[Q&A] Macam mana nak atasi masalah ‘masuk angin’?

Question: Anak saya baru berumur 30 hari. Saya perasan dlm beberapa minggu ni bayi saya selalu tidak selesa ketika tidur terlentang. Bayi saya selalu merengek sendawa. Husband saya selalu ckp dia perut dia masuk angin. Sekarang saya tidur kn bayi saya meniarap but saya risau mcm2 boleh jadi kalau saya terlalai. Setiap kali saya susu kn dia saya tidak lupa utk sendawa kn dia. Macam mana nak atasi masalah ‘masuk angin’ ni..kesian baby sbb dia tdk selesa.

Answer: elakkan dia mengangis untuk meminta susu. Berikan susu setiap 2 jam hingga 3 jam berdasar rutinnya. Tidur meniarap tidak bagus dan telah disabitkan dengan banyak kes SIDS (sindrom baby meninggal tiba tiba) jadi kami memang tidak menggalakkan langsung tidur dalam posisi tersebut apatah lagi dia baru umur sebulan . Jangan baringkan dia sejurus lepas minum atau burp, dukung dalam 10 minit sebelum menidurkan dia. Pakai bantal lembut untuk tinggikan bahagian kepalanya.