Resdung, Alahan Rhinitis dan Selsema

nosebleed

Q: Salam Doc, saya ada resdung dan saya rasa anak saya pun mungkin ada masalah yang sama. Dia selalu selsema setiap pagi dan kadang-kadang melarat sampai ke malam, saya kasi ubat selsema klinik pun hilang sekejap je. Saya tak berani nak berikan ubat pil resdung  tradisional yang saya mujarab untuk saya. Dia pun selalu gatal mata macam saya jugak. Umur anak 5 tahun , kesian pulak saya tengok dia. Mohon bantuan doc. (Rahimah)

A: Salam Puan Rahimah,

Sebelum saya menjawab soalan puan, saya akan cuba terangkan tentang fungsi hidung dan masalah resdung, alahan rhinitis dan selsema.

Selain dari berfungsi sebagai deria bau dan organ pernafasan, hidung juga berfungsi untuk menapis udara dan melindungi badan dari jangkitan kuman melalui mukus (hingus). Mukus mengandungi enzim dan antibodi yang dapat membunuh kebanyakan kuman. Ia akan memerangkap kuman dan seterusnya akan dialirkan ke belakang hidung /tekak dan seterusnya dikeluarkan sebagai kahak.

Resdung, atau dikenali sebagai Sinusitis ialah radang pada sinus yang boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Radang boleh berlaku disebabkan oleh jangkitan kuman (Virus, bakteria atau fungus). Ini berlaku apabila proses pengaliran mukus terganggu disebabkan oleh faktor seperti anatomi hidung yang abnormal.

Simptom-simptom resdung ialah:

  1. Hidung berhingus. Hingus yang mengalir selalunya berwana kuning atau kehijauan.
  2. Hidung yang tersumbat
  3. Sakit kepala terutamanya pada bahagian depan atau belakang mata. Sakit kepala akan bertambah apabila pesakit tunduk.
  4. Demam.
  5. Sakit bahagian muka (pipi), belakang mata dan dahi.

Alahan rhinitis atau dikelnali sebagai Allergic Rhinitis, ialah radang pada rongga hidung yang disebabkan oleh alahan.

Simptom alahan rhinitis ialah:

  1. Hidung berhingus. Hingus yang mengalir ialah jernih dan pekat
  2. Hidung yang tersumbat.
  3. Bersin yang melampau.
  4. Rasa hingus mengalir dibelakang tekak. Ini disebabkan oleh hingus yang berlebihan dihasilkan dan ini akan menyebabkan ia mengalir ke belakan hidung dan seterusnya ke belakan tekak. Ini juga menyebabkan pesakit akan batuk.
  5. Gatal hidung, mata dan muka.

Selsema adalah terdiri dari beberapa simptom yang disebabkan oleh jangkitan kuman, kebiasaanya virus.

Simptom-simptom selsema ialah:

  1. Demam
  2. Hidung berhingus
  3. Batuk
  4. Sakik tekak

Istilah selsema selalunya digunakan untuk menerangkan seseorang itu mengalami simptom hidung berhingus. Begitu juga dengan penggunaan istilah resdung yang kerap kali digunakan untuk menerangkan simptom alahan rhinitis. Oleh itu adalah penting bagi kita untuk memahami perbezaan antara selsema, resdung dan alahan rhinitis.

Bagi situasi Puan, selsema yang dimaksudkan oleh puan mungkin simptom alahan rhinitis. Jika simptom yang dialami oleh anak puan hanya hidung berhingus dan tersumbat tanpa demam, kemungkinan besar anak puan hanya mengalami alahan rhinitis. Jika benar, alahan rhinitis perlu dirawat secara keseluruhan iaitu merawat simptom dan juga mengenal pasti punca atau alahan yang menyebabkan rhinitis tersebut. Terdapat beberapa ubatan yang sesuai dan berkesan untuk merawat alahan rhinitis secara jangka panjang. Ubatan yang dijual di farmasi adalah berkemungkinan sesuai untuk selsema dan bersifat sementara selari dengan sifat penyakit selsema yang  selalunya tidak melebihi 5-7 hari.

Selain dari perubatan, faktor persekitaran juga memainkan peranan penting dalam rawatan penyakit alahan rhinitis, persekitaran yang berdebu terutama di dalam bilik tidur yang tidak terurus dan penggunaa penghawa dingin juga boleh menyebabkan simptom alahan rhinitis menjadi lebih teruk.

Saya tidak mengalakan puan memberi ubat resdung tradisional kepada anak kerana saya tidak mengetahui tentang kesan ubat traditional tersebut kepada anak puan.

Bagi merawat penyakit redung dan alahan rhinitis, pemeriksaan doktor pakar ENT (Pakar Hidung Tekak dan telinga) diperlukan untuk mengenal pasti penyakit dan  tahap penyakit serta rawatan yang sesuai.

(answered by Dr Ramiza Ramza Bin Ramli)

__________________________

We are pleased to welcome our very first otorhinolaryngologist to our team. Dr Ramiza Ramza BIn Ramli (MBBS, MMED ORL-HNS) is a specialist in Otorhinolaryngology-Head and Neck Surgery and he is currently with Universiti Sains Malaysia. His subspecialty training in rhinology and skull base surgery was done in Northwestern University, Chicago, USA.


Posted

in

by

Tags:

Comments

13 responses to “Resdung, Alahan Rhinitis dan Selsema”

  1. Kausar Avatar
    Kausar

    Salam Dr
    Anak saya berumur 4 tahun. baru2 ini dia asyik bersin di waktu pagi kadang2 malam dan menggosok hidung sambil menagis bagitau ada ulat dalam hidung dia.Mungkin dia berasa gatal. Saya dh bawa dia ke pakar ENT dan doctor bagitau allergic dan beri ubat aerius syrup. Doc suggest sekiranya tidak begitu teruk, tidak perlu bergantung pada ubat. persoalan saya sekarang memang allergic/resdung tiada ubat?adakah bahaya?saya kesian tengok dia sb kecil lagi.Adakah perlu saya pergi ke pakar ENT yg lain untuk kepastian?

  2. azhar Avatar
    azhar

    cubalah tuan2 dan puan2 mkn vit blackmores bio c 1000 mg untuk redakan simptom selsema ..in shaa Allah dgn izin Allah akn kurg selsema anda nnti..Allah lah yg mnyembuhkn penyakit

  3. hanifah Avatar
    hanifah

    Salam Doktor, mengikut symptom diatas, saya tergolong dalam symptom resdung. Jadi, apakah rawatan yang terbaik yg boleh saya lakukan?

  4. Nazihah Avatar
    Nazihah

    Salam Doc. Saya berumur 20 tahun dan sy juga mengalami simptom allergic rhinitis seperti yang telah diterangkan oleh doc. Apakah tindakan yang perlu saya ambil, adakah saya juga kena berjumpa dengan pakar berkenaan atau hanya memadai ke klinik biasa?

    1. azhar Avatar
      azhar

      cuba mkn vit bio c 1000 mg b/mores..tawakal pd Allah in shaa Allah.Allah lah yg mnymbuhkn pynakit

  5. mama Mus'ab Avatar

    Doktor, anak saya 4 bulan. dalam sminggu ini saya dapati dia suka menggosok mata dan hidung. Setakat ini anak saya tiada demam atau selsema.

    adakah kerap menggosok mata membahaykan bola matanya?

  6. Dr Ramiza Avatar
    Dr Ramiza

    Salam Puan Farida,

    Gatal hidung, mata, muka dan telinga serta bersin yang melampau adalah antara simptom allergic rhinitis(Alahan rinitis).
    Alahan rinitis boleh dirawat oleh doktor di klinik swasta (GP)tetapi sekiranya tiada simptom masih berterusan saya sarankan supaya anak puan dirawat di klinik pakar.
    Rawatan alahan rinitis hendaklan dilakukan secara menyeluruh. Rawatan bukan sahaja dalam bentuk ubatan, punca yang menyebabkan simptom alahan rinitis perlu diketahui dan dijauhkan dari kanak-kanak tersebut.
    Punca utama ialah debu. Kebanyakan kanak-kanak tidur di bawah beralaskan tilam, “comforter” atau tikar kerana ibu-bapa bimbang anak-anak mereka jatuh dari katil sekiranya mereka tidur di katil.
    Apabila kanak-kanak tidur di bawah mereka akan terdedah pada debu.
    Kanak-kanak yang mengalami alahan rinitis juga sensitif kepada perubahan suhu yang ketara dan udara kering dari penghawa dingin.
    Untuk mendapat keberkesanan rawatan secara optima, punca-punca simptom perlu dikesan dan dijauhi.

  7. Farida Nor Avatar
    Farida Nor

    Salam Doc, anak saya berumur 5 tahun selalu menggosok hidungnya dan mata kerana katanya gatal sama seperti anak Puan Rahimah.Dan selepas mandi selalu bersin. Perlu ke klinik GP atau ke klinik pakar kanak- kanak? Terima kasih.

  8. mastura jahri Avatar
    mastura jahri

    anak sy berumur 2 thn selalu menangis krn bdnnya panas ketika tidur.sy selalu basahkn bdnnya dgn air atau jelum dgn tuala bsh pd bdnnya agr dia selesa.adakan tindakan sy berbahaya kpd paru2 atau organ dalamannya?utk pngetahuan d bilik tdr hnya ada kipas.hrp respon.tq

    1. doktorbudak Avatar
      doktorbudak

      Selalu menangis kerana panas- adakah kerana dia tidak selesa atau kerana demam? Menjelum badan dengan air jika dilap sahaja tidak apa tetapi jika dia dibiarkan tidur dalam keadaan basah adalah tidak elok untuk kesihatannya. Ia tidak merosakkan organ dalaman namun jika dia mempunyai asthma, ia boleh memudaratkan dan mencetuskan serangan semput kerana kesejukan.

    2. Dr Ramiza Avatar
      Dr Ramiza

      Sekiranya anak mengalami demam panas, menjelum dengan air bagi menurunkan suhu badan adalah digalakan tetapi menggunakan air yang terlalu sejuk (ais) juga akan menyebabkan anak berhingus dan hidung anak tersumbat dan ini akan menyebabkan anak susah untuk tidur dan kurang selesa.

  9. Siti N Avatar
    Siti N

    Thanks doc. Saya pun macam Puan Rahimah kerana saya mengidap resdung dan selama ni ingat anak saya pun ada resdung . Tapi rasanya lepas baca artikel ni anak saya sebenarnya ada alahan rhinitis.

    1. Dr Ramiza Avatar
      Dr Ramiza

      Sekiranya alahan rinitis beliau menganggu aktiviti seharian beliau, adalah lebih baik sekiranya beliau dirawat untuk mengurankan simptom-simptom beliau.