[Q&A] Bagaimana cara utk mengatasi masalah anak yang kerap menangis tanpa kita tahu apa sebabnya?

Question: Hi Dr,
Saya ingin mendapatkan pandangan dan nasihat drpd Dr, bagaimana cara utk mengatasi masalah anak yang kerap menangis tanpa kita tahu apa sebabnya, biasanya anak saya akan menangis ketika tengah malam. Anak saya akan sedar, bagi susu pun dia tidak mahu.Anak saya berumur 1 thn 5 bln. Seorang bayi lelaki. Apabila anak saya menangis, susah untuk dihentikan, dan membuatkan saya jadi tertekan.

Answer: anak menangis boleh disebabkan oleh 1) kelaparan 2) perlu tukar lampin 3) demam, tidak selesa, sakit 3) suhu bilik 4) overstimulated 5) colic/perut kembung tetapi ini tidak biasa pada budak umur 1tahun
– adakah suasana bilik yang tidur tidak sesuai, bising, terlalu panas, sejuk ?
– sekiranya ini berterusan,dapatkan pemeriksaan doktor untuk mendapat kepastian,
Saya tahu memang akan jadi ‘frustrated’ dan marah apabila anak menangis tak henti-henti, jangan goncang anak, dan sekiranya tidak boleh tahan, biarkan anak dalam kot yang selamat dan minta orang lain jaga sekejap, tinggalkan anak di bilik yang gelap dan puan rehat di luar sebentar.

Comments are closed.