Question: Salam doc..saya mempunyai anak brumur 9 bulan..anak sy br disahkn menghidap rotavirus (hari ini hari keempat).dia sudh dimskkn ke hosp disbbkn dehydration dan sudh pn keluar sbb doc nmpk dia kmbli aktif.di rumah dia sudah pn mau mkn dan minum.soalan saya adakah normal utk pesakit yg ad virus ini setiap kali mkn or mnum dia akn cirit sbb ank saya begitu.nsb baik dia still mahu menyusu dn mkn.dan slalunya ambil masa brapa lama utk smbh.tq.
Answer: Jangkitan tersebut mengambil masa untuk pulih. Sekiranya kekerapan dan jumlah cirit biritnya berkurangan, dan dia sudah aktif dan boleh minum dengan banyak, maka ini bermakna dia semakin pulih . Adakala keadaan ini mengambil masa lebih kurang seminggu dan penyembuhan adalah satu proses beransur ansur. Namun jika keadaan ini berlarutan dan dia masih cirit birit dengan banyak, dia mungkin mengalami masalah secondary lactose intolerance.
Boleh cari dan rujuk di homepage mengenai ini.ini terjadi apabila dinding usus terhakis semasa jangkitan berlaku dan serapan susu menjadi tidak bagus.Kanak kanak cirit setiapkali lepas minum susu dan najisnya berair, Oleh sebab itu , LF (atau lacose free ) formula diberikan . dalam tempoh ini , susu LF diteruskan untuk 2-3 minggu sehingga permukaan usus kembali sembuh . Cirit biritnya berkurangan dan selepas itu boleh teruskan susu biasa.
Hi doc. Anak sy 9bln fully bf. Hari ke2 dia demam, muntah n cirit birit sy ade bw dia ke hospital. Tp tiada tindakan lanjut dgn alasan anak sy tidak dehidrasi. Hari ni hari ke4 dan anak sy still demam muntah dan berak. Apa perlu sy buat
Teruskan pantauan dan pastikan tiada tanda tanda yang keadaan semakin merosot / dehidrasi.
sekiranya anak boleh minum dengan baik ( sebaiknya berikan Oral rehydration salt yang boleh didapati di farmasi/ saya harap ia diberikan oleh doktor yang melihatnya hari tu ) , teruskan susu badan dan ubat demam. Sekiranya dia aktif dan keadaan semakin baik ( muntah dan cirit berkurangan ) , maka ini adalah tanda yang baik. Namun , doktor yang merawat hanya melihat dia pada hari itu sahaja dan keadaan boleh berubah selepas beberapa hari. Maka jika anak tidak akti , kurang minum , masih muntah dan cirit , demam yang tinggi, kencing berkurangan bawa semula berjumpa doktor dengan segera untuk rawatan lanjutan.