[Q&A] Di mata anak saya terdapat sebiji biji merah yang menyerupai seperti kutil , terletak di atas kelopak mata.

Question: Assalamualikum Doktor
sy mempunyai bayi perempuan berusia setahun 1 bulan, di mata anak saya terdapat sebiji biji merah yang menyerupai seperti kutil , terletak di atas kelopak mata.
kutil tersebut tidak membesar dan seperti bintik kecik yang berwarna kemerahan
sy sgt risau sekira ia boleh membesar dan menyebabkan masalah di kemudian hari
sy pernah membawa nya ke klinik dan dr memberikan krim untuk mengecutkanya tp sy lihat seperti tiada perubahan
Apa yg saya boleh lakukan utk meghilangkan nya
Terima kasih

Answer: Anak puan memerlukan pemeriksaan kerana tanpa melihat sendiri adalah agak sukar untuk memberikan diagnosa dalam kes sebegini. Saya mengandaikan bahawa ia adalah ‘hemangioma’ atau gumpalan salur darah bawah kulit namun begitu ini adalah andaian berdasarkan kata kata Puan . Ada beberapa diagnosa lain yang perlu dipertimbangkan oleh itu dapatkan rujukan ke klinik pakar.


Posted

in

by

Tags: