[Q&A] Masalah kulit and pemakanan

Question: Salam Doc,
Saya ada dua perkara ingin bertanya:-
1) Anak lelaki saya berusia 9tahun sejak kebelakangan ini selalu tumbuh secara tiba-tiba di bawah hidungnya, kelihatan seperti kudis, memakan masa dlm seminggu dua utk hilang apabila disapu dengan econazin, juga ketuat yang selalu ada di telapak kakinya…hilang apabila digunakan plaster ketuat yang dibeli dari farmasi. Kudis dan ketuat itu akan datang kembali selepas beberapa hari@minggu. Apa sebenarnya terjadi pada beliau doc?
2) Sebelum ini anak lelaki saya berusia 4 & 11 tahun boleh memakan makanan laut tanpa ada sebarang masalah, tetapi pd minggu lepas matanya tiba-tiba membengkak selepas makan hanya seekor udang. Apakah ini bermaksud beliau tidak boleh makan makanan laut lagi selepas ini…alergic makanan laut?
Bantuan jawapan dr Doc sangat saya hargai…..terima kasih doc…

Answer: 1. Keadaan itu mungkin jangkitan kuman kulit yang dipanggil Impetigo ataupun allergi. Econazine adalah ubat anti fungal, oleh itu sekiranya bukan jangkitan kulat ia tidak akan berkesan. Susah untuk dibayangkan tanpa lihat sendiri. Lebih baik jumpa doktor, doktor kulit,.
2. Sekiranya mereka pernah makan udang dan seafood lain, sepatutnya tidak alahan. lagipun anak yang 11 tahun mestilah pernah tunjukkan alahan sebelum ini. Kemungkinan ialah – ada ciri istimewa udang ini, mengandungi protein/antigen yang tidak serasi dengan mereka, ataupun mereka alahan kepada bahan masakan dalam makanan itu. Untuk mengelakkan ini, saya nasihatkan cuba makan balik seafood secara beransur-ansur. Makan sahaja benda yang pernah cuba dahulu dan selamat.

Comments are closed.