[Q&A] Anak saya disahkan positif Denggi dan Virus Laptospirosis (kencing tikus)

Question: Doktor,
Anak saya disahkan positif Denggi dan Virus Laptospirosis (kencing tikus) serentak apabila ujian darah dilakukan. Sebelum itu anak saya demam on and off selama 5 hari dan berulang kembali demam 2 minggu berikutnya. setelah dimasukkan ke hospital selama 5 hari anak saya telah sehat dan kembali kesekolah.
Soalan saya : difahamkan walaupun secara klinikal anak saya telah sehat tetapi virus laptospirosis ini masih berada didalam badan anak saya. Adakah keadaan ini merbahaya? atau adakah sakit yang sama boleh berulang kembali dimasa akan datang dan bagaimana menghilangkan terus virus tersebut dari dalam badan. Mohon penjelasan dari doktor. Terima Kasih.

Answer: leptospirosis adalah sejenis bakteria bukan virus, dan ia boleh menjadikan haiwan-haiwan seperti tikus sebagai rumahnya di bahagian saluran air kencing, oleh itu haiwan sebegini menjadi pembawa bakteria. Bakteria ini tidak biasanya menjadikan manusia sebagai rumahnya, Ia akan hilang apabila semakin pulih, Yang masih ada adalah antibodi seperti IgM dan IgG yang masih ada dalam badan. Penyakit boleh berulang lagi tetapi bukan disebabkan oleh bakteria yang masih ada dalam badan,


Posted

in

by

Tags:

Comments

2 responses to “[Q&A] Anak saya disahkan positif Denggi dan Virus Laptospirosis (kencing tikus)”

  1. sulaiman Avatar
    sulaiman

    anak saya berselera besar dan makan agak banyak tetapi badannya tetap kurus dan menampakan tulang yang agak nyata.Megapa ianya berlaku ?

    1. doktorbudak Avatar
      doktorbudak

      Bawalah berjumpa doktor agar doktor boleh bertanya soalan -soalan penting dan membuat penilaian melalui pemeriksaan . Masalah berat badan yang tidak naik boleh disebabkan oleh beberapa faktor. Selain dari pemakanan, penyakit kronik adalah salah satu punca lain dan tanpa maklumat yang lengkap kami tidak dapat membuat penilaian . Maklumat yang diberikan terlalu ringkas , umur berat dan ketinggian anak berapa? Bawalah berjumpa doktor pakar kanak-kanak jika pertumbuhan badannya tidak memuaskan .