Q:
1) Salam doktor, saya seorang ibu kepada bayi lelaki berumur 8 bulan 3 minggu. Anak saya hanya minum susu ibu dan makan solid / puree tanpa masalah. Dan seboleh-bolehnya saya nak elakkan bagi susu formula. Perkembangannya juga normal. Sekarang beratnya 8.1 kg. Tetapi dia masih kerap bangun malam untuk menyusu. Lebih kurang setiap 1-2 jam. Soalan saya :-
a. Mungkinkah anak saya lapar atau tidak cukup susu? Saya risau sebab kuantiti susu badan saya memang dah berkurang. Saya risau kalau anak saya tak kenyang semasa direct feeding, sebab saya tak dapat monitor kuantiti susu yang dia minum.
b. Perlukah saya bagi anak makan solid/ puree pada waktu malam, supaya dia lebih kenyang? saya pernah terbaca tak elok bagi bayi makan selepas pukul 7 malam. So last meal saya akan bagi pukul 6 petang. Saya harap boleh dapatkan nasihat doktor. Terima kasih. ( mamaimransaid )
2) hi Doc, when is the right time to give a protein-based infant foods such as fish and chicken? tqvm (hani)
A:
Hi Mama Imran dan Hani!
Terlebih dahulu, saya mengucapkan tahniah atas kejayaan puan memberikan susu ibu secara eksklusif kepada anak selama ini. Memandangkan anak mempunyai berat badan dan perkembangan yang normal, saya percaya tahap nutrisi anak adalah baik. Biasanya susu badan akan dihasilkan setimpal dengan keperluan anak. Sekiranya anak menyusu dengan kerap, penghasilan susu badan akan bertambah. Kuantiti makanan pejal boleh ditambahkan secara beransur-ansur, supaya anak lebih kenyang dan mengelakkan risiko kekurangan zat makanan.
Sebenarnya, tiada halangan untuk makanan pejal diberikan selepas 7 petang. Apabila anak membesar, dan pengambilan makanan pejal bertambah, anak tidak perlu bangun begitu kerap untuk menyusu. Diharapkan artikel ini dapat sedikit sebanyak menjawab soalan anda.
Makanan Permulaan untuk Bayi
Bayi sebaik-baiknya harus diberi susu badan secara eksklusif bagi enam bulan pertama. Apabila bayi membesar, dari umur 6 bulan, bayi perlu diberikan makanan pejal secara beransur-ansur. Proses ini dipanggil ‘weaning’. Ini tidak bermaksud susu hari ini, dan besok terus makanan pejal! Sebaliknya, bayi haruslah diberi peluang untuk menyesuaikan diri perlahan-lahan. Di samping makanan pejal, penyusuan bayi dengan susu badan boleh diteruskan sehingga umur dua tahun atau lebih.
Makanan pejal tidak boleh diberikan sebelum umur 6 bulan kerana:
- Bayi belum dapat mengunyah dan menggigit dengan berkesan
- Makanan yang paling seimbang dan lengkap adalah susu badan.
- Meningkatkan risiko alahan makanan dan jangkitan kuman.
- Usus belum matang dan terdapat risiko kecederaan / usus tersumbat (‘intestinal obstruction‘).
- Buah pinggang belum cukup matang untuk mengendalikan beban berlebihan dengan makanan pejal.
Namun, selepas umur 6 bulan, bayi memerlukan makanan pejal, kerana susu badan sahaja tidak mencukupi untuk keperluan badan. Bayi yang tidak diberi makanan pejal selepas 6 bulan akan mengalami kekurangan zat makanan, terutamanya zat besi. Ini pula akan menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan minda bayi.
Bayi perlu membiasakan diri dengan kaedah pemakanan baru apabila diberi makanan pejal. Kaedah-kaedah berikut mungkin membantu:
- Mula-mula, gunakan sudu untuk memberikan sedikit susu. Apabila bayi telah biasa makan menggunakan sudu, makanan pejal yang lembut boleh diberikan.
- Mulakan dengan satu atau dua sudu makanan. Selepas beberapa hari, makanan pejal boleh diberikan dua, dan seterusnya tiga kali sehari. Makanan pejal yang sesuai untuk permulaan adalah makanan dengan tesktur yang rata dan rasa yang tawar (‘smooth consistency and flat taste’). Contohnya, kanji, ubi kentang yang dilenyetkan, sayur-sayuran yang tidak berserabut, seperti lobak merah atau lobak putih, atau puri buah-buahan yang lembut, seperti pisang atau epal.
- Jangan tambahkan makanan pejal ke dalam botol susu.
- Jangan tambahkan garam atau gula kepada makanan bayi.
- Makanan pejal boleh dicampurkan dengan sedikit susu badan atau air masak.
- Mulakan makanan baru satu demi satu supaya dapat mengenalpasti apa-apa alahan makanan.
- Sekiranya bayi tidak mahu makan sesuatu makanan baru, cuba berikan makanan itu sekali lagi, selepas beberapa hari. Kadangkala bayi akan mengambil makanan tersebut setelah mencuba beberapa kali dan telah membiasakan dirinya dengan rasa baru.
Apabila bayi berumur 6 bulan, makanan pejal harus dimulakan dan ditingkatkan perlahan-lahan. Dalam beberapa minggu, makanan dengan rasa, tekstur, warna dan suhu yang berlainan boleh diperkenalkan. Apabila bayi mengambil lebih banyak makanan pejal, pengambilan susu akan berkurangan. Pada tahap ini, bayi perlu diberi sedikit ikan, ayam atau sumber protein lain, untuk menggantikan protein dalam susu. Pastikan tiada tulang dalam makanan bayi.
Pada umur 6 hingga 9 bulan, makanan yang lebih berketul (lumpy) boleh dimulakan. Apabila bayi boleh duduk, berikan makanan yang boleh dipegang sendiri, seperti biskut atau buah-buahan yang dipotong kecil seperti tembikai dan pisang. Seboleh-bolehnya, bayi perlu beransur-ansur diberi makanan yang biasa dimakan oleh keluarga, supaya bayi dapat membiasakan diri dengan tekstur dan rasa makanan keluarga.
Apabila bayi menghampiri umur satu tahun, bayi boleh makan bersama-sama dengan keluarga. Makanan seperti ayam, ikan, sayur dan nasi boleh diberikan. Makanan boleh dikisar atau dipotong kecil. Elakkan makanan kecil yang keras seperti kacang ‘pea’ yang mungkin boleh tersumbat dalam salur pernafasan bayi. Elakkan makanan yang terlalu pedas, serta garam dan gula berlebihan. Bayi boleh cuba makan sendiri dengan menggunakan sudu.
Makanan yang perlu dielakkan pada peringkat awal
- Jangan berikan madu lebah kepada bayi di bawah umur 1 tahun, kerana madu kadangkala mengandungi kuman, yang boleh menyebabkan penyakit berbahaya dalam bayi (‘infant botulism’).
- Telur tidak patut diberikan sebelum umur 6 bulan. Selepas itu, bayi boleh diberikan telur yang perlu dimasak penuh, sehingga putih dan kuning telur menjadi keras, untuk mengelakkan jangkitan kuman.
- Kacang keras tidak boleh diberikan kepada bayi di bawah umur 5 tahun, kerana bahaya tersumbat dalam salur pernafasan. Kacang yang dikisar atau ditumbuk halus boleh diberikan selepas 6 bulan.
- Makanan rendah-lemak, rendah-kalori dan serat-tinggi tidak sesuai untuk bayi. Bayi memerlukan tenaga yang tinggi untuk tumbesaran dan memerlukan makanan yang berlemak, dengan kandungan vitamin dan mineral yang mencukupi.
Bayi perlu diperhatikan dengan teliti ketika makan, untuk memastikan bayi tidak tercekik. Kita boleh meningkatkan minat bayi dengan membenarkan bayi untuk cuba makan dengan sendiri, menggunakan tangan atau sudu.
Sekiranya bayi digalakkan duduk dan makan bersama-sama dengan keluarga, bayi akan cuba meniru ahli keluarga lain, dan mencuba makanan yang dimakan oleh keluarga. Sekiranya bayi tidak mahu makan, kita tidak perlu paksa, tetapi boleh cuba lagi pada masa lain.
Pemulaan makanan pejal akan membuka dunia baru untuk bayi, dengan banyak peluang pembelajaran. Jadikanlah masa makan suatu pengalaman yang seronok dan menarik untuk bayi anda!
Laman web ini mengandungi maklumat lanjut tentang makanan komplementari dalam bayi: http://www.lnds.nhs.uk/_PatientsandPublic-DietandLifestyleAdvice-HealthyEating-HealthyEatingAdviceforPregnancyBabiesandChildren.aspx
( answered by Dr Pravin Vasanthan )
Hi Dr, saya mempunyai anak lelaki berumur setahun 10 bulan. Semenjak berumur 1 tahun lagi, anak saya telah didedahkan dengan madu. Saya akan mencampurkan 2-3 titis madu ke dalam bancuhan susu dan perubahan ketara ialah anak saya jarang batuk, selesama dan demam. Namun, sejak akhir-akhir ni saya menjadi was-was dengan tindakan saya mencampurkan susu dengan madu dikhuatiri anak saya akan menghidap diabetes. Bolehkah madu menjadi sebab diabetes? mohon penjelasan doktor.
terima kasih
Hi doc…Saya izan…anak saya berumur 1 tahun 11 bulan…Dia x nak makan langsung kdg2..byk cara dh saya.cuba..tp tetap tidak mahu makan…lepas tu bila dia mkn, akan batuk then muntah adakah normal…Saya risau tgk keadaan dia..
Hi doctor,
saya nak tanya,anak saya kembar lelaki umur setahun 2 bulan,berat mereka 10 kg,sebelum mereka umur setahun saya bagi puree,mereka dapat habiskan semangkuk..bila masuk setahun,saya cuba bagi nasi tapi mereka macam kurang gemar..dua tiga kali saya cuba mereka masih kurang makan..saya ada bagi roti dan macam-macam lagi..minggu lepas mereka tumbuh gigi,saya fikir mungkin sebab gusi tak selesa..tapi minggu ni bila saya bagi makan mereka masih tak mahu..puree tak pernah habis..nasi tak sampai sesudu..roti pun sikit..saya bagi cerelac mereka makan lebih sikit..saya risau zat tak cukup dan takut mereka tak kenyang..doktor ada jalan penyelesaiannya?saya noticed mereka tak suka makan nasi berketul..adakah itu normal?
salam doc, anak sya berumur 9 bln…dia mengalami sembelit sejak berumur 7 bln lagi….sya sdh menukar susu s26 – dupro – lactogen – enfalac a+ – karihome , tp keadaan tetap sama…..yg hairan nya anak sya poo poo setiap hari ttp still keras kerana dia akan menangis stp kali poo poo….ubat lawas dah bagi, papaya, bayam, lobak, air putih….dan jus prune dan mcm2 sya dah cuba tp masi jg sembelit…persoalan sya doc…adakah keadaan anak sya normal atau dia mengalami masalah serius yg lain….mohon penjelasan doc
salam doc..anak saya dah berumur 5 bulan lebih dan berat 7kg lebih..boleh ke baby saya start makan makanan pejal kerana susu yang diminum pada siang hari berjumlah 27oz..adakah itu tanda2 baby saya sudah boleh menerima makanan pejal?
Hi doc..
Baby sy berumur 6 bulan..utk 4 hari pertama sy memberikannya puri pisang..berak tiada masalah. Hari ke5 sy tukar pada puri keledek .. Tapi baby sy tak berak selama dua hari.hari ke3 die meneran nk berak tp mcm kluar paste kecil. Sy rs die sembelit.keledek boleh buat bayi sembelit ke doktor?
dr, anak sya skg dah 6bln 9hari. Saya dah cuba berbagai jenis sayuran seperti labu, lobak, kentang dan bayam. Tp nampaknya anak sya masih tak boleh terima dan menutup mulutnya apabila sya nak menyuap makanan mgunakan sudu. Apakah puncanya dan apa cadangan doc utk mengajar anak sya makan. Anak sya full bfeeding. Berat anak sya baru 6.3kg sya risau dia tak cukup zat.
Hi Doc,
Anak sy berumur 1thn 1bln dan masih fully bf. Sekarang dia sudah boleh mkn makanan pejal & menu kluarga. Sejak akhir2 ni dia sperti kurang selera mkn nasi. Adakah menu lain yang sesuai menggantikan nasi? Saya bimbang berat badan & tumbesarannya akn merosot.
TQ…
Pada umur ini, bayi boleh makan pelbagai makanan pejal, seperti roti, kentang, mi, biskut dan lain-lain. Anda perlu mengelakkan makanan yang kecil dan keras, yang boleh menyebabkan bayi tercekik. Anda boleh cuba mengurangkan sedikit pemberian susu, dan memberikan makanan pejal sebelum bayi menyusu, untuk menggalakkan bayi mengambil makanan pejal.
Hello Doctor,
Anak saya berumur 5bulan, tapi dia kurang minum susu. Kadang-kadang habis kadang-kadang tidak. Saya bagi 4oz.
Saya nak tanya doctor kalau saya berikan dia nestum + susu buat cair2 boleh ker doctor?? Ya, saya tahu usus baby masih kecil dan agak merbahayakan tapi saya ingin capurkan sedikit (1sudu) nestum kedalam susu nya.
Apa pendapat doctor?
Pada pendapat saya, adalah lebih selamat untuk menunggu sehingga bayi anda berumur 6 bulan ke atas sebelum memulakan makanan pejal. Sila rujuk artikel di atas untuk keterangan lanjut.
Sekiranya anda berputus untuk memberikan Nestum pada umur 5 bulan, anda perlu memerhatikan bayi dengan rapi, untuk tanda-tanda bahaya seperti muntah, sakit perut dan ruam atau alahan. Makanan pejal elok diberikan dengan sudu, dan tidak dimasukkan ke dalam botol susu.
Hello Doctor,
Anak saya berumur 5bulan, tapi dia kurang minum susu. Kadang-kadang habis kadang-kadang tidak. Saya bagi 4oz.
Saya nak tanya doctor kalau saya berikan dia nestum + susu buat cair2 boleh ker doctor?? Ya, saya tahu usus baby masih kecil dan agak merbahayakan tapi saya ingin capurkan sedikit (1sudu) nestum kedalam susu nya.
Apa pendapat doctor?
Hi doc,saya nak tnya ank Sya dah masuk 6bulan,dah 4hari Sya BG ank Mkn bubur nasi,dan harini Sya Cuba Nk BG ank purée sweet potato,betul ke kena BG 1@2tea spoon per serving?smlm sy dah BG lebih pd 2 sudu dah..sy keliru dan rsa takut bby akn kena sembelit ke doc? Harp doc dpt membantu.terima kasih
Setiap bayi berlainan, dan sekiranya bayi anda dapat menghabiskan makanan yang diberikan, tidak muntah atau meludah keluar, anda tidak perlu bimbang. Kuantiti makanan pejal boleh ditingkatkan perlahan-lahan. Bubur dan kentang manis biasanya tidak menyebabkan sembelit.
hye doc…anak saya skang dh 10 bulan..brt anak saya pada 8 bulan hingga kini brt bdnnya cuma 8 kg..utk pengetahuan doc anak sya aktif dan tdak lalu mkn..mknan harian cerelac..finger food..nasi..sup ayam,daging,ikan, sayuran spt kentang,labu..tpii smuanya mkn dalam jumlah yg sikit..pemberian susu 4x sehari…persoalan sya bagaimana untuk menambah berat badan anak..ada ke apa2 vitamin yang bole menambah selera makan anak..
Vitamin mungkin membantu meningkatkan selera makan, tetapi vitamin sendiri tiada kalori dan tidak boleh menambahkan berat badan bayi.
Anda boleh cuba memberikan makanan yang bertenaga, seperti minyak, mentega kepada bayi. Misalnya, anda boleh mencampurkan sedikit mentega dalam bubur nasi, atau sedikit minyak masak ke dalam sup. Makanan goreng, seperti nasi goreng, ayam goreng, kentang goreng dna sebagainya mengandungi lebih banyak tenaga, dan mungkin membantu bayi anda mendapat tenaga yang mencukupi untuk membesar.
Sekiranya berat bayi anda masih mendatar atau menyusut, elok berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan rawatan jika diperlukan.
hi doctor..anak saya berumur 5 bulan..tetapi nenek dia sudah berikan makanan bubur nasi + gram+ayam..adakah berbahaya kepada bayi sya..sekarang berat bayi sya 5.4kg
Seelok-eloknya makanan pejal harus dimulakan pada umur 6 bulan dan ke atas. Sekiranya makanan pejal diberikan lebih awal, ada risiko bayi mengalami masalah kesihatan, seperti diterangkan dalam artikel di atas.
Hi doc..
Baby girl saya umur 8 bln n dietnya sekarang puree (nasi+carrot+kacang peas+olive oil). Saya noticed yang tapak tangan n kaki baby girl saya macam warna kuning. Ada effect dr lebihan carrot dlm diet dia ke?
Carrot mengandungi sejenis bahan bergelar karotena, yang boleh menyebabkan tapak tangan dan kaki kelihatan kuning. Ini tidak berbahaya, dan anda tidak perlu berhenti memberikan carrot kepada bayi anda.
Namun demikian, sekiranya mata bayi kelihatan kuning, ini mungkin menandakan masalah jaundis, yang boleh disebabkan penyakit hati, atau masalah darah tertentu. DI samping jaundis, penyakit hati kadangkala menyebabkan air kencing berwarna gelap, dan air besar kelihatan pucat. Sekiranya mata atau seluruh badan bayi kelihatan kuning, elok berjumpa dengan doktor, untuk memastikan tiada apa-apa masalah kesihatan yang serius.
Hi Doktorbudak,
My baby girl weighs 7.9kg at 9.5 months. I feed her with solid food 2x a day. Appreciate if u could share food portion for each meal at this age. FYI, I prepare rice porridge + protein (fish fillet/lean chicken) + 3 types of veggies and fruit puree. I give her rusk as finger food/snack. She is still being breastfed.
Thank u.
This is a bit difficult to answer, as different babies may eat different amounts of food at different times. Generally speaking, if your baby is gaining weight, active and enjoying her meals, you’re doing all right!
You could gradually try increasing the number of meals to 4 or 5 meals a day, with a mix of carbohydrates (cereal, porridge, biscuits etc), protein (fish, chicken, meat), vegetables and fruits, and move from blended foods to lumpier and more solid foods as she gets older.
As a rough estimate, a baby should be double her birth weight by 5-6 months, and triple her birth weight by 1 year.
If she vomits after meals or cannot finish her food, you may need to reduce the portion. All the best!
Hi doc.
Anak perempuan saya berumur 1 tahun. Saya beri dia bubur nasi+lauk diblend kasar dan pejal.2 x sehari.satu hidangan = 2 senduk nasi dewasa.selain dari itu saya masih memyusukan bayi saya dgn susu ibu.gap antara makan dan minum adalah setiap 3 jam.
Soalan saya; adakah saya perlu mengejutkan anak saya pada waktu malam utk menyusu? Sebelum ini saya akan kejut setiap 3 jam.tp sejak akhir ini anak saya menolak dan mampu tidur tanpa menyusu mlm.(cth.mkn jam 8 mlm.11 mlm tidur smpi 6 pg xnk menyusu).
Terima kasih atas jawapan dr.
Pada umur 1 tahun, anda tidak perlu mengejutkan anak waktu malam untuk menyusu.
Hi Dr,
Saya ad baby berusia 8bln. Baby tiada masalh dgn selera pemakanan.sy bg baby puree sayur n buah. Tetapi baby slalu ad masaalah sembelit .boleh dr bg cara utk atasi masalah sembelit anak sy.
Hi Yiena, terima kasih atas soalan anda. Masalah sembelit boleh dikurangkan dengan pengambilan air, sayur-sayuran dan buah-buahan. Sekiranya masih sukar membuang air besar dengan najis yang keras, anda boleh berjumpa doktor, yang mungkin mengesyorkan ubat untuk melembutkan najis, seperti Lactulose. Sila lihat jawapan kepada Nurul dan Wen di atas untuk maklumat tambahan.
Bayi saya menyusu badan sejak lahir…
Hi… sy nak tanya..
Baby sy berumur 6 bulan plus. (Lahir 27.6.14).
Adakah saya silap memberikan bubur nasi (rice brown) yang di masak sehingga lembut. Di blend dan kemudian di tapis. Bubur itu cair (mengalir) sebelum saya bagi bayi makan.
Masalahnya sekarang… bayi saya x membuang setiap hari..kali terakhir adalah pada 2.1.15.sehingga hari ini belum membuang air besar. Kencingnya ok.
Perlukah saya ke hospital? Some says its normal… some says it is not normal. I really need a help…
Baby saya tidaklah meragam.tqpi perutnya besar(nampak penuh) walau tidak keras. Saya risaukan bayi saya.
Saya ada lactul dan perlukah saya berikan bayi saya lactul? Jika ya? Berapa dosnya? Berat terakhir bayi pada 31.12 ialah 7.56kg.
Terima kasih doctor… sy sgt perlukan pndapat dr.
Hi Wen,
Pada umur 6 bulan dan ke atas, bayi boleh diberikan bubur dengan selamat. Bayi yang normal kadangkala membuang air besar sekali dalam beberapa hari. Sekiranya bayi aktif, makan dan minum seperti biasa dan tidak muntah, biasanya tidak perlu apa-apa rawatan. Sekiranya risau, anda boleh membawa bayi berjumpa doktor untuk pemeriksaan, bagi memastikan tiada apa-apa masalah pada usus dan perut.
Helo..sy nak tnya baby sy prmatang skg ne umur masuk 6bulan tp kalau Ikut review sy branak baby sy baru 4bulan coz sy branak 31minggu..boleh Kah baby Makan dalam umur dia skg?atau sy boleh Bagi campur dalam susu baby sy?
Anda boleh meneruskan susu badan atau susu formula sehingga anak berumur 8 bulan (iaitu umur sebenar 6 bulan sekiranya bayi anda dilahirkan cukup bulan), kemudian mulakan makanan pemulaan.
Hi Dr,
Saya ada 3 soalan nk ditanyakn kepada Dr.
1) Anak saya fully breastfeed dan sekarang umurnya nak masuk 6 bulan. Saya bercadang utk beri puri epal bagi solid food pertamanya. Bolehkah saya campurkan puri dgn air masak utk jadikannya lebih cair memandangkan susu badan just enough baginya utk menyusu.
2) Selepas beri makan puri, perlukah saya beri anak saya air masak atau susu ibu?
3) Bila waktu y sesuai utk beri anak saya minum air suam? atau seeloknya beri susu ibu berbanding air suam?
1: Selepas bayi berumur lebih dari 6 bulan, anda boleh berikan sedikit air masak kepada bayi. Anda boleh campurkan puri dengan air masak ataupun sedikit susu.
2&3: Selepas makan, bayi boleh minum susu ibu ataupun sedikit air masak. Susu mengandungi zat makanan seperti protein, lemak dan vitamin, manakala air tidak mengandungi apa-apa zat.
Sekiranya bayi diberikan terlalu banyak air, bayi mungkin berasa kenyang dan tidak dapat minum susu. Susu ibu masih merupakan makanan yang penting dan baik untuk bayi, walaupun sudah mula mengambil makanan pejal. Oleh itu, elakkan pemberian air yang berlebihan kepada bayi pada peringkat awal.
Hi..Doc
Anak saya berusia 10 bln 20hari & berat 9kg dgn BMI 19.5.
Anak saya tidak menyusu IBU sejak berumur 1 minggu lepas kelahiran lg kerana masalah kekurangan susu sehingga kdg2 tiada lgsung susu yg keluar utk bayi saya.
Saya terpaksa beri bayi saya susu formula sehingga Sekarang. Pada usia 6 bln hingga 8 bln bayi saya boleh makan dgn normal bubur nasi.
Tetapi pada usianya 9 bln dia sudah kurang mkn bubur,hanya minum susu, mkn roti / biskut akan di keluarkan balik/ muntah. dia berminat & teruja untuk makan & merasa makanan tetapi bila dah mengunyah & merasa, dia seperti tidak boleh menelan & dikeluarkan balik makanan itu. Tetapi dia Sgt aktif & perkembanganya sgt cpt..sekarang dia sudah pandai berjalan sedikit2..
Saya pernah ajukan pada doktor tentang masalah bayi saya sukar mkn makanan pejal & doktor kata itu adalah normal kerana bayi saya sihat & aktif..
Sebagai seorang IBU saya masih bimbang dgn keadaan INI kerana tdk lama lg dia akan berusia setahun..perlukah saya membuat pemeriksaan rapi pada bayi saya..
Hi CT, terima kasih atas soalan anda.
Bayi yang sedang membesar seringkali menolak, atau meludah keluar makanan pejal pada peringkat awal. Sekiranya kita terus mencuba, kebanyakan bayi akan beransur-ansur mengambil makanan pejal dengan lebih baik.
Anda boleh cuba memberikan sedikit makanan pejal, bercampur dengan susu formula, dan beansur-ansur meningkatkan kuantiti makanan. Cubalah makanan pejal apabila bayi aktif, gembira, tidak terlalu lapar atau mengantuk.
Selain itu, anda boleh cuba meletakkan sedikit makanan yang lembut di hadapan bayi, dan benarkan bayi merasai makanan itu sendiri, tanpa tekanan. Cuba kurangkan pengambilan susu sejurus sebelum bayi diberi makanan pejal. Sekiranya bayi terlalu kenyang dengan susu, bayi mungkin tidak mahu mencuba makanan pejal.
Masalah perubatan yang mungkin menyebabkan bayi sukar mengambil makanan pejal termasuklah masalah mekanikal, seperti bahagian salur pemakanan yang sempit atau tersumbat; ulser atau luka di dalam mulut; alahan makanan dan kekurangan vitamin atau zat tertentu; dan masalah perkembangan seperti autisme.
Sekiranya bayi anda masih tidak dapat mengambil makanan pejal setelah mencuba langkah di atas, atau mengalami tanda-tanda bahaya seperti tiada penambahan berat badan, berat badan semakin berkurangan, atau kurang aktif, eloklah berjumpa dengan doktor kanak-kanak untuk memastikan tiada apa-apa masalah kesihatan yang menghalang bayi daripada menelan makanan pejal.
hye doc..
sya seorang ibu yang berkerja..anak saya skrg dh 6 bln lebih.. persoalannya.. knpa anak saya kerap menyusu selang 15 minit or setengah jam sehingga ke 7 pagi sedangkan telah diberi nestum+susu fm 2-3x oleh pengasuh… saya sebenarnya tdk kisah menyusu bdn pada waktu mlm tp kekadang terpikir knpa si manja kerap menyusu bdn.. adakah si manja tidak kenyang or saja nak bermanja dan perlukah sya beri mknan pada waktu mlm agar posisi tidurnya lebih panjang…
Hi Anis, terima kasih atas soalan anda.
Ya, anda boleh memberikan sedikit makanan pejal kepada anak sebelum waktu tidur. Ini mungkin membantu anak tidur lebih lama, kerana makanan pejal mengambil masa yang lebih lama untuk dihadam, dan bayi lebih kenyang.
Apabila bayi menjadi lebih besar, biasanya bayi dapat tidur lebih lama, dan kekerapan penyusuan pada waktu malam akan berkurangan.
salam doc.. sye nk tnye skang ank sye bru msuk 7bln.. semase die 6bln sye bg mkn bubur nasi+carrot, bubur nasi+kentang… masalah nye skrg ank sy ssh nk buang air besar.. smggu skali shj kdg byk kdg sikit.. situasi ni merisaukn sye dan suami.
soalan sye adakah di sbb kn campuran mknan yg sye sediakn membuat kn ank sye ssh nk poopoo atau normal utk baby 6-7bln?
Hi Nurul, terima kasih atas soalan anda!
Buang air besar(BO) seminggu sekali mungkin normal bagi bayi anda. Ada bayi yang BO lebih kerap, dan ada yang kurang.
Sekiranya bayi anda makan sayur, buah-buahkan dan minum air atau susu yang mencukupi, bayi mungkin dapat buang air besar dengan lebih mudah dan kerap.
Biasanya jika bayi makan dengan baik, tidak muntah dan berat badan naik, anda tidak perlu bimbang. Jika bayi kerap muntah, berat badan menurun, perut menjadi kembung dan keras, atau ibu bapa risau, eloklah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan.
doc…ank saya skang berusia 6 bulan dan diberi nestum..bla dibancuh pekat or cair..anak saya pandai mkn bila disuap dgn sudu..cuma masalahnya anak saya lambat sendawa bila dibancuh pekat berbanding dgn cair..sendawanya kerap..adakah perut anak saya lambat matang?
Hi Mila,
Pada umur 6 bulan, anak anda masih sedang belajar bagaimana menelan dan mengambil makanan pejal. Anda boleh cuba berikan Nestum yang dicairkan dengan susu badan atau formula, pada mulanya, dan beransur- ansur cuba makanan yang lebih pejal atau pekat. Dari apa yang Mila beritahu, anak anda tiada tanda-tanda masalah perut.
D,anak saya berusia 1tahun 2 bln.tp berat badan kurang.doktor pernah menyarankan kepada saya supaya memberikan minyak carotino(warna merah) untuk menambahksn berat badanya.bolehkah dr??sekiranya,saya pernah memberikan pada anak saya,adakah berbahaya atau ada kesan apa2??mta tolong dr respon ye.sbb sy runsing ada dr lain tidak galakan kerana ada canola oil.tolong jawabkan saya dr…terima kasih
Hi Ummi,
Sekiranya anak anda kurang berat badan, makanan yang mengandungi kalori tinggi, seperti nasi goreng, mentega dan marjerin boleh membantu memberikan tenaga yang cukup untuk membesar.
Setahu saya, minyak Carotino dan minyak canola tidak berbahaya untuk kanak-kanak. Puan boleh merujuk kepada label nutrisi pada botol minyak untuk kepastian. Minyak masak jenis lain, seperti minyak jagung, zaitun atau bunga matahari juga boleh digunakan.
Terima kasih doktor info di atas sangat berguna kepada saya
Hai d0c.. ank sy berumur 7 bln.. sy dh mula bg dia mkn bubur yg d campur syur.. sy nk tahu utk bayi yg brumur 7bln berapakah sukatan mkanan yg di perlukan.. anak saya sgt suka makn.. sy bmbg mberi mkn yg terlalu bnyk akan memudaratkan bayi..
Hi Irwani, terima kasih atas soalan anda.
Sebenarnya, tiada sukatan makanan yang khas untuk setiap bayi. Bergantung kepada selera makan dan berat badan bayi! Sekiranya Irwani memberikan makanan yang berzat dan seimbang, makanan itu biasanya tidak akan mendatangkan apa-apa kesan buruk terhadap bayi.
Sekiranya bayi suka makan dan tidak muntah, serta menunjukkan pertambahan berat badan yang sewajarnya, anda tidak perlu bimbang.
Hi Docs..
Saya mempunyai seorang bayi lelaki yang baru berusia 7 bulan. Anak saya cuma minum susu badan secara direct sahaja. Saya pernah cuba bagi melalui botol, tapi tak berjaya. Masalah saya, bila usianya masuk 6 bulan, saya ada cuba bagi dia puree pisang & nestum beras tapi anak saya tak mahu telan. Maybe sebab rasa tapi saya dah cuba berulang kali masalah tetap sama. Dia seolah2 tak nak makan. Saya risau dia akan lapar. Sekarang saya dah stop bagi dia makan. Hanya 100% breastfeeding sahaja. Soalan saya, adakah ianya sudah memadai bagi tumbesaran anak saya? Berat anak saya baru 8kg ++..
Hi Nani, terima kasih atas soalan anda!
Sekiranya anak berumur 7 bulan, sudah tiba masanya untuk cuba memulakan makanan pejal. Sekiranya anak hanya minum susu badan pada umur ini, anak berisiko mendapat masalah kekurangan zat, terutamanya zat besi.
Nani boleh mula dengan memberikan sedikit susu badan dengan menggunakan sudu. Apabila anak telah selesa minum menggunakan sudu, boleh campurkan sedikit bubur nasi atau nestum dengan susu badan. Pada mulanya, 2 atau 3 sudu sudah mencukupi, dan tingkatkan perlahan-lahan apabila anak telah membiasakan diri dengan sudu.
Cuba mulakan makanan pejal pada waktu bayi aktif, selesa dan tidak terlalu mengantuk.
Ada segelintir kanak-kanak yang menghadapi masalah saraf, masalah perkembangan atau ketidakupayaan menelan, yang menyebabkan mereka tidak dapat makan makanan pejal dengan mudah. Sekiranya anak masih tidak dapat makan apa-apa makanan pejal, eloklah untuk berjumpa dengan doktor, untuk memastikan perkembangan anak, serta kebolehan untuk mengunyah dan menelan adalah normal.
terima kasih banyak saye lebih tau skrg tntg pemakanan anak saye yg trbaik….
saye asi ekslusif kat anak saye tpi begitu bnyak dugaannye adik ipar saye smpai2 mengutuk saye….dia ckap nnti di akhirat saye di benci ngan anak saye….sebb saye bgi dye asi sahaja…sebak juga dgr kate2 tuh tapi saye ttap beeniat lanjut asi ekslusif alhamdulillah skrg anak saye dag masuk 6 bulan masih asi ekslusif one mounth again baby makan pepejal….
Tahniah Hartatika, atas kejayaan anda memberikan susu badan secara eksklusif kepad bayi anda. Terima kasih atas komen anda.
Hi Docs.
Anak lelaki saya berumur 1 tahun 2 bulan. Setiap hari dia makan bubur nasi beserta IKAN dan sayuran, sejak berumur 10bulan+ lagi. Dia langsung tidak gemar ayam atau daging.
Soalan saya, benarkah IKAN tidak sesuai di berikan kepada baby yang berumur bawah 2 tahun kerana IKAN adalah punca cacing dalam perut dan juga kerana IKAN mengandungi MERCURY yang tinggi?
Saya juga mengamalkan pengambilan supplement Scott’s Emulsion Original 10ml setiap hari sejak berumur 1 tahun.
Apa pandangan doktor? Terima kasih.
Nadia
Hi Nadia, terima kasih atas soalan anda.
Sebenarnya, ikan adalah selamat untuk diberikan kepada bayi, selepas umur 6 bulan. Sekiranya dimasak dengan baik (well-cooked), ini akan membunuh apa-apa kuman dalam ikan, dan tidak membahayakan bayi.
Sememangnya, pencemaran alam sekitar mendatangkan kesan buruk kepada kita semua, termasuk bayi. Sekiranya ikan itu ditangkap daripada air yang tidak tercemar, risiko kandungan merkuri tinggi dapat dielakkan. Yang paling penting, tulang perlu dikeluarkan sebelum memberikan ikan kepada bayi!
Ayam dan daging juga selamat diberikan kepada bayi, selepas umur 6 bulan. Sekiranya bayi tidak mahu makan pada kali pertama, boleh cuba lagi selepas beberapa hari. Apabila bayi telah biasa dengan rasa dan tekstur baru, bayi mungkin dapat menerima ayam atau daging, satu hari nanti.
Suplemen boleh diberikan kepada bayi, asalkan suplemen tersebut diberikan bersesuaian dengan umur dan berat badan bayi. Namun demikian, suplemen sebenarnya tidak perlu diberikan sekiranya bayi mendapat makanan yang seimbang.