[Q&A] Pertanyaan common tentang kanak-kanak

Question: Salam Doktor,
1. Anak saya ada tanda macam merah sekitar bawah mata seperti tanda orang yang tidak cukup tidur. Adakah normal?
2. Kulit anak saya sangat sensitif, kadang-kadang tiba-tiba boleh menjadi merah apabila berada dalam cuaca panas & juga boleh hilang secara tiba-tiba.
3. Anak saya kebelakangan ini enggan membasuh najis dan asyik mengadu sakit pada bahagian dubur tapi bila kami periksa tiada apa2 yang ganjil. Dia refused untuk dibersihkan. Saya pun tidak faham samada dia benar2 sakit atau tidak. Apabila ditanya keadaan dia di nursery, pengasuh memberitahu dia senang mengendalikan anak saya. Saya bingung.
Anak saya berusia 2 tahun 7 bulan.
4. Anak saya suka bercakap sendiri, melakonkan karakter2 kartun yang ditonton dan menjawab soalan kami dari ayat karakter kartun. Adakah normal sebegitu?
Sekian, terima kasih

Answer: Saya merasakan anak puan mungkin mengalami allergic rhinitis atau alahan hidung dan mata yang berkait rapat dengan masalah kulit sensitif iaitu eczema. Bawa berjumpa doktor untuk rawatan.
Adakah dia mengalami sembelit ? Atau ada kemungkinankah ada sesuatu yang berlaku ? Bertanya pada anak siapakah yang selalu membersihkan najisnya? Ada tak orang lain selain pengasuh yang pernah menyentuh atau membasuh duburnya. Adakah mencuci najis dilakukan dengan kasar atau ada pengalaman yang menakutkannya. Mungkin juga ia adalah masalah lain . Bertanya pada anak.Jika risau bawa berjumpa doktor. Keadaan begini memerlukan pemeriksaan dan bertanya pada pesakit sendiri.

Comments are closed.