[Q&A] Apakah fungsi dan kesan antibiotik untuk kanak-kanak

Question: Hi Doc,
Saya nak tanya mengenai antibiotik utk kanak2.. ape fungsinya dan kesan nya utk kanak2.. Selalu kalau anak demam bwk jumpa doktor, doktor akan bg antibiotik dan mesti dihabiskan. mcm mana kalau sy x bg antibiotic at all kat my bby since sy rasa demam biasa je, tapi saya ade bg ubat demam batuk selsema semua la cuma antibiotic je x, sy nak dia recover himself by his immune system. Is it good? i dont want him to be too dependant on antibiotic.

Answer: Antibiotik tidak diperlukan sekiranya baby demam biasa, selsema dan batuk yang ringan dan masih aktif seperti biasa. MAlah dalam kebanyakan cirit birit dan muntah juga tidak memerlukan antibiotik. Antibiotik diberikan untuk membunuh kuman bakteria. Kebanyakan masa demam yang ringan beserta selsema adalah disebabkan oleh jangkitan virus yang biasanya akan baik sendiri dalam masa beberapa hari. Antibiotik tidak berkesan dalam menentang virus dan oleh itu tidak diperlukan . sekiranya demam berlanjutan ,suhu tinggi dan menyebabkan baby tidak aktif dan kelihatan ‘sakit’ , antibiotik diberikan setelah pemeriksaan rapi oleh doktor .