[Q&A] Anak saya kerap demam

Question: Salam Dr,
Saya ada kekeliruan. Saya mahukan pendapat seorang professional. Saya menghantar anak saya (skrg berumur 1tahun) ke rumah pengasuh untuk dijaga. Saya dapati dia kerap kena demam, batuk dan selsema. Dia pernah mendapat rawatan di hosp kerana bronchitis. Bila saya siasat, rupanya ada parents yang selalu menghantar anak mereka yang sedang sakit/kurang sihat ke pengasuh juga. Bila saya tanya pengasuh, memang parents tu akan hantar ke pengasuh sewaktu anak dia demam panas, batuk dan selsema.
Adakah anak saya mudah menerima jangkitan kerana perkara ini berlaku atau adakah kerana anak saya ni borderline premature (lahir minggu ke 35) mudah mendapat jangkitan? Adakah betul tindakan saya untuk maklumkan kepada parents tersebut agar tidak menghantar anak mereka yang sakit/tidak sihat ke pengasuh? Ada salah seorang anak parents tersebut yang telah batuk lebih dari sebulan.
Saya inginkan pendapat doktor sebab parents tersebut telah memarahi saya dah menyatakan perkara ini tiada kena mengena. Saya sekarang cukup risau dengan keadaan anak saya. Sekarang dia demam panas dan batuk.

Answer: Saya setuju bahawa kanak-kanak yang tidak sihat tidak harus dibawa ke nurseri, tadika dan tempat pengasuh yang ada budak budak lain yang sihat. Ini kerana boleh merebak kepada budak-budak lain kerana penyakit yang mudah berjangkit dan daya tahan budak memang lebih lemah daripada dewasa.
Kanak-kanak yang kurang sihat, dan batuk-batuk juga perlu mendapat rawatan dan pemeriksaan doktor – tidak selamat untuk dibiarkan kanak-kanak yang tidak sihat di tadika/nurseri kerana keadaan menjadi teruk.
Tidak normal untuk seseorang budak untuk batuk lebih dari sebulan, jumpalah doktor pakar pediatrik untuk periksa sama ada masalah asthma, ataupun mungkin post viral cough sahaja.


Posted

in

by

Tags: