[Q&A] Anak jatuh

Question: Hi Dr, Anak saya baru pandai berjalan sendiri pd waktu umur dia 1 tahun 3 bulan.Dan selepas itu dia suka berlari Dan tidak mahu dipegang. 1 hari, dia tergelincir Dan terhantuk kuat.dahi dia benjol Tp Tak ada tanda2 muntah etc. Bawa ke dr Dan dia suruh monitor.anak saya ok sampai Sekarang. Tp apa yg merisaukan sy, benjolan itu hanya masih ada, Tp tidak sebesar dahulu. Dan ia keras. Perlukah bawa berjumpa Dr sekali lagi. (Nur Baizura)

Answer: Tiada masalah untuk membawa berjumpa doktor sekali lagi. Semestinya pemeriksaan oleh doktor adalah lebih baik memandangkan kami tidak dapat mengagak keadaan beliau dengan maklumat ringkas. Benjolan akan mengambil masa untuk reda. Kami bercadang mengeluarkan artikel tentang terhantuk kepala tidak lama lagi.