[Q&A] Anak saya sudah 8 bulan dan berat nya tidak naik malah menurun.

Question: salam doc anak saya sudah 8 bulan dan berat nya tidak naik malah menurun.skrg tidak sampai 6 kg. dulu masa lahir dia tak cukup bulan dan dia alahan pada susu lembu. susu apakah yang bagus untuk menaikkan berat badan anak saya?

Answer: selepas 6 bulan , nutrisi bayi tidak bergantung pada susu sahaja . Maka bukan susu sahaja yang perlu diberi perhatian tetapi pemakanannya juga. Sekiranya ada masalah alah pada susu lembu , dapatkan HA (hypoallergenic formula) di farmasi. Ini seeloknya dimulakan sejurus selepas berhenti susu badan kerana kanak kanak begini seeloknya susu badan dan jika tidak diberi HA formula terus. Oleh kerana formulasi susu HA mempunyai perisa yang berlainan, ada bayi yang tidak mahu minum jika dimulakan agak lambat.
Perlu diingat , punca pertumbuhan bayi tidak baik bukan sahaja disebabkan nutrisi tetapi boleh juga disebabkan penyakit-penyakit lain. Oleh itu, jika ia terus menurun , pemeriksaan doktor adalah wajar .
Setiap bayi ada buku kelahiran. Bagaimanakah graf pertumbuhannya di buku tersebut . Pastinya jururawat menimbang setiap kali imunisasi dan carta berat dan tinggi diplotkan di buku. Bilakah ia mula menurun . Semua ini perlu diambil kira. Saya harap puan melihat semua itu. Pemerhatian saya ramai ibu bapa yang tidak menggunakan buku tersebut sebaiknya.