Membantu kanak-kanak menghadapi trauma

Grief 2

Kanak-kanak, bencana dan trauma

Tragedi tanah runtuh, MH 370, MH 17 dan pertempuran di Gaza sememangnya menyayatkan hati semua. Anak-anak mula bertanya, ‘Apa tu mama?’, ‘Kenapa kapal terbang tu?’ dan seribu satu soalan lagi.

Liputan media pula sangat hebat dengan imej-imej yang boleh mencetuskan emosi yang kuat. Yang paling sensitif dan senang terganggu adalah anak-anak, terutamanya mereka di kalangan umur 4-8 tahun. Anak-anak mula takut dan risau dengan keselamatan mereka, dan juga keluarga. Takut jika perkara yang sama boleh menimpa mereka atau keluarga. Ibubapa pula tak pasti bagaimana nak jelaskan kepada anak-anak.

Banyak kajian menunjukkan jika kanak-kanak yang mendapat pendedahan berlebihan mengenai bencana/ berita yang mengerikan dari tv/media sosial, ia boleh memberi kesan trauma secara tidak langsung.

Oleh sebab itu, WHO (World Health Organization) mengesyorkan supaya kanak-kanak tidak ditunjukkan berita bencana secara berulang-ulang kali. Terutamanya ‘footage’ dari television/ video/youtube, berbanding dengan gambar dari suratkhabar atau berita audio dari radio.

Tips untuk ibubapa

1. Tapis dan proses maklumat yang ada.

  • Gunakan kematangan ibubapa sendiri untuk tapis info yang sesuai untuk anak tahu. Jika ibubapa tidak pasti, ‘off’kan saja tv atau radio yang menyiarkan berita tersebut. Walaupun anda rasa anak anda tidak faham, tapi visual-visual tertentu boleh menyebabkan anak-anak berasa takut.
  • Anak-anak akan tetap ingin tahu (curious) atas apa yang berlaku. Mereka boleh mendapat info dari media sosial & internet. Pastikan anda bersedia untuk menjawab soalan-soalan dari anak-anak, bersedia untuk menerangkan apa yang berlaku and membantu anak-anak memahami apa yang berlaku, tanpa menakutkan mereka. Pastikan ada sentiasa ‘available’ untuk anak-anak merasa selamat.

2. Bercakap benar, elakkan daripada berbohong dengan anak-anak. Walau seburuk mana pun berita tersebut (e.g kematian orang yang disayangi), jangan berbohong. Sekiranya ditipu, kanak-kanak akan berasa dikhianati dan sukar untuk mempercayai anda. Mereka akan rasakan mereka yang salah, sehingga ibubapa tidak percayakan mereka hingga sanggup menipu. Walaupun begitu, ibubapa perlu menyampaikan berita buruk dengan cara yang sesuai dengan umur anak. Tapis informasi yang tidak sesuai dengan umur mereka.

3. Bantu anak-anak supaya berasa selamat (feeling safe). Peranan ibubapa adalah untuk kembalikan perasaan selamat anak-anak. Berikan keyakinan kepada mereka melalui perbuatan anda.

4. Pastikan kelakuan anda sentiasa tenang. Kalau ibubapa gelabah & dalam ketakutan, anak-anak akan ikut. Ibubapa tidak dapat menenangkan anak-anak jika ibubapa sendiri tidak tenang (calm). Jangan pula menjadi ibubapa yang ‘over-protective’!

5. Berikan respon jika anak-anak perlukan anda. Adalah normal bagi anak-anak menjadi ‘extra-clingy’ selepas mengalami sesuatu yang buruk dan menakutkan. Peluklah anak-anak, tak rugi apa pun jika kita selalu memeluk mereka.

Comments are closed.