Pengawalan Berat Badan Kanak-Kanak

fatboy

Q: Anak perempuan saya berumur 6 tahun. Dengan berat 33.9kg dan tinggi 118.5cm. Adakah dia dlm kategori obes? Anak saya seorang yang aktif. Bila berlari atau melakukan sebarang aktiviti saya perhatikan pernafasan dia agak tercungap cungap dan cepat penat atau mengah. Apakah jadual diet yg terbaik untuk dia? Menu utamanya adalah nasi. Dia kurang berminat dgn makanan ringan. Harap penjelasan dan penyelesaian dari pakar nutrisi. Terima kasih. (Meikamika Fauzi)

A:  Puan Meika,

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada puan kerana mempunyai sikap prihatin kepada berat badan anak. Adalah sangat penting untuk seorang kanak-kanak membesar dalam berat badan yang normal kerana ia akan mempengaruhinya bukan sahaja dari segi fizikal, tetapi mental, social dan masa depannya juga.

Bagi menentukan kategori berat badan, BMI (Body mass index) atau Indeks Jisim Tubuh digunakan dan dibandingkan dengan carta pertumbuhan BMI-untuk-umur oleh WHO (World Health Organization) 2007.

Carta tersebut digunakan sebagai rujukan BMI untuk kanak-kanak 5 tahun sehingga remaja 19 tahun, di mana selepasnya akan mengikut pengkelasan BMI untuk dewasa. BMI yang disarankan untuk semua adalah di antara garisan 15th dan 85th persentil. Jika BMInya di bawah garisan 15th persentil, ia dikategorikan sebagai kurang berat badan dan susut (wasting) dan jika melebihi garisan 85th, adalah berlebihan berat badan (overweight).

Pengiraan BMI adalah menggunakan formula berikut :-

BMI = berat / (tinggi x tinggi)

obesity

Berdasarkan berat dan tinggi anak puan, dia mempunyai BMI (Body mass index) 24.1 kg/m2. Pada umur 6 tahun, BMI tersebut adalah dalam kategori berlebihan berat badan. Bagi mengira berat badan yang sesuai dengan anak puan, BMI mestilah di dalam lingkungan 14 hingga 17 pada umur 6 tahun,iaitu di antara garisan 15th dan 85th dalam carta BMI-untuk-umur (WHO 2007). Bagi pengiraan berat badan yang ideal untuk umur anak, gunakan BMI pada garisan 50th persentil  pada umur 6 tahun (15.3kg/m2) dan darabkan dengan tingginya dalam m kuasa 2.

Berat ideal = BMI x tinggi (m) x tinggi (m)

= 15.3 x 1.185 x 1.185

= 21.5 kg

Berat minimum = 13.8 x 1.185 x 1.185

= 19.4 kg

Berat maksimum = 17.1 x 1.185 x 1.185

= 24.0 kg

 

Berdasarkan pengiraan tersebut, berat yang paling sesuai untuk anak puan pada umur 6 tahun adalah dalam lingkungan 19.4 hingga 24.0kg. Walaupun berat anak kamu 33.9kg adalah berlebihan, tetapi pengurangan berat badan untuk kanak-kanak adalah tidak digalakkan kerana mereka masih berada dalam proses pertumbuhan. Puan hanya perlu memantau berat badannya setiap tahun sehingga anak kamu mencapai BMI dalam lingkungan normal.

Pengambilan kalori yang sesuai untuk kanak-kanak perempuan mengikut umur berdasarkan Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia 2005 ialah

4-6 tahun: 1290 kcal

7-9 tahun: 1590 kcal

10-12 tahun: 1990kcal

Pengambilan makanan yang sesuai untuk anak bergantung kepada aktiviti hariannya. Jadual diet yang terbaik untuknya adalah makan bersama keluarga di atas meja makan. Adalah bagus kalau dia tidak berminat dengan makanan ringan kerana makanan ringan adalah makanan yang tidak berkhasiat dan kandungan gula, lemak dan garam yang tinggi akan menyebabkan kerosakan gigi dan kenaikan berat badan. Jarakkan masa makannya supaya dia tidak makan sampai terlalu kenyang pada suatu masa, Berikut adalah cadangan menu makan untuk seorang kanak-kanak 6 tahun. Bagi lebih prihatin kepada pengambilan tenaga harian (kcal), anda boleh rujuk kepada label pemakanan pada pembungkusan makanan yang dibeli.

Screenshot 2014-02-04 23.18.18

 

Adalah bagus jika anak puan aktif, kerana ini akan meningkatkan penggunaan tenaganya dan mengurangkan lemak terkumpul di dalam badan. Dalam sehari, adalah disarankan supaya kanak-kanak mempunyai 1 jam aktiviti fizikal, dan mengurangkan masa menonton televisyen. Semestinya, berat badannya yang besar akan menyebabkannya mudah tercungap. Untuk mereka yang mempunyai asma, berat badan yang berlebihan boleh menerukkan lagi keadaan. Sekiranya perkara ini menjadi serius dan sering berulang, kamu hendaklah membawanya ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan dengan segera. 

 

( answered by Ms. Kimberly Wong Yuin Y’ng

BSc Nutrition (Hon) (UKM), Master of Health Science (Nutrition) (UKM) , Community Nutritionist at a Government Maternal and Child Clinic ) 

Comments are closed.