[Q&A] I am planning to curmcised both my 3 years old and 8 month old boys

Question: Circumcision on baby
Assalam
i am planning to curmcised both my 3 years old and 8 month ol boys , from the islamic perspective, the most advicable time to do so is as early as the 7th day from the birth day and as many know that is one of the prophetic tradition in celebrating the baby other than shaving his head clean and name the baby. my ques are, from the medical point of view, is it advisable to do so starting from the 7th day if the baby is premature, how to know especially the baby if he’s fit to go thru the knife as most gov hosp. and clinic do not practice early circumsicion. on the method taken and price charged by private clinic on curmcission is there any specific guideline provided by MOH as the price range for 3 years old kid is about RM 1.5 k to 1.8 k as that particular private clinic told me they are using laser cutting tech. hope to get a better understanding what does it mean by laser cutting.

Answer: Islam mewajibkan khatan untuk lelaki dan hukum sunat pada wanita. Selain umat Islam, perintah berkhatan dari sudut agama juga dilakukan oleh kaum Yahudi. Umumnya, kaum Arab biasanya mengkhatan pada hari ke tujuh selepas bayi dilahirkan, berbeza dengan adat kaum Melayu. Jumhur ulama berpendapat Nabi Muhammad SAW telah dikhatankan pada hari ke tujuh oleh Abdul Mutalib.

Dari aspek kesihatan, berkhatan dapat mengurangkan risiko jangkitan kuman pada salur kencing pada kanak-kanak, mengurangkan risiko keradangan pada zakar dan kanser zakar, mengurang risiko kanser cervix pada pasangan dan juga baik dari aspek kebersihan.

Teknik khatan

1) Kaedah Konvensional – jahitan

Setelah ubat bius diberi, bukaan pada kulit kepala zakar (prepuce) akan dibesarkan untuk membolehkan kepala zakar dicuci. Khatan boleh dibuat seterusnya dan luka khatan biasanya memerlukan balutan serta ‘dressing’ perlu dilakukan pada setiap hari sehingga sembuh.

2) Kaedah ‘clamp method’

Terdapat pelbagai jenis alat clamp di pasaran. Secara ringkasnya, alat ini digunakan semasa proses khatan dan kebanyakan model memerlukan anak anda datang semula untuk membuka alat clamp selepas seminggu berkhatan. Ini bermaksud, anak anda perlu menjalani suntikan ubat bius setempat sebanyak 2 kali (semasa khatan pertama dan ketika membuka clamp).

Komplikasi lazim berkaitan alat clamp termasuklah infeksi, pendarahan, kegagalan untuk membuka alat clamp.

3) Kaedah ‘Sutureless Circumcision’

Kaedah ini adalah kaedah khatan tanpa memerlukan jahitan. Khatan dilakukan menggunakan alat ‘cautery’ dan sesudah itu ‘Tissue glue @ gam’ akan disapu pada luka selepas proses khatan. Tissue glue yg digunakan (octyl cyanoacrylate) adalah kalis air dan mempunyai kandungan antibiotik untuk melindungi luka tersebut.

Komplikasi yg kadang-kadang berlaku adalah pendarahan kecil.

Masyarakat umum meminta berkhatan dengan menggunakan ‘laser’. Sepanjang pengetahuan saya, mesin ‘carbon dioxide laser’ yg digunakan khas untuk tujuan khatan HANYA ADA DI SINGAPURA.

Klinik – klinik yang mempromosi penggunaan laser di Malaysia sebenarnya hanyalah menggunakan alat pembedahan ‘cautery’, iaitu pemotongan tisu dengan elemen haba.

Namun begitu, ada sesetengah masalah di mana khatan tidak boleh dilakukan secara biasa:

1) Hypospadias

– keadaan kongenital bila mana lubang bukaan salur kencing tidak berada di tempat yang sepatutnya.

2) Buried penis

– lazim berlaku pada anak anak yg obes. Batang zakar sebenarnya tenggelam dalam lapisan lemak pada bahagian abdomen. Walaupun kulit kepala zakar nampak normal, batang zakar sebenarnya tenggelam .

3) Congenital megaprepuce

– ‘Prepuce’ atau kulit kepala zakar selalunya berbentuk konikal dengan lubang kencing yang sangat halus. Lapisan kulit luar adalah terhad manakala lapisan dalam prepuce adalah berlebihan

Merujuk kepada masa terbaik untuk berkhatan, saya secara peribadi merasakan yang masa terbaik untuk berkhatan adalah mengikut sunnah, iaitu hari ke tujuh kelahiran. Ketika bayi baru dilahirkan, deria rasa, bau, penglihatan dan lain lain belum terbentuk sempurna. Bayi juga ketika itu menjalani proses tumbesaran yang paling aktif, justeru mempercepatkan proses pemulihan luka. Keadaan fizikal bayi yang ketika itu tidak banyak bergerak juga akan memudahkan penjagaan. Saya akui tidak banyak doktor pakar yang menawarkan proses khatan selepas kelahiran, ia memerlukan kemahiran yang agak tinggi.

Jumpalah doktor pakar sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan. Berilah khatan yang terbaik untuk anak anda.