[Q&A] Anak sy girl, 8 bulan. Shingga hari ini, dia hanya ade sebatang gigi bawah sblh kiri.

Question: Hi doc,
Anak sy girl, 8 bulan. Shingga hari ini, dia hanya ade sebatang gigi bawah sblh kiri. Almost a month already, gigi sblh kanan dibawah masih belum timbul, is it nothing to worry?

Answer: Secara umumnya, gigi susu tumbuh (erupsi) semasa anak berusia 6 bulan. Ianya diawali dengan siri gigi bawah (6-10 bulan) dan siri gigi atas (8-12 bulan). Walaupun demikian, pertumbuhan gigi di antara kanak-kanak berbeza, dan untuk segelintar kanak-kanak, pertumbuhan gigi hanya berlaku semasa usianya mencapai 1 tahun. Ini adalah variasi biasa (normal variation).

Erupsi gigi dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti genetik, kaum, jantina dan faktor setempat (local factor). Di antara faktor yang sering dikaitkan dengan gigi susu lambat tumbuh adalah tulang rahang atau gusi yang tebal sehingga melambatkan gerakan gigi untuk menembus keluar. Keadaan ini akan lebih teruk sekiranya kanak-kanak menggunakan gusi untuk mengunyah makanan yang keras.

Namun, jika gigi susu masih tidak tumbuh selepas anak berusia 18 bulan, puan perlu membawa anak untuk diperiksa oleh doktor gigi. Jika perlu, pemeriksaan radiografi boleh dilakukan untuk mengenali faktor yang melambatkan erupsi gigi.