[Q&A] Saya rasa amat tertekan kerana tidak dapat menyusukan bayi saya sejak lahir kerana susu saya amat kurang.

Question: Hi Doktor.. saya rasa amat tertekan kerana tidak dapat menyusukan bayi saya sejak lahir kerana susu saya amat kurang. jadi bayi saya di beri susu formula 90% dan hanya 10% susu badan. sekarang bayi sya berumur 2 bulan 100% di beri susu formula.. saya kesian dan sedih sebab tak dapat beri susu badan sepenuhnya. saya risau dia terlalu kecil untuk di beri susu formula. boleh beri pandangan doktor.. thanks..

Answer: Tahniah di atas kelahiran bayi anda. Sememangnya semua ibu mengimpikan untuk menyusukan anak mereka sepenuhnya , namun adakala terdapat masalah yang menyebabkan mereka tidak dapat berbuat demikian. Ini selalunya memberi kesan kepada para ibu seperti Hafiza. Nasihat saya, usah dirisaukan. Tiada masalah bayi diberi susu formula sekiranya si ibu tidak dapat memberi susu badan . Jangan dianggap ini satu kegagalan kerana ia sememangnya akan memberi tekanan jika difikirkan dari sudut itu. Anggap ia hanyalah ujian. Fokuskan tenaga dan masa kepada aspek lain seperti kasih sayang. Cadangan saya : berfikiran positif . Selalu senyum dan gembira apabila menyusukan anak meski pun susu formula kerana itu lebih penting. Ini kerana bayi dapat mengesan emosi ibu melalui tindak tanduk dan riak wajah. InsyaAllah, cuba pada bayi seterusnya.