Anak saya masih kuning ( prolonged jaundice )

jaundice

Q: Hi docs, my son 2 months now. when he was born, he had jaundice but after last check, his reading jaundice was 10.6. right now, my problem was his eyes still have yellow color kat hujung mata, is’t normal? kulit dia jugak kuning. but one of my neighbour (she is a doc) bagitau kulit dia memang color macam tu, kuning langsat, pelik jugak sebab ramai yang jumpa dia mesti cakap kulit dia kuning, so it worries me. hope doc boleh bantu saya ( mamahadif) 

A:  Assalamualaikum mamahadif, I will answer your question in Malay since I think it will benefit others too.

Prolonged jaundice didefinisikan sebagai kuning yang berlaku kepada bayi berusia lebih dari 2minggu (matang) atau 3 minggu (pra-matang).

Kekuningan ini berlaku atas banyak faktor akan tetapi punca yg paling biasa adalah disebabkan susu ibu (breast milk jaundice).

Walaupun begitu diagnosis breast milk jaundice hanya boleh dibuat setelah semua punca yang lain di siasat melalui ujian darah.

Punca-punca utama prolonged jaundice adalah :-

1. Masalah hati – biliary atresia, neonatal hepatitis, choledochal cyst

2. Masalah jangkitan saluran kencing

3. Jangkitan semasa dalam kandungan ( TORCHES)

4. Masalah metabolic ( galactosemia)

5. Sindrom-sindrom tertentu yang berkaitan dgn masalah hati

6. Masalah kelenjar tiroid

Dalam banyak keadaan semua bayi yg mengalami prolonged jaundice akan disiasat berdasarkan clinical suspicion berdasarkan berat lahir, dan perkembangan bayi tersebut.

Setelah semua siasatan melalui ujian darah dan air kencing adalah normal maka diagnosis utama adalah breast milk jaundice dan tiada rawatan diperlukan kerana ia akan hilang sehingga umur bayi berusia 2 bulan.

Ada pun begitu tanda yang merbahaya adalah sekiranya najis bayi bewarna pucat kuning atau pun warna air kencing gelap seperti teh pekat kerana itu mungkin masalah hati tersumbat. Selain itu tiada tanda yg sepatutnya merisaukan.

Saya berpandangan tiada keperluan untuk berhenti dari susu ibu walaupun mungkin ada doktor yang mensarankan demikian.

( answered by Dr Mohd Zaqrul Razmal )

Comments are closed.