[Q&A] Gigi anak goyang akibat jatuh

Question: Doktor, saya telah rujuk kepada salah satu soalan berkaitan dental trauma. Bezanya masalah saya disini, anak saya berusia 2tahun terjatuh (tersembam) lantai simen berdarah gusi dan 2 gigi hadapan atasnya goyang. Memang anak saya mengangis kuat sepanjang awal waktu jatuh sehingga tertidur. Sewaktu tidur saya cuba bersihkan darah2 di gigi dgn tisu lembut basah. Darah masih keluar tanpa henti terutama di bahagian bawah. Bila terjaga selang beberapa jam baru dia nak minum (dari cawan) dan makan sedikit (nasi lembut) kurang mengangis tetapi agak sensitif jika mulut disentuh atau diminta utk tengok. Darah nmpk macam kurang atau sudah berhenti tapi menyusu dia tidak mahu susu botol. Bila tidur malam saya dapati air liurnya ade darah dan bila di lap semula gusi di bawah gigi… memang masih berdarah. Adakah giginya akan dicabut doktor…? Apakah yang boleh saya lakukan utk mengelakkn giginya terus goyang…? Saya ingin mbawanya ke dental, tapi isnin cuti ganti sempena merdeka…sy risau kalau lewat dapatkan rawatan dan takut kuman dlm mulut anak…Dan terakhir adakah selamat utk anak saya ke nursery dalam keadaan ini…? Terima Kasih Doktor… (Mummy Nurul)

Answer: Puan, Pada masa anak terjatuh, besar kemungkinan gigi hadapan telah tercedera dan tisu penyokong gigi tidak ada pada posisi asal. Keadaan ini akan mengakibatkan gusi berdarah, terutamanya pada peringkat awal. Kecedeaan ini digelar sebagai “subluxation”. Sekiranya, gigi yang longgar tidak tercabut keluar daripada soket gigi, pada kebiasaanya gigi akan kembali kukuh dalam masa 1-2 minggu. Pada masa ini, anak puan perlu makan makanan yang lembut serta mudah di telan. ‎Juga keadaan gusi perlu dibersihkan dengan kain bersih dan air suam. Puan juga boleh bawa anak ke hospital terdekat dan doktor gigi atas panggilan boleh membuat pemeriksaan serta rawatan atau memberi Ubat apabila perlu.