Mengapa Anak saya selalu batuk?

cough

Q: Dr, saya ada anak lelaki yg umurnya 11bln. since dia umur 3bln lg, dia dh start kena pneumonia dan kena sedut gas. then, lepas jadi mcm tu, setiap sebulan mesti dia akan batuk-batuk smpai sesak nafas dan di dadanya dapat dengar bunyi kahak yang kuat. perkara ni berlarutan sampai sekarang. baru-baru ni dia dah sedut lagi gas utk kali ke 2 dan continue makan ubat batuk, demam dan selesema. saya takut sekiranya ubat yang pelbagai jenis tu akan beri kesan buruk terhadap badannya, dan adakah biasa batuk yang sebegini terhadap kanak-kanak seusianya? apa pandangan doktor? apa yang patut saya lakukan? adakah terdapat cara lain untuk mengatasi masalah ini. ( mamazures)

A: Hi Mama-Zures,

Batuk adalah cara badan kita melindungi salur pernafasan, dan mengeluarkan kahak, debu dan kotoran dari salur pernafasan kita. Batuk dengan sendirinya tidak berbahaya, tetapi kita perlu mengenalpasti apa yang menyebabkan batuk. Antara punca batuk dalam kanak-kanak adalah jangkitan kuman di hidung, tekak dan paru-paru, penyakit lelah (bronchial asthma) atau hingus yang menitis di belakang hidung (postnasal drip). Sila rujuk kepada artikel yang ditulis oleh Dr. Faisal, untuk keterangan lanjut:

http://doktorbudak.com/2013/07/20/anak-saya-batuk-malam/

Masalah jangkitan virus yang menyebabkan batuk, selesema dan demam sering berlaku dalam bayi antara 6 bulan hingga 2 tahun. Ini adalah kerana system pertahanan badan (immune system) masih belum matang, dan menyebabkan bayi kecil lebih mudah menghidapi jangkitan salur pernafasan. Mungkin anak puan telah menghidapi jangkitan sedemikian beberapa kali kebelakangan ini. Apabila kanak-kanak membesar dan system ketahanan badan menjadi matang, kadar jangkitan virus biasanya menjadi kurang.

Biasanya, badan kita akan melawan jangkitan tersebut dan beransur pulih. Jangkitan virus biasanya tidak memerlukan rawatan antibiotik. Ubat demam, iaitu Paracetamol, boleh diberikan sekiranya kanak-kanak demam. Ubat batuk, selesema dan ubat cair kahak tidak sesuai digunakan pada kanak-kanak kecil, terutama di bawah umur dua tahun. Ubat ini, yang dipanggil ‘antihistamine’ boleh menyebabkan kesan buruk yang berbahaya, termasuk masalah pernafasan, kanak-kanak terlalu mengantuk, dan sawan.

Puan harus bawa anak SEGERA untuk pemeriksaan oleh doktor sekiranya terdapat masalah seperti:

• Demam tinggi
• Kurang minum / muntah berterusan
• Kurang aktif
• Pernafasan lebih laju dari biasa, atau susah nafas
• Batuk berterusan lebih seminggu
• Ibu bapa berasa risau tentang kesihatan anak

( answered by Dr Pravin Vasanthan )

See Also : Mengapa Anak saya batuk malam ?

Comments are closed.