[Q&A] Masalah jaudice

Question: assalamualaikum n salam sejahtera.. saya mempunyai anak berusia 2 bulan. pada usia 1 bln anak saya masih mempunyai jaudice (prolong jaudice) dan telah dirujuk pada paed. bacaan terakhir sebelum berjumpa paed adalah 185. bila jumpa paed 4 hari kemudian, ujian darah dan sample urine di ambil. bacaan jaudice turun kepada 163, namun urine detect ader infection. then doc suruh ambil antibiotik selama 7 hari dan repeat urine test. keputusan urine test after pengambilan antibiotik, tiada lagi infection. namum doc suruh buat scan buah pinggang. paed ckp itu adalah procedure normal after pengambilan antibiotik. then bile scan, buah pinggang belah kiri anak saya di dapati sedikit bengkak. saya nk tanya adakah normal bagi condition anak saya ni (prolong jaudice) buah pinggang nye bengkak sedikit?atau serius kah keadaan anak saya? selalunya dalam kes seperti ini, apakah procedure seterusnya? untuk pengetahuan doc, anak saya fully BF, masa lahir berat 2.92kg dan berat pada usia 2 bln 5.2 kg. tq.

Answer: Saya berpendapat anak puan mengalami masalah hydronephrosis. Dalam kebanyakan masa, ia tidak merbahaya terutama sekali jika ia hanya sedikit dan hanya melibatkan satu buah pinggang . Kebanyakan masa, ia akan surut dan kembali seperti biasa. Bergantung pada pakar , ada yang akan memantau sehingga masalah ini hilang dan ujian scan diulang setiap 6 bulan hingga buah pinggang kembali normal. Puan boleh berbincang dengan doktor yang merawat kerana ini bergantung pada result penuh scan tersebut dan penilaian doktor semasa temujanji.

Comments are closed.