[Q&A] Masalah hyperactive

Question: Salam Doktor,
Saya mempunyai ank lelaki berumur 2 thn 4 bln ,dia seorang aktif Dia amat meminati automobil /kenderaan..sekiranya nak belikan mainan dia cuma nak kenderaan sahaja terutama kereta.Begitu juga buku,kalau nak beli kan dia cuma mahu berkaitan kenderaan.sy cuba selitkan waktu bermainnya dengan mengajar ABC,123 tp dia kurang perhatian,bila saya beri dia buku,tunjuk & ajar dia,terus dia tutup buku tu..tapi kalau saya cakap pasal kereta dia akan beri perhatian..adakah ianya perkara normal kanak2 seusia dia? kerna saya risau kalau dia x minat tuk belajar.Minta pendapat doktor..

Answer: Kanak-kanak akan mempelajari banyak perkara melalui bermain (play). Play adalah sesuatu aktiviti yang sangat penting untuk kanak-kanak sehinggakan ianya menjadi satu hak asasi yang termenterai di United Nation (Article 31 of the UN Convention on the Rights of the Child).
Apa pentingnya bermain (play)?
Faedahnya sangat banyak. Bermain memberikan anak ruang dan peluang untuk berkawan, menambahkan imaginasi, kreativiti, membaiki self-awareness, hargai diri, merapatkan hubungan dengan ahli keluarga, menambahkan skil sosial, dan skil untuk belajar, belajar untuk mengatasi masalah (problem solving), berdikari, meningkatkan daya tahan diri (resilient), membaiki kualiti kehidupan dan bermacam-macam lagi. Faedah bermain bukan sahaja untuk anak, tetapi untuk ibubapa dan keluarga.
Anak tidak akan dapat belajar semua yang diatas dengan hanya membaca buku.
Jika puan mahu biasakan anak dengan buku, dan anak puan minat dengan kereta, belikan buku-buku mengenai kereta (seperti yang puan telah lakukan) dan anak boleh diajar banyak perkara dengan menggunakan automobil. Gunakan kreativiti puan. Anak akan berminat dengan buku sekiranya ibubapa sendiri banyak membaca dan mempunyai banyak buku di rumah. Mereka akan mengikuti (modeling) apa yang ibubapa lakukan.
Sekiranya anak yang berumur 2 tahun 4 bulan tidak minat dengan ABC dan 123, itu adalah normal. Setiap kanak-kanak akan mempunyai minat yang tertentu (preferance), eg minat automobil, atau anak patung. Tetapi, kanak-kanak yang normal juga tidak terlalu rigid dan akan flexibel, jika diberi mainan yang lain. Cuba kenalkan permainan selain dari kereta/ automobil secara berperingkat; dan permainan akan menjadi lebih seronok jika ibubapa bermain bersama!
Diharapkan jawapan ringkas ini dapat membantu Puan Nieyna. Good Luck!


Posted

in

by

Tags: