[Q&A] Masalah batuk, demam dan selsema

Question: Dr, saya ingin bertanya lebih lanjut mengenai artikel bertajuk: Perlukah diberi ANTIBIOTIK untuk jangkitan demam batuk dan selsema? Berikut adalah soalan saya:
1. Bagaimana untuk mengetahui kita terkena jangkitan virus atau bakteria? Ini kerana setiap kali saya membawa anak ke klinik kerana selsema dan batuk lebih 3 hari, Doktor pasti akan memberi antibiotik.
2. Anak saya kerap terkena selsema dan batuk hampir 2-3 minggu sekali sejak memasuki sekolah. Adakah kerana imun badannya lemah?
3. Saya mempunyai masalah sinus dan adakah anak saya mewarisinya melihatkan keadaannya yang sering menghidap selsema dan batuk?

Answer: 1. Sebenarnya jangkitan virus adalah lebih common untuk budak-budak, cara untuk membezakan ialah dengan ujian darah, dan juga keadaan pesakit secara keseluruhan, mereka yang terkena jangkitan bakteria lebih lesu,berbanding jangkitan virus. Namun ini adalah guideline dan bukan tepat untuk kesemua kes. Yang penting ialah kita tidak harus terlalu bergantung dan harapkan antibiotik setiap kali.
2. Apabila seorang kanak-kanak menyertai suatu institusi/tempat seperti tadika, sekolah – memang kekerapan mendapat jangkitan kuman yang menyebabkan batuk lebih tinggi, Namun, harus ingat yang batuk yang berpanjangan mungkin masalah lain seperti asma.3. secara asasnya, sinusitis bukan penyakit keturunan, Keadaan lain seperti allergic rhinitis boleh diwarisi.