[Q&A] Masalah batuk dan selsema

Question: anak saya 11 bulan and almost 2 week batuk + selsema. dah bawah jumpa dr. tp mengikut artikel dr…pemberian ubat selsema, batuk dan cair kahak berbahaya kepada kanak-kanak < 2 tahun..so mcmn ubat yang dr bagi tu perlu ke saya teruskan. untuk makluman dr…ubat yang dibekalkan adalah salbutamol..ventamol expectorant..lg satu saya tak pasti tp mcm ada tulis bronchial for children pada label ubat tu. pls advise Answer: punca batuk dalam kanak kanak perlu dipastikan puncanya . Ada yang berlaku kerana jangkitan pada tekak atau tonsils dan ada yang yang disebabkan oleh masalah pada salur pernafasa. Ini perlu dikenalpasti dahulu sebelum pemberian ubat. Ubat salbutamol boleh digunakan dalam kanak kanak < 2 tahun . ia bukan ubat batuk , tetapi sebenarnya ubat yang membuka ruang salur pernafasan .