[Q&A] Masalah berat badan

Question: Masalah berat badan
Lahir 2.9kg,normal delivery,cukup bln.
Usia sbln 3kg, Skrg 7bln berat 5.8kg. Berat tak pernah turun tapi kenaikan sedikit setiap bln.Carta garisan kuning sejak usia 2bln. Bmi tak cantik.
Menyusu bdn hingga 3bln (masalah kesihatan ibu)kemudian susu formula.
Susu 5oz 5xsehari. Makan puri/bubur 2x sehari. Buang air besar setiap hari.semasa breastmilk najis kuning tp bila susu tepung najis hijau (s26.friso,dulac,snow,mamex-semua najis hijau,tak sembelit,tak cirit).
Blm pnh sakit demam. Aktif. Kuat berpeluh. Perkembangan motor ok.
Dipantau oleh doc kkia tp takde sebarang ujian. Setiap bln hny dtg timbang berat shj dan nasihat pemakanan.
Perlu tak saya rujuk pakar?

Answer: Dapatkan nasihat pakar keluarga (Family medicine specialist) di KK. Jika perlu, mereka akan merujuk ke pakar kanak-kanak di hospital.
Masalah berat badan tidak naik tidak semestinya berpunca daripada masalah pemakanan sahaja. Masalah penyakit juga boleh menyebabkan berat badan tidak naik. Harapnya, tiada masalah tersebut pada anak Lynn namun ini perlu dipastikan dahulu. Sekiranya memang tiada, maka perlu melihat pada pemakanannya. Namun yang merisaukan saya ialah masalah ini bermula agak awal kerana pada usia satu bulan lagi berat badannya tidak naik seperti yang diharapkan. pemakanan hanya dimulakan pada 6 bulan dan dia baru berumur 7 bulan . Maka pada 6 bulan pertama, susu yang diberikan samada tidak berapa mencukupi ataupun ada masalah lain. Elok jika dapat penilaian dan pemeriksaan. Melalui pemeriksaan tersebut, doktor akan menentukan sekiranya ujian ujian lain seperti darah , air kencing diperlukan atau tidak. Penilaian oleh dietition juga dapat membantu.