
    adawiah

    salam. dr, anak saya berusia 2 tahun 10 bulan. semalam anak saya terhantuk arm rest kereta drp plastik. bunyi sgt kuat. kepala terus ada benjolan besar dan di ubun ubun juga bengkak. anak asyik mengadu sakit kepala.bagaimana dr, apa perlu saya buat selain tuam dgn ais. adakah telah terjadi pendarahan dalaman. setiap kali saya cuba sentuh ubun ubun dan dahi dia akan cakap sakit.

    1. Faisal Mohd Fadzli Avatar
      Faisal Mohd Fadzli

      Sakit serta bengkak selepas hentakan adalah respon yang normal. Ianya mungkin mengambil masa beberapa hari untuk hilang sepenuhnya.Puan boleh memberi ubat seperti Paracetamol untuk mengurangkan rasa sakit. Jika puan risau mengenai pendarahan dalaman yang serius di dalam artikel di atas, saya ada menerangkan sedikit sebanyak simptom2 yang perlu diperhatikan. Jika puan masih sangsi lebih elok di bawa ke hospital atau klinik berdekatan. Terima kasih.

  41. Puan Su Avatar
    Puan Su

    Salam Dr. saya ingin bertanya, anak pertama saya baru berusia 11 bulan. Semalam dengan posisi duduk sewaktu bermain, anak saya tidak dapat mengimbangkan badannya. lalu dia terjatuh ke belakang. Belakang kepalanya terhantuk ke atas marmar lantai. Dia menangis dengan kuat berkemungkinan sakit. Saya merasa seperti ada benjolan kecil di belakang kepalanya. saya berasa sangat bimbang.. Adakah ia memberi kesan kepada kepala dan dalamannya sebab sebelum ini sewaktu usia dia 6 bulan, dia pernah terjatuh katil dan alami benjolan di dahi. Terima Kasih Dr.

    1. Faisal Mohd Fadzli Avatar
      Faisal Mohd Fadzli

      Assalam Puan Su

      Maaf jika saya lambat memberi respon. Hentakan semasa umur anak puan 6 bulan, jika dia tidak menunjukkan apa2 simptom seperti dalam artikel saya maka kebarangkaliannya sangat kecil untuk memberi kesan benjolan tersebut. Saya rasa benjolan kecil di belakang kepalanya itu disebabkan oleh hentakan yang dialaminya baru2 ini. Bagaimanapun benjolan tersebut tidak semestinya menandakan ianya berbahaya tetapi puan perlu memerhatikan perilaku anak dalam masa 24-48 jam selepas hentakan tersebut utk simptom2 yang boleh menandakan pendarahan dalaman yg lebih serius. Artikel saya telah menerangkan sedikit sebanyak tentang ini. Harap ianya dapat membantu puan. Terima kasih.

  42. Sal Avatar
    Sal

    Hi doc!
    Anak perempuan saya berusia 7 tahun…2 minggu kebelakangan ini beliau sering mengadu sakit kepala di bahagian dahi. Kadangkala sakit kepala ini akan disertai dengan rasa loya dan pemadangan kelihatan berpusing. Pada kebiasaanya, saya akan mengurut atau meletakkan tuala basah di dahi bagi mengurangkan sakitnya dan selepas tidur,adakalah sakit itu akan reda namun ada kalanya tidak.

    Saya telah membawa beliau ke klinik di tmpt kerja dan dimaklumkan disebabkan sakit kepala itu di bahagian hadapan,berkemungkinan disebabkan stress atau cuaca panas. Doktor itu memberi saya Headache Diary untuk tempoh sebulan.

    Saya masih risau, adakah penyakit klinikal lain yang mungkin berkaitan?

    1. Faisal Mohd Fadzli Avatar
      Faisal Mohd Fadzli

      Assalam Puan Sal,
      Artikel saya lebih menekankan kesan hentakan kepala dan langkah2 yg berkaitan dengannya. Mengenai masalah sakit kepala pula, jika tidak kena mengena dengan hentakan maka ianya boleh disebabkan oleh banyak faktor seperti migraine, cluster headache dan tension headache. Saya rasa medium ini tidak sesuai untuk menjawab soalan puan. Mungkin kami akan mengeluarkan satu artikel mengenai masalah ini.
      Nasihat saya ialah jika puan risau tentang masalah sakit kepala anak puan ialah membawanya semula berjumpa doktor dan berbincang dengan doktor tersebut untuk langkah seterusnya.

  43. akmar Avatar
    akmar

    as salam dr.ank sy baru 7bulan.baru2 ni dia kne cirit birit.kerap dan agk cair.sehari dkt 5-8kali.punggung juga melecet dsbbkn kerap cirit.baby masih susu bdn dn campur susu tepung annum.dia msih aktif dan hdk mkn dn minum seperti biasa.cuma asik cirit.adakah kt mkn akn sebabkn juga baby masih cirit

    1. Faisal Mohd Fadzli Avatar
      Faisal Mohd Fadzli

      Assalam Pn Akmar,

      Masalah anak puan ini antara soalan yang paling banyak diajukan di dalam website ini. Ianya sudah dijawab dengan komprehensif oleh rakan-rakan saya. Puan boleh membuat carian dengan menggunakan perkataan cirit. Untuk memudahkan puan saya beri puan boleh klik link di bawah
      http://www.doktorbudak.com/?s=cirit&cats=
      Saya akan menjawab soalan berkaitan dengan tajuk artikel di atas. Harap jawapan saya dapat membantu puan. Terima kasih.

  44. Foo Chee Hoe Avatar
    Foo Chee Hoe

    Notification Trial

  45. dya Avatar

    Tq tuk pencerahan
    Baby 1 year selalu terjatuh..kadang2 mmg merisaukan…
    Tq 4 the tips doc ☺

    1. Dr Faisal Mohd Fadzli Avatar
      Dr Faisal Mohd Fadzli

      Assalam dya
      Tq kerana membaca. Minta disebarkan untuk bacaan semua. Glad to help. Wallahua’lam.

  46. Maie Avatar
    Maie

    Salam ,anak sye berumur setahun 3 bulan sekarang,masa dia baby bawah 6 bulan pernah terjatuh semasa sya nak masukkan dia dalam buaian . Bunyi agak kuat ,tapi dlm pada tu sye tengok perkembangan dia ade muntah-2 ke .But sampai skang aktif mcm biasa ,dan sepanjang dia dah mula boleh jalan ade jugak jatuh dan terhantuk . Tapi dia masih aktif mcm biasa ..Means dia takde apa-2 pendarahan ke pada kepala ,risau jugak yg dlm kita taktahu . Semua yg dc ckp dia aktif boleh ikut arahan semua ok,gelak main semua ok .Cuma risau dikemudian hari akan ade effect pada kepalanya . Kalau nak buat check up klinik kerajaan check kepala x-ray ke boleh ke ?

    1. Dr Faisal Mohd Fadzli Avatar
      Dr Faisal Mohd Fadzli

      Assalam Pn Maie,
      Kesan hantukan yang saya huraikan pada artikel tersebut, di mana yang boleh menyebabkan pendarahan dalaman di dalam otak selalunya akan nampak kesannya dalam masa 24-48 jam selepas hantukan. Dan selalunya jika serius ianya akan menyebabkan kelakuan anak tidak seperti biasa. Anak terjatuh ini agak kerap. Selalunya jika terjatuh dari tempat yg agak tinggi dan kena terus kepada kepala, kemungkinan berlaku pendarahan dalaman itu lebih tinggi jika dibandingkan jatuh ketika berlari atau berjalan. Bagaimanapun puan perlu perhatikan simptom2 yang dinyatakan di atas dalam masa 24-48 jam pertama. Jika tiada insyaAllah tidak perlu dibuat apa2. Yang perlu dibuat ialah mengelak anak daripada mengalami kemalangan yang sama seperti meletakkan penghadang di tangga dan sebagainya. X-ray atau apa2 imej radiologi hanya dibuat jika ada simptom2 atau tanda2 yang menandakan anak mungkin ada pendarahan dalaman. Jika tiada, tidak perlu untuk membuat ujian2 tersebut. Terima kasih.

  47. damsiah Avatar
    damsiah

    Salam..
    Anak saya masuk usia 3 tahun. Saya risau sebab dia x tau cakap lg. Masa usia 1 tahyn dia kerap jatuh tegelincir..dia x faham apa yang saya arahkan. Dia kalau nak sesuatu dia akn nangis n ambil tabgan saya.. Perkataan mama pn jarang disebut.

    1. Ayong Avatar
      Ayong

      Damsiah.. saya pun mengalami masalah yang sama, anak lelaki berusia 3 Tahun masih belum boleh bercakap lagi.

      1. Dr Faisal Mohd Fadzli Avatar
        Dr Faisal Mohd Fadzli

        Assalam Puan Damsiah dan Ayong
        Lambat bercakap ada banyak puncanya. Tidak semestinya hanya terjadi jika ada masalah dengan otak. Untuk masalah ini saya nasihatkan utk terus berjumpa dengan doktor untuk diperiksa. Terima kasih

  48. Nur Baizura Avatar
    Nur Baizura

    Salam,

    Dr, Anak sy terhantuk dinding Dan ada benjolan di dahi sejak lebih kurang 8 bulan lepas.benjolan sudah surut banyak Tapi masih terasa ada benjolan keras lebih kurang 1 cm Dan nampak jelas di mukanya. Adakah saya perlu risau? Dia tidak menunjukkan apa-apa tanda seperti muntah etc.

    1. Dr Faisal Mohd Fadzli Avatar
      Dr Faisal Mohd Fadzli

      Assalam Pn Baizura
      Adakalanya kesan daripada pendarahan bawah kulit tetapi diluar tengkorak tidak diserap sepenuhnya ke tisu sekeliling. Ia boleh meninggalkan kesan seperti benjolan yang biasanya tidak sebesar bengkak yg terjadi pada awal hantukan tersebut. Ada yang akan menjadi kekal disebabkan oleh ‘scar tissue’ atau parut tisu terhasil pada tempat pendarahan tersebut. Ada kes yang mengamil masa berbulan2 untuk hilang sepenuhnya. Jika anak puan normal puan tidak perlu risau.

  49. cifi farashana Avatar
    cifi farashana

    Assalam
    Anak saya dia melompat lps tu jatuh dlm kul 1 ,ptg lps tu dia bangun bila blik ke rumah baru nampak semakin membengkak dan dia muntah pd kul 8_10mlm los tu ke hospital dia x_ray dia org kata x de ape tpi lau ade benda2 datang blk kami pun blk ke rumah bagi mlm ubat dan suruh dia tidur dlm 3 minggu bengkak dia keluar nanah dlm 1minggu sekarang dah nampak la tpi kat dlm kita x tahu sekarang ni pn dia masih sakit di bahagian dahi.Ank saya berumur 5tahun

    1. Dr Faisal Mohd Fadzli Avatar
      Dr Faisal Mohd Fadzli

      Assalam Puan Farashana,
      Keluar nanah tersebut mungkin menandakan tempat luka atau tempat terhantuk kepala itu sudah dijangkiti kuman. Kebiasannya kuman tersebut masuk melalui luka luaran. Jika luka tersebut sembuh dan tiada nanah lagi, yg tinggal hanyala parut. Saya tidak rasa anak puan ada masalah dengan bahagian dalaman disebabkan X-ray adalah normal dan tiada simptom2 bahaya seperti dalam artikel tetapi jika anak puan masih merasa sakit lebih baik dibawa terus utk diperiksa oleh doktor. Terima kasih