[Q&A] Masalah haid

Question: Salam doc,
Anak perempuan akan berusia 10 tahun august nanti. Baru mengalami haid pertama kali. Sekarang dia demam dan mengadu sakit kepala di bahagian belakang dan tengkuk. Rasa bergegar bila berjalan. Bahagian belakang kepalanya sakit bila di sentuh dan seperti agak bengkak. Saya ke klinik dan diberi nurofen. Saya beri ubat tersebut mengikut nasihat doc klinik td.. demam berkurangan tetapi masih sakit kepala. Kepada doc bahagian apa harus saya bawa dan menurut pendpt doc apakah penyakit anak saya melalui peneragan ini?
Tq doc.

Answer: sakit kepala boleh dirujuk kepada pakar kanak-kanak untuk membuat penilaian yang terperinci. antara sebabnya adalah masalah yang ringan, kepada kronik seperti tension headache,migraine kepada maslah yang serious. Demam dengan sakit kepala boleh disebabkan demam jangkitan ringan, ataupun serious seperti denggi, dan yang lebih serius. penilaian yang menyeluruh oleh doktor pediatrik patut dibuat dahulu. Sekiranya doktor tersebut mengesyaki masalah lain baru rujuk kepada pakar neurosurgeri dsb.