Penyakit Angin Pasang (Inguinal Hernia)

Apakah penyakit angin pasang atau inguinal hernia?

Kita kerap mendengar kes kes angin pasang berlaku pada orang dewasa dan kanak kanak. Kes angin pasang kanak kanak berlaku dengan kekerapan 3 – 5 kes dari setiap 100 kelahiran, atau bersamaan 3- 5%. Ia lebih kerap berlaku untuk anak lelaki berbanding perempuan dan 60% daripadanya berlaku pada bahagian kanan inguinal berbanding bahagian kiri. 10-15% kes melibatkan kedua dua belah (bilateral). Kes kes angin pasang lebih kerap berlaku pada anak-anak yang dilahirkan pramatang dengan kadar 40-55% disebabkan proses perkembangan bayi yang masih belum sempurna.

Apakah penyebab penyakit ini terjadi?

Sewaktu janin terbentuk, untuk bayi lelaki, testis awalnya berada pada aras yang sama dengan ginjal. Organ testis akan bergerak ke arah kantung zakar mengikut panduan struktur Gubernaculum dan di bawah pengaruh beberapa hormon. Pergerakan testis ini terbahagi kepada 2 fasa iaitu fasa abdomen dan keduanya adalah fasa inguinal. Apabila struktur gubernaculum tiba di kawasan inguinal, ia akan melalui dan menarik selaput peritoneum yang kemudiannya di kenali sebagai selaput processus vaginalis. Selaput processus Vaginalis secara amnya akan mengecut dan tertutup dengan sendiri ketika umur bayi berada pada 36-40minggu dalam kandungan. Kegagalan selaput ini untuk mengecut dan tertutup dengan menyebabkan adanya saluran yang berhubung antara kawasan abdomen dan kantung zakar. Jika lubang kepada saluran ini halus, maka hanya unsur seperti air yang boleh melaluinya. Keadaan ini dikenali sebagai hydrocoele.

Walaubagaimanapun, jika lubang pada selaput tersebut adalah besar, (keadaan angin pasang @ Inguinal Hernia) struktur seperti usus, kilang ovary dan pundi kencing mempunyai potensi untuk masuk ke dalam selaput ini dan tersumbat.

Gambarajah menunjukkan keadaan selaput processus vaginalis yang tertutup (obliterated) dan yang kekal, samada membentuk inguinal hernia atau pun hydrocoele
Gambarajah menunjukkan keadaan selaput processus vaginalis yang tertutup (obliterated) dan yang kekal, samada membentuk inguinal hernia atau pun hydrocoele

Apakah simptom simptom yang lazim untuk penyakit ini?

Simptom awal

a) kawasan ari-ari (inguinal) dan / atau kantung zakar yang bengkak
b) kawasan bengkak biasa berlaku ketika anak menangis, berlari atau meneran dan bengkak tersebut boleh kekal atau surut selepas aktiviti terbabit

Simptom kronik

a) bengkak yang tidak surut disertai dengan keadaan anak yang dalam tidak selesa dan dalam kesakitan
b) perut kembung disusuli episod muntah- muntah

Bawalah anak anda untuk berjumpa dengan doktor sekiranya mereka mempunyai simptom tersebut.

Gambar menunjukkan kawasan inguinal yang membengkak
Gambar menunjukkan kawasan inguinal yang membengkak

Adakah rawatan untuk hernia dan hydrocoele berbeza?

Perlu di tekankan di sini bahawa jika anak anda telah disahkan mengalami kes angin pasang, tiada rawatan alternatif yang boleh mengubati penyakit ini melainkan pembedahan yang di panggil ‘herniotomy’

Keadaan ini berbeza sekiranya anak anda mempunyai penyakit hydrocoele. Seperti yg telah diterangkan, oleh kerana lubang pada selaput hydrocoele adalah kecil dan kandungan kawasan bengkak tersebut hanyalah air, ini tidak akan membawa risiko bahaya kepada anak anda. Kes kes hydrocoele hanya memerlukan rawatan susulan dan kebanyakannya akan surut sendiri sebelum anak anda berumur 2 tahun tanpa memerlukan pembedahan. Pembedahan hanya perlu dilakukan jika hydrocoele masih kekal selepas anak berumur lebih 2 tahun. Pembedahan untuk hydrocoele adalah sama tekniknya dengan pembedahan untuk inguinal hernia iaitu ‘herniotomy’

Bolehkah rawatan alternatif seperti mengurut membantu menyembuhkan penyakit ini?

Jawapan : TIDAK.

Masyarakat sering tersilap tanggapan dengan mengatakan rawatan alternatif seperti urutan dan sebagainya boleh menyembuhkan penyakit angin pasang. Pada hakikatnya, urutan tidak langsung akan membantu memulihkan penyakit angin pasang ini. Sebaliknya, kes hydrocoele yang kebanyakannya boleh surut sendiri dan tidak memerlukan pembedahan sering disalah tafsir sebagai kes angin pasang. Tanggapan yang salah ini yang menyebabkan masyarakat berpendapat sedemikian

Adakah penyakit ini mempunyai risiko dan merbahaya?

Jawapan : YA

Selaput processus vaginalis memberi ruang kepada usus untuk sampai ke bahagian inguinal dan boleh menyebabkan usus tersumbat. Pada peringkat awal proses ini, kebiasaannya kanak kanak akan mengadu tidak selesa disusuli dengan perasaan sakit pada bahagian itu. Disebabkan keadaan anatomi yang sempit pada salur inguinal, usus tersebut mempunyai risiko yang sangat tinggi untuk tersumbat. Bekalan darah pada bahagian usus terbabit juga akan terjejas yang memungkinkan usus tersebut mati jika tidak dirawat. Kawasan yang sempit pada salur inguinal ketika itu juga boleh menghimpit salur darah ke testis menyebabkan organ testis mengecut dan mati. Selain bahagian usus, bahagian pundi kencing atau kilang ovary untuk anak anak perempuan boleh tersumbat dan mati.

Gambar 1 : kawasan berbuih menunjukkan selaput processus vaginalis yang gagal tertutup.
Gambar 1 : kawasan berbuih menunjukkan selaput processus vaginalis yang gagal tertutup.

Apakah kaedah rawatan yang ada untuk penyakit ini?

Kes angin pasang memerlukan pembedahan kecil untuk memisahkan dan menutup selaput processus vaginalis. Urutan atau rawatan tradisional tidak akan membantu menyembuhkan penyakit ini.

Pembedahan tersebut boleh dilakukan melalui kaedah biasa atau pembedahan laparoskopi.

Melalui kaedah pembedahan biasa, satu luka kecil akan dibuat pada bahagian atas inguinal dan selaput processus tersebut akan dikenal pasti, dipisahkan daripada struktur lain sebelum di tutup.

Melalui kaedah pembedahan laparoskopi, satu luka kecil sebesar 5-7mm akan dibuat pada bahagian pusat, di sertai 2 luka kecil sebesar 3mm di bahagian kiri dan kanan pesakit. Dengan kaedah ini, kedua belah selaput processus boleh di periksa dan sekiranya perlu, pembedahan boleh terus dilakukan untuk kedua dua belah serentak.

Gambar 1 : kawasan berbuih menunjukkan selaput processus vaginalis yang gagal tertutup.
Gambar 1 : kawasan berbuih menunjukkan selaput processus vaginalis yang gagal tertutup.
Gambar menunjukkan saluran processus vaginalis bahagian kanan yang ditutup sebelum pembedahan secara laparoskopi
Gambar menunjukkan saluran processus vaginalis bahagian kanan yang ditutup sebelum pembedahan secara laparoskopi

Bilakah masa yang sesuai untuk anak menjalani pembedahan?

Apabila anak anda telah disahkan mengalami penyakit ini, pembedahan harus dilakukan pada waktu yang terdekat. Ini untuk mengelakkan risiko usus aau kilang ovary tersumbat dan mati.

Bolehkah penyakit ini berulang?

Risiko untuk penyakit ini berulang adalah sangat rendah, kurang daripada 1%. Walaubagaimanapun, peratusan kes ulangan adalah lebih tinggi sekiranya anak anda mengalami simptom angin pasang yang kronik dan disahkan tersumbat. Ketika itu, struktur dalaman kawasan inguinal membengkak dan menyebabkan pembedahan ketika kecemasan menjadi sukar.

Adakah penyakit inguinal hernia kanak kanak sama dengan orang dewasa?

Secara amnya, ia adalah berbeza. Majoriti penyakit inguinal hernia pada kanak kanak adalah disebabkan oleh selaput processus vaginalis yang gagal mengecut dan tertutup. Untuk orang dewasa, kebanyakannya kes disebabkan oleh otot kawasan inguinal yang sudah kendur. Cara pembedahannya juga adalah berbeza.

Bawalah anak anda berjumpa doktor pakar untuk yang pemeriksaan yang terbaik.

(written by Dr. Syariz Izy Sehat )


Posted

in

by

Tags:

Comments

70 responses to “Penyakit Angin Pasang (Inguinal Hernia)”

  1. azlNorazlina Avatar
    azlNorazlina

    Dr. Maaf klu sy btanye.
    Bole x sorg wanita yg ade hernia ni dlm masa yg sama mengandung.
    Sy dlm proses rawatan pakar doktor di hosp tmpt sy.
    Dn badan saya gemuk dn doktor pakar suruh sy kurus dulu bru bole buat pembedahan. Masalahnye sy dh cuba nk kurus n berdiet tp hnye dmentara lps tu naik blik berat bdan sy. X bole kah di teruskan pembedahan ini klu sy masih gemuk. Tq

  2. clara Avatar
    clara

    Hai doc…sy mau tanya..pnyakit angin pasang nie skang sdang d alami oleh anak sy….tpi yang sy pelik….bila sy sentuh and sy tanya ank sy…dia tak rasa sakit…tpi memang kemaluan dia bsar d sebelah kiri…umur ank sy skang masuk 2 tahun 8bulan..sy risau dgan pmbedahan nie..sbb dia kn masi kecil…sy bingung lah doc….

  3. Fozita Tahir Avatar
    Fozita Tahir

    Assalammualaikum doktor,
    maaf mengganggu masa doktor,
    saya nak bagitahu,anak saya berumur 27 hari dah di sahkan penyakit tersebut dan bakal menjalani pembedahan pada 28/4/2015.
    1 familu saya tidak membenarkan pbedahan ini d jalankan kerana risau risko yang bakal

    1. Fozita Tahir Avatar
      Fozita Tahir

      Risau risiko yg akan dihadapi anak saya…keluarga saya mencadangkan agar saya menggunakan rawatan tradisional untuk anak saya…
      saya amat meminta jasa baik dokyor memberi pandangan yg baik utk anak saya

  4. Fozita Tahir Avatar
    Fozita Tahir

    Assalammualaikum doktor,
    maaf mengganggu masa doktor,
    saya nak bagitahu,anak saya berumur 27 hari dah di sahkan penyakit tersebut dan bakal menjalani ala

  5. Fozita Tahir Avatar
    Fozita Tahir

    Assalammualaikum doktor,
    maaf mengganggu masa doktor,
    saya nak bagitahu,anak saya berumur 27 hari dah di sahkan penyakit tersebut dan balal memjala

  6. ayie Avatar
    ayie

    salam doktor..
    berapa kos untuk melakukan pembedahan hernia?

  7. maziani Avatar
    maziani

    as-salam Dokter, untuk makluman Dokter anak perempuan saya sdh msk 2minggu menjalani pembedahan di Columbia Hspital utk pyakit hernia dan mendapati wlupn sudah mjalani pmbedahan di bawah kwsn luka masih bengkak dan sehingga kini. adakah ini perkara biase yg blaku slps pmbedahan di buat. apabila saja rujuk kepada Dktr yg btanggungjawab berliau mgatakan lame2 bngkak akan berkurang dari sms ke sms.

  8. wana Avatar
    wana

    Doktor…Adakah ble baby tu pernah mengalami benjolan n kmdian baik,
    1)dh d kira bpenyakit hernia ni?2)@ kne check lain utk sahkan jnis sakit ni?
    3)ble ms yg sesuai utk bw ke pakar,ms tgh membengkak@ms xbengkak pn blh?

  9. marwan Avatar
    marwan

    salam….doc adakah cara rawatan selain dpd pembedahan untuk inguinal hernia??
    terima kasih..

    1. Syariz Sehat Avatar
      Syariz Sehat

      Waalaikumsalam.
      Sila rujuk artikel di atas yang telah menjawab persoalan tuan
      TQ

  10. siew wun Avatar
    siew wun

    Dr, anak sy baru jalani pembedahan pd 25 march. Tahi anak kuning campur hijau, ini Ada bahaya ker atau normal je. Tema kasih Dr

    1. Syariz Sehat Avatar
      Syariz Sehat

      Hi Siew Mun,
      pembedahan angin pasang tidak melibatkan salur usus. Apa yang anak anda alami (najis kuning bercampur hijau) adalah fenomena normal

      1. siew wun Avatar
        siew wun

        sy lahirkan anak sy dgn ceasar, ada dr bg sy ubat chlorop (chloramphenicol eye ointment bp) utk sapu luka. Adakah ubat ini sesuai jua utk anak sy yg sh buat pbedahn hernia?
        Tema kasih dr.

  11. didi Avatar
    didi

    assalamualaikum doktor , saya pernah mengalami penyakit hernia ini semasa saya berusia 4 tahun dan waktu itu saya seorang saja kanak kanak perempuan di situ .dan pada waktu itu doktor tidak mengatakan apa apa kesan yang akan berlaku pada saya selepas menjalani pembedahan tersebut. jadi adakah kesan daripada pembedahan tersebut menyebabkan saya tidak datang period lagi walaupun sudah berusia 15 tahun ? minta jawapan doktor

    1. Syariz Sehat Avatar
      Syariz Sehat

      Waalaikumsalam
      Penyakit hernia tiada kena mengena dengan proses kedatangan haid anda. Semasa pembedahan, Ia tidak melibatkan rahim, pangkal rahim atau salur ovary. Saya menasihatkat Cik Didi berjumpa dengan pakar sakit puan untuk pemeriksaan lanjut.

  12. fared Avatar
    fared

    Doc sy bru buat pembedahan inguinal hernia,then sy prasan selepas pmbedahan kantung buah zakar sebelah kiri membesar.perlukan penjelasan

  13. Dyan Avatar
    Dyan

    Salam Dr.. Anak sy bru berusia 31 hari.. Sy dapati
    Ada benjolan d bahagian ari-ari sebelah kirinya. Anak sy juga kerap menangis ketika hendak kencing, berak or kentut. Sekiranya ini hernia, bolehkah dia di bedah dlm usia sebegini. Berapa lama tempoh untuk dia sembuh selepas d bedah.. Terima kasih doctor..

    1. Syariz Sehat Avatar
      Syariz Sehat

      Waalaikumsalam.
      Semakin muda usia seorang bayi, semakin tinggi risiko atau komplikasi angin pasang akan berlaku, justeru, pembedahan untuk anak puan haruslah dilakukan dengan kadar segera.

      Sila rujuk kepada soalan di atas untuk tempoh sembuh.

  14. tinie Avatar
    tinie

    Assalamualaikum doctor…anak saya baru menjalani operation angin pasang…saya nak tanya,,berapa lama luka bedah tersebut boleh baik…terima kasih.

    1. Syariz Sehat Avatar
      Syariz Sehat

      Waalaikumsalam.
      Luka akan sembuh sepenuhnya dalam masa seminggu
      TQ

  15. alisya Avatar
    alisya

    Assalam dr. Anak sy berumur 4 bulan berkemungkin kena penyakit seperti yg dr katakan. Dan sy belum merujuk dengan mana2 dr kerana baru 2 hari sy perasan. Cuma soalan sy kat sini.. Adakah kesan sampingan selepas pembedahan dibuat. Dan anak sy normal sperti budak biasa slpas oprtion tu?? Mohon pencerahan dari dr. Terima kasih

    1. Syariz Sehat Avatar
      Syariz Sehat

      Waalaikumsalam.

      Syabas kerana puan prihatin kepada penyakit yang mungkin anak anda alami. Sila bawa berjumpa kepada pakar bedah peditrik untuk kepastian.
      Merujuk kepada kesan sampingan, risiko penyakit angin pasang berulang selepas pembedahan adalah 1% sahaja.
      Anak anak yang kecil mempunyai daya ketahanan yang tinggi dan cepat sembuh. Kebiasaannya, untuk umur di bawah satu satun, anak anak akan kembali kepada aktiviti normal mereka 6 jam selepas pembedahan.
      TQ

  16. zul Avatar
    zul

    Salam Dr..anak saya berusia 1 bulan 7 hari..telur dia bengkak sebelah kiri..terus kami bawa ke kpj tawakkal..doktor sana dah scan dan dapati tiada masalah unnormal dalam perot..doktor mencadangkan supaya melakukan pembedahan kecil..namun kami belom lagi membuat keputusan kerana pembedahan di swasta menelan kos yang tingi..dalam beberapa hari..bengkaknya sudah susut..tapi dalam kantung sebelah kanan tiada biji telor..dia sering meneran dan menangis ketika ingin mengeluarkan najis seolah olah seprti sembelit..tapi najis nya keluar normal..bukan najis keras…apakah cadangan doktor ?…

    terima kasih

    1. Syariz Sehat Avatar
      Syariz Sehat

      waalaikumsalam.

      Sila bawa anak anda untuk berjumpa dengan pakar bedah pediatrik

      TQ

  17. mukhlis Avatar
    mukhlis

    Salam Dr. Anak sy baru 44 hari. Keadaan perutnya sentiasa kembung walaupun hampir semua usaha yg disarankan untuk mencegah dan merawat telah diambil. Saya mengesyaki anak saya mengalami angin pasang disebabkan sy ada sejarah angin pasang juga (menurut bidan). Apa yang harus saya lakukan Dr? Terima kasih banyak2 responnya Dr.

    1. Syariz Sehat Avatar
      Syariz Sehat

      Waalaikumsalam. Sila bawa anak encik berjumpa dengan doktor kanak kanak atau doktor bedah pediatrik yg berdekatan. Sekian

  18. sylvia Avatar
    sylvia

    Salam doc..sy ada seorg ank lelaki berumur 3thun lebih. Sy dapati bhagian kemaluan ank sy bngkak dan kdang2 klau ank sy menangis buah zakrnya bngkak seblah. Jika sy bertnya pda ank sy skit ke tidak dia memberithu bhawa skit..Adakh itu tndanya ank sy mempunyai penyakit angin psang ke doc?? T.kasih..

    1. Syariz Sehat Avatar
      Syariz Sehat

      Waalaikumsalam Puan Sylvia. Apabila anak anak yang menghidap penyakit angin pasang sedang melakukan aktiviti seperti menangis, meneran,batuk, berlari atau bersukan,akan ada tekanan dalam kawasan abdomen yang akan menyebabkan benjolan hernia lebih jelas. Setelah aktiviti itu selesai, benjolan kebiasaannya akan susut atau kekal. Simptom sperti ini menjurus kepada penyakit angin pasang.

  19. hisham Avatar
    hisham

    Assalamualaikum wbt. Doktor, anak saya lelaki, baru 2 bulan. Dia ada bengkak di bahagian atas kanan dalam scorotum( saiz macam testis). Dia memang ada testis normal kiri dan kanan.dia tidak menunjukkan tanda sakit macam hernia, minta penjelasan doktor, terima kasih.

    1. Syariz Sehat Avatar
      Syariz Sehat

      Waalaikuamsalam En Hisham. daripada deskripsi yang encik berikan, anak encik berkemungkinan menghidapi penyakit angin pasang atau hydrocoele.Sila bawa anak encik untuk pemeriksaan lanjut

  20. jamik Avatar
    jamik

    Assalamualaikum dokter. Saya berusia 31 tahun dan mengalami iguinal hernia sudah 6 tahun. Yg saya nak tahu, apa kesan hernia ini mengakibatkan kita selalu nak kencing? Perut rasa sembelit atau kembung, rasa macam nak buang air besar, tapi bila gi tandas, lansung tak boleh, so apa betul antara kesan hernia itu dokter?

    1. Syariz Sehat Avatar
      Syariz Sehat

      Waalaikumsalam. En Jamik, sila pergi berjumpa dengan pakar bedah am yang berhampiran untuk membincangkan masalah angin pasang orang dewasa

  21. mif Avatar
    mif

    Anak perempuan sy berumur dua tahun. Mula menghidap hernia pd usia 7bulan. Cuma selepas dua tahun hernia kerap terjadi. Pada usia ini bolehkah pembedahan dijalankan?

    1. Syariz Sehat Avatar
      Syariz Sehat

      Mif – pada tangan seorang pakar bedah pediatrik, pembedahan hernia boleh dijalankan sejurus bayi dilahirkan pramatang atau cukup bulan. Tq

  22. Fadzli Avatar
    Fadzli

    AsSalam doktor. Anak sy berumur 10 bulan dan mengalami hernia pada sblh kanan. Bengkaknya lebih krg sebesar bola golf. Tetapi jika ditolak usus nya akn naik ke atas semula. Jika dalam pemerhatian sy ianya agak serius sehingga ianya membengkak kebiruan. Namun sy telah membawa ank sy ke pediatric HKL, dan pakar hanya set kn tarikh operate pada bulan Mei 2015. Sy telah juga membawa anak sy ke kpj tawakkal namun GL insurance declined. Pada pendapat doktor perlukah sy membawa anak sy ke jabatan kecemasan HKL untuk mempercepatkan operation hernianya? Terima kasih..

    1. Syariz Sehat Avatar
      Syariz Sehat

      Waalaikumsalam En Fadzli. Penyakit angin pasang seboleh bolehnya dijadualkan untuk pembedahan pada waktu yg terdekat setelah di diagnosa, walau bagaimanapun, terdapat kekangan dari segi kes yg banyak, jadual pembedahan yg terlalu padat, kes kes kecemasan boleh menyebabkan kes kes sebegini tidak dapat dijadualkan seperti yang diharapkan.
      Kes hernia kebiasaannya hanya akan dijadualkan sebagai kes kecemasan sekiranya pesakit mengalami komplikasi seperti usus tersumbat dan sebagainya. TQ

  23. wan Avatar
    wan

    salam, saya ade sakit angin pasang sjak umur 18thun, skrg umur saya 24thn..saya sedar kantung scrotum saya makin membesar pada umur 19 thun. kalau boleh saya nk minta contct hospital kerajaan yg boleh saya jmpa.

    1. Syariz Sehat Avatar
      Syariz Sehat

      waaalaikumsalam.
      Hampir semua hospital kerajaan mempunyai kepakaran untuk melakukan pembedahan angin pasang orang dewasa. TQ

      1. salfei Avatar
        salfei

        Utk pesakit dewasa, adakah lbh bgs utk mendapatkan konsultasi dan rawatan dgn pakar bedah?

  24. Syed Mohd Faiz Avatar
    Syed Mohd Faiz

    Assalammualaikum doktor syariz..Minggu lepas sya membawa anak pergi follow up seperti biasa di SALAM specialist senawang dengan doktor zaqrul dan mendapati anak saya berusia 2 bulan mengalami angin pasang.doktor zaqrul rekemen berjumpa dengan doktor di annur bangi.esok saya bercadang mahu berjumpe doktor dan jika pasti anak saya mengalami angin pasang,bila waktu untuk melakukan pembedahan?

  25. hafiz Avatar
    hafiz

    Assalammualaikum..
    Doctor sy nak Tanya anak sy baru 1bulan(lelaki)
    Bahagian telur nya bengkak sebelah..
    Sy dah rujuk pada pakar Disahkan angin Pasang..
    Tapi umur 6bulan baru bolh oprt..
    Utk tunggu masa 6bulan ada tak cara lain.??

  26. hafiz Avatar
    hafiz

    Assalammualaikum..
    Doctor sy nak Tanya anak sy baru 1bulan(lelaki)
    Bahagian telur nya bengkak sebelah..
    Sy dah rujuk pada pakar Disahkan angin Padang..
    Tapi umur 6bulan baru bolh oprt..
    Utk tunggu masa 6bulan ada tak cara lain.??

    1. Syariz Sehat Avatar
      Syariz Sehat

      Waalaikumsalam En Hafiz. seperti yang telah diterangkan dalam artikel diatas, penyakit angin pasang perlu dibedah dalam waktu terdekat.
      Walau bagaimanapun, kadang kala terdapat kekangan atau limitasi sesebuah hospital, seperti kekurangan Pakar bedah pediatrik, pakar bius pediatrik dan sebagainya. Ini menyebabkan kes kes sebegini akan ditunda sehingga pakar bedah am atau pakar bius selesa untuk mengendali kes kes sebegini.
      Untuk hospital yang mempunyai pakar bedah pediatrik dan pakai bius yang selalu mengendalikan kes kes pediatrik, masalah ini tidak akan berlaku.
      Bawalah anak anda untuk berjumpa pakar bedah pediatrik yang berdekatan

  27. Syariz Sehat Avatar
    Syariz Sehat

    Waalaikumsalam Puan Ida. Sila rujuk ke artikel khatan yang telah saya sediakan.

  28. Ida Avatar
    Ida

    As salam Dr. Apakah teknik berkhatan yang sesuai untuk kanak2 yg obes dan berapa lamakah masa yang diperlukan untuk sembuh? juga cara penjagaan dan pemakan yang disarankan. Terima kasih.

  29. amalina Avatar

    salam , doc nak tanya , kalau kena penyakit angin pasang ni , dia dikira mandul atau mcm mana , maksud saya bila kawin nanti boleh menghasilkn Zuriat atau tidak , (bagi lelaki)

    1. Syariz Sehat Avatar
      Syariz Sehat

      Waalaikumsalam Cik Amalina, Penyakit angin pasang hanya mungkin mempunyai risiko memandulkan pesakit sekiranya usus tersumbat dan menghalang salur darah sampai ke dua dua buah zakar, yang menyebabkan buah zakar mati. Sekiranya, itu tidak berlaku, risiko kemandulan adalah sangat kecil dan hampir tidak diketahui. Orang awam yang tidak mempunyai angin pasang juga boleh mandul sekiranya sperma yg dihasilkan tidak berkualiti. penghasialn zuriat memerlukan faktor berkait yang banyak iaitu faktor sperma kaum lelaki, faktor benih ovary kaum wanita, rahim dan lain lain.

  30. hanif Avatar
    hanif

    Assalamualikum doktor..hospital PPUM ada tak pakar pediatrik.. sy sakit perut dah hampir 5 bulan..hari2 makan ubat gastrik..dah buat OGDS dah x-ray perut tapi normal..tapi buah zakar saya bengkak sebelah kiri..berat kebawah dan macam ada sesuatu dalam tu…adakah berkaitan dengan sakit perut saya alami selama ni..?sy buntu masih belum berkerja dan tahan sakit yg sekian lama ni..:-(

    1. Syariz Sehat Avatar
      Syariz Sehat

      Waalaikumsalam Encik Hanif.
      Hospital PPUM memang mempunyai pakar pediatrik dan pakar bedah pediatrik. Merujuk kepada permasalahan tuan, sila rujuk pada doktor berdekatan.

  31. nooraini Avatar
    nooraini

    Assalamualaikum doktor,saya ada anak lelaki berumur 11tahun.dia mengalami sakir hernia da setahun juga lah.apa risiko untuk budak berumur 11tahun selepas pembedahan doktor.

    1. Syariz Sehat Avatar
      Syariz Sehat

      Waalaikumsalam Puan Nooraini.
      Risiko pembedahan meliputi kecederaan pada kawasan sekitar tempat pembedahan (termasuk kecederaan pada salur darah, salur sperma), pendarahan atau jangkitan kuman pada kawasan luka. Bagaimanapun, risiko ini adalah kecil dan jarang berlaku .

  32. leena Avatar
    leena

    Assalamualaikum doktor…. anak saya umur 7 tahun dan perempuan. Baru2 ni saya dapati ada benjolan di ari2 dia… boleh doktor cadangkan doktor pakar bedah kanak2 di hospital swasta mana yang saya boleh dapatkan rawatan?

    1. Syariz Sehat Avatar
      Syariz Sehat

      Waalaikumsalam Puan Leena, puan tidak memberitahu lokasi puan, jadi saya andaikan ia di sekitar WP atau Selangor. Hampir separuh daripada pakar bedah pediatrik di Malaysia bertugas di KL samada dia hospital swasta atau kerajaan. Hospital swasta seperti Damansara Specialist, Princecourt, Sunway, SJMC, Gleneagles, Cawangan Pantai Hospital, Tropicana, dan Hospital Pakar An Nur Bangi mempunyai khidmat pakar bedah pediatrik. Sekian

  33. rashida Avatar
    rashida

    salam….ank sy 4thn,mengalami angin pasang.sy ada bawa jumpa doktor.tp doktor bgthu,tggu 1-2 thn lg utk tgk pekembgn & katanya,benjolan tersebut,kemungkinan blh masuk semula.hr2 tgk,risau jg.patut k,sy ikut apa yg doc tersebut katakn?

    1. Syariz Sehat Avatar
      Syariz Sehat

      Waalaikumsalam. Puan Rashida, jika anak puan telah disahkan mengalami penyakit angin pasang, dia memerlukan pembedahan dan TIADA kemungkinan yang ia akan sembuh secara semulajadi. Sila berjumpa dengan pakar bedah pediatrik yang berdekatan.

  34. Syariz Sehat Avatar
    Syariz Sehat

    Waalaikumsalam Puan Yuniarti. Risiko dan komplikasi seperti usus tersumbat adalah lebih tinggi ketika anak masih kecil. Justeru, jadualkan pembedahan untuk anak anda pada waktu yang terdekat dalam masa seminggu atau dua dari sekarang. Pembedahan bukanlah sebesar yang puan jangkakan, ia biasanya selesai dalam masa sejam.

  35. yuniarti jamaluddin Avatar
    yuniarti jamaluddin

    Assalamualaikum..doc anak saya mengalami angin pasang sejak lahir sprt gambar yg doc paparkan d atas… anak saya berumur 2 bulan. Bilakah masa yang sesuai untuk anak saya melalui proses pembedahan?

  36. farah Avatar
    farah

    Assalamualaikum doktor. Anak lelaki saya mempunyai bengkak di kawasan ari-ari(seperti gambar). Saya pernah membawanya berjumpa doktor ketika anak saya demam.ketika itu doktor ada melihat bengkak di kawasan ari-ari tersebut.tetapi tiada komen yang di beri.setelah pulang ke rumah,saya perasan yang bengkak itu kadang-kadang ada dan hilang. Kerana risau, saya melakukan pencarian di internet dan berjumpa dengan page ini. Sekarang, apa yang perlu saya buat. Bawa anak berjumpa doktor, atau tunggu sehingga benjol tidak surut?anak saya tidak menunjukkan rasa sakit.sekarang umurnya 7bulan.

    1. Syariz Sehat Avatar
      Syariz Sehat

      waalaikumsalam Puan Farah. Dari deskripsi simptom yang puan beri, kemungkinan besar anak puan memang menghidapi penyakit angin pasang dan memerlukan pembedahan. Telah di jelaskan bahawa tiada cara lain yang boleh menyembuhkan penyakit ini melainkan secara pembedahan. Elakkan menangguh pembedahan kerana komplikasi yang tidak di ingini boleh terjadi. Bawalah anak anda berjumpa Pakar bedah Pediatrik.

  37. Syariz Sehat Avatar
    Syariz Sehat

    Waalaikumsalam Puan Lorna. Daripada deskripsi yang Puan sertakan, anak puan mengalami penyakit ‘undescended testis’, iaitu buah zakar masih belum turun ke kantung dan masih berada di kawasan ari-ari. Umur yang sesuai untuk melakukan pembedahan bagi penyakit ini adalah dari 6 bulan sehingga umur 2 tahun, bergantung kepada kepakaran yang ada. Risiko untuk penyakit ini melibatkan buah zakar yang boleh tersimpul dan mati. Selain itu, faktor kesuburan juga mungkin akan terganggu disebabkan pembesaran testis tidak berada dalam kawasan yang optimum.
    Kadang kala, penyakit ini boleh berlaku bersama dengan penyakit angin pasang, kawasan ari- ari akan membengkak lebih dari yang sedia ada.
    Sekiranya anak puan mengadu sakit pada kawasan yg terbabit, segeralah bawa dia ke hospital yang berhampiran.

  38. Lorna Avatar
    Lorna

    Assalamualaikum Dr Syariz,anak lelaki saya dikesan mempunyai kantung yg ‘kosong’ sejak lahir dan kini sudah berumur 2 tahun namun kantung pada zakar ye masih kosong.

    Sudah 3 kali kami ke HKL untuk membuat pemeriksaan namun Dr cuma meminta kami menunggu dan menunggu jika ada perkembangan terbaru. X-ray juga telah dilakukan pada kali kedua kami kesana dan diminta untuk menunggu lagi dan datang kembali pada tahun hadapan pula (2015).

    Anak pernah berasa sakit pada pemeriksaan pertama iaitu bengkak pada ari-ari pada sekitar Dec 2012 kemudian pada pemeriksaan kedua dan ketiga alhamdulillah tidak menunjukkan sebarang kesakitan pada bahagian ari-ari dan kemaluannya serta tiada bengkak. Namun kantung zakarnya masih kosong. Saya sedikit lega kerana proses buang air kecil dan air besar normal namun saya bimbang jika berlaku kemudaratan apabila anak saya besar kelak. Saya buntu Dr.

    Harap Dr dapat membantu.
    Terima Kasih.

  39. Syariz Sehat Avatar
    Syariz Sehat

    Waalakumsalam. Puan Min, seperti yang telah di jelaskan, sekiranya anak puan telah disahkan mengalami penyakit inguinal hernia, hanya pembedahan sahaja yang boleh menyelesaikan masalah ini. Buatlah pembedahan pada masa yang terdekat tanpa menunggu. Risiko usus dan ovari tersumbat dan mati adalah tinggi. Berilah yang terbaik untuk anak anda, bukan mengikut emosi anda.

    1. min Avatar
      min

      terima kasih doctor 🙂

  40. min Avatar
    min

    salam..ank sy prempuan..umo bru masuk setahun n dia ada inguinal hernia ni..adakah pembedahan jln terbaik..atau perlu tgu umo dia 2 tahun..sbb dr suggest utk bedah..tp mama dia pulak risau..

  41. Syariz Sehat Avatar
    Syariz Sehat

    Hi Joanne,

    Malaysia mempunyai lebih kurang 35 Pakar Bedah Pediatrik. Kebanyakan hospital besar negeri mempunyai Pakar Bedah Pediatrik kecuali Perlis, Terengganu dan Negeri Sembilan. Selebihnya, Pakar Bedah Pediatrik ada di hospital swasta.

  42. Joanne Avatar
    Joanne

    Hi, saya nak tanya ada doktor pakar yang boleh saya jumpa untuk membuat pemeriksaan ini?

  43. Syariz Sehat Avatar
    Syariz Sehat

    Seperti yg telah diterangkan, risiko untuk penyakit angin pasang adalah pada kadar 3%. Walau bagaimanapun, apabila seseorang kanak kanak telah mempunyai angin pasang, beliau mempunyai risiko 1-2% untuk menghidap penyakit angin pasang pada kawasan yang bertentangan.

    Merujuk kepada persoalan Puan Fardiah MS, dengan fakta yang saya telah beri, maka untuk mengalami pemyakit angin pasang pada kawasan bertentangan adalah normal.

    Ada beberapa pendekatan yang di ambil untuk permasalahan sebegini;
    1) hanya melakukan pembedahan pada kawasan bermasalah
    2) melakukan pembedahan pada kedua dua belah kawasan inguinal walaupun satu kawasan tidak bermasalah ketika itu
    3) melakukan diagnostic laparoskopi untuk menilai kedua dua kawasan prosessus vaginalis. Pembedahan bergantung kepada penilaian laparoskopi.

    Saya kebiasaannya mengambil pendekatan nombor 3.

  44. FARDIAHMS Avatar
    FARDIAHMS

    Assalam.

    Anak saya mengalami masalah angin pasang sejak lahir dan telah menjalankan pembedahan bagi kes angin pasang (kiri) pada umur 6 bulan. Selepas pembedahan tersebut, kami dapati ada pembengkakan di sebelah kanan pula. Adakah ini normal berlaku?

    1. Syariz Sehat Avatar
      Syariz Sehat

      waaalaikumsalam. 3% kelahiran mempunyai risiko mengalami angin pasang. Sekiranya anak anda telah mengalami angin pasang,dia mempunyai risiko 1-2% angin pasang pada kawasan bertentangan