[Q&A] Saya mempunyai kekeliruan mengenai pengambilan ubat bagi bayi berumur kurang dari 1 tahun.

Question: salam doktor saya mempunyai kekeliruan mengenai pengambilan ubat bagi bayi berumur kurang dari 1 tahun.Anak saya berusia 5 bulan. Baru-baru ini anak saya demam dan disertai dengan batuk, selsema (block nose), kahak lendir yang agak teruk yang menyebabkan dia sukar tido di waktu malam dan mempunyai nafas yang agak kuat . Dia dibekalkan dengan ubat2 seperti ubat batuk selsema kahak dan sakit tekak serta paracetamol Adakah bayi berusia sepertinya boleh mengambil ubat2 tersebut? Mohon penjelasan doktor dan terima kasih diucapkan.

Answer: Bayi kurang dari 2 tahun tidak boleh diberikan ubat batuk dan selsema memandangkan kesan sampingan boleh berlaku. Ubat paracetamol sekiranya diambil dalam dos yang betul , maka tiada masalah . Harus dipastikan dahulu apakah ubat yang diberikan kerana ramai doktor yang memberikan ubat salbutamol (yang seringkali digunakan untukmengurangkan kahak) namun sebenarnya bukanlah ubat batuk tetapi ubat yang melegakan salur pernafasan.


Posted

in

by

Tags: