[Q&A] Masalah G6PD

Question: Hello doc… Ank lelaki saya 1y 2mnth… Disahkan g6pd deficiency sejak lahir… Boleh ke ank saya makan sayur kacang buncis or kacang panjang? Air soya bean pun bole ke?

Answer: Adakah Puan diberi penerangan tentang G6PD def dan perkara yang perlu dielakkan ? Kebiasaannya , ibu bapa diberi senarai makanan/ubat yang perlu dielakkan dalam anak yang menghidapi G6PD def ini.
Secara asasnya , kacang yang perlu dielakkan adalah kacang parang namun kacang soya , buncis dan sebagainya didapati mencetus masalah pecah darah pada penghidap G6PD namun secara perlahan . Oleh itu , simptom seperti pucat dan air kencing gelap tidak kelihatan namun dalam jangkamasa panjang ia boleh membawa mudarat.

Comments are closed.