Q: Saya mempunyai sepasang cahaya mata berusia 1th 2bln dan 3thn 4bln. Seperti soalan saya diatas anak perempuan saya telah diberi mkn ubat cacing pada usia 1thn selepas itu saya tidak lagi memberikan kepadanya sehingga kini. Saya ingin mengetahui adakah ubat cacing ini satu keperluan untuk diberikan kepada mereka dan pada usia berapakah yang sebenarnya ubat cacing ini akan diberi. ( Pn Hana )
A: Ubat cacing biasanya diberikan kepada kanak-kanak dari umur 1 tahun ke atas.
Ini adalah kerana kanak-kanak bermula jalan pada umur tersebut tetapi masih tidak dapat menjaga kebersihan diri. Terdapat banyak jenis ubat cacing, contohnya, albendazole, mebendazole, praziquantel, ivermectin dan sebagainya.
Ubat-ubat cacing tersebut digunakan untuk penyakit yang berbeza, seperti filariasis, helminthiasis, schistosomiasis dan onchocerciasis. WHO mencadangkan ubat-ubat tersebut diberikan setiap tahun kepada kanak-kanak yang tinggal di tempat di mana penyakit-penyakit tersebut berlaku dengan kerap.
Penyakit yang saya kemukakan tadi biasanya berlaku di negara-negara mundur dan kawasan luar bandar di mana sistem tandas, tahap kebersihan dan pendidikan agak terbantut. Oleh itu, sekiranya, kanak-kanak tidak berasal atau tinggal di tempat-tempat tersebut, ubat cacing tidak semestinya diberi setiap tahun.
Apa yang penting adalah mendidik kanak-kanak pakai kasut selalu bila berada di luar rumah, selalu cuci tangan dengan sabun dan air bersih, elakkan sayur-sayuran yang ditumbuhkan dengan baja najis, jangan main di sungai atau kolam yang mempunyai siput, dan elakkan nyamuk dengan repellant atau kelambu.
( answered by Dr Ng Khuen Foong )
Halo dokter.ank saya bru umur 10bulan..dh 1mnggu kurng makin nasi..tido punggung ke atas..nsi xmkn..lesu nk muntah2..to xmuntah pn.tur tanda2 cacaing ke..ubt ape yg ok untk 10bulan..
Bdn jge gtal..kdg2 dicelah2 jri jge mrh..ambk mse brpe lme ye untk hlg gtl spnuhnye
Mungkin bukan masalah cacing. Sila bawa anak jumpa pakar kanak-kanak.
Doc hrni ank sy mkn ubt ccing sb ank sy gtal kki..bdn pd wktu mlm,dan srmblit,ape ksan ubt to y,,gtal msih lg ade,atau ambil mse tuk hilang gtl spnuhnye,tq
Salam doktor.. kalau anak saya suka garu pada kemaluan nye adalkah itu cacing atau pon salah 1 tabiat nye… sbb ble di pakai pampers dye x cri kemaluan nya utk garu,., sila beri pencerahan doktor… tQ
Mungkin tabiat tetapi kena jumpa doktor untuk pemeriksaan lebih lanjut.
hai doc…sy nak tnya…anak sy umur 9 bulan……tme review kat kkia..noted bby demam…temp 37.6 degree…bwt turun dr 6.4 kg ke 5.8kg…..then nurse refer doc…doc tu bg t.albendazole 200mg x1…..sekarang anak sy muntah2,buang najis x10/day…da xnak makan…badan suam2….da bwa p emergency…tp mereka kata its normal….mungkin ka itu kesan t.albendazole???sy da runsing ni doc…
Albendazole biasanya tidak diserap dan jarang sekali menyebabkan cirit-birit. Says rasa anak and a menghidapi jangkitan usus dan bukan kesan sampingan Albendazole.
hi…doc…anak saya 1 tahun 2bulan…mcm mana nk bg die suke kat buah buahan ye…cz die baru2 ni hb die rendah sebanyak 9 je…
Hb pada umur selepas 6 bulan akan semakin rendah kalau zat besi tidak mencukupi. Ini boleh disebabkan oleh banyak punca, salah satu adalah jangkitan cacing. Kekurangan zat dalam makanan juga boleh menyebabkan Hb rendah. Zat besi lebih banyak di dalam daging lembu dan kambing, hati dan bijiran yang ‘fortified’ dengan zat besi. Kadang kala Hb rendah juga boleh disebabkan oleh Thalassemia. Sila jumpa doktor untuk keterangan lebih lanjut.
comment notification
Hi doctor. Baby saya berusia 8 bulan lebih. Kadang-kadang dia Akan tidur menonggeng atau macam dalam keadaan sujud. Ada ahli keluarga yang memberitahu saya bahawa anak saya tidur begitu kerana masalah cacing. Adakah ini benar doktor? Saya risau kerana dia masih kecil dan tidak sesuai lagi untuk diberi ubat cacing.
HI Fatin, tidur menonggeng bukanlah simptom ada cacing jika tiada gatal gatal pada dubur, pertumbuhan badan terjejas atau sakit perut. Sekiranya tiada masalah lain selain tidur menonggeng , itu adalah normal.
Doktor,
Anak saya berumur 3 tahun, mempunyai masalah kulit kering di sekitar leher dan kadang kala di lehernya gatal dan bersisik, baru – baru ini sahaja. Sebelum ini apabila berada dalam keadaan panas dia akan berpeluh dan ruam dia sekitar anak rambut sahaja. bagaimana cara mengatasi masalah tersebut, dan apakah cream yang sesuai untuk di pakai.
anak saya berumur 1 tahun 2 bulan. baru-baru ini saya telah memperkenalkan daging did alam diet makanan nya. sebelum ini diet anak saya hanya merangkumi sayur-sayuran. setelah 2 minggu saya dapati anak saya mempunyai masalah cacing. Ia pernah juga berlaku semasa anak saya berumur 9 bulan dan saya memberikan ayam padanya.ubat cacing di beri dan diet sayur-sayuran diberi dan masalah itu berhenti sehingga sekarang. Adakan ini disebabkan oleh faktor pemakanan atau saya perlu membawa anak saya untuk menjalani ujian “stool test”?