Q: Hi doc, anak saya berumur 2thn 7 bulan. Dari umur 6 bulan ke atas, boleh dikatakan setiap bulan telinga dia akan berair, kadang kadang bernanah warna hitam. Suami saya dan ibu mertua saya mengalami masalah yang sama. Adakah disebabkan baka? Sudah bermacam macam ubat dan pakar saya jumpa. Tapi smpai sekarang telinga dia kadang berair. Anak saya kata gatal, kadang kadang sakit. Bila doc tgk, semua doc kata ok. Gegendang pun tiada masalah. Anak saya selalu garu, di keliling dinding dlm telinga jadi kudis. Telinga kiri dan kanan. Apakah punca nya doc? Apa perlu saya lakukan? Anak saya yang kedua ni baru 6 bulan lebih, saya tengok telinga dia ada tanda tanda macam anak saya yang pertama. Saya agak risau. Perluke saya ambil vaksin pneumococcal? Tq (ruby)
A: Salam Takzim! Terima kasih kerana bertanya!
Harus untuk saya berterus-terang, tanpa pemeriksaan dan penyiasatan rapi, agak sukar untuk saya menentukan masalah anak puan, dan memberi khidmat nasihat pada perawatan anak ini.
Tetapi saya amat faham akan kebimbangan puan, lebih-lebih lagi anak ini telah dirawat oleh doktor tetapi masalah tersebut masih berkekalan. Dan, kami tidak akan ambil ringan setiap kebimbangan ibubapa/keluarga.
Izinkan saya untuk membincangkan perkara ini secara umum, dan saya harap jawapan ini akan memberikan lebih pemahaman pada puan dan mungkin akan membantu pada perawatan anak kecil ini.
Cairan dari telinga (ear discharge) ada banyak jenis. Ianya mungkin nanah, darah, cairan jernih atau sekadar tahi telinga. Jadi,perlu untuk kenalpasti jenis cairan tersebut. Kebiasaanya, nanah adalah disebabkan oleh jangkitan kuman dan memerlukan rawatan antibiotik.
Pemeriksaan lanjut pada struktur telinga akan membolehkan doktor mengenalpasti bukan sahaja jenis cairan malah punca utama cairan tersebut. Disamping itu, doktor juga boleh mengesan jika ada lubang atau “pit” pada permukaan luar telinga dan melalui alat “otoscope” memeriksa ruang dalam telinga termasuk gegendang telinga.
Disini saya saya akan membincangkan beberapa punca/sebab cairan telinga:
1) Jangkitan kuman pada salur telinga luar (Otitis Externa) dan struktur telinga tengah (Otitis Media),sama ada berlaku secara akut atau kronik dan berulang. Organisma yang boleh meyebabkan jangkitan kuman ini termasuk kuman bakteria, virus dan fungus. Otitis Media boleh membawa kepada “kebocoran” gegendang telinga, jika tidak dirawat dengan sempurna.
2) Tahi telinga berlebihan. Kadangkala menjadi “keras” dan mengakibatkan rasa sakit dan kurang pendegaran.
3) “Kebocoran” gegendang telinga dari jangkitan kuman atau sebab-sebab lain seperti trauma.
4) Eczema atau alahan kulit dan jangkitan kulit pada struktur cuping telinga/ telinga luar boleh turut mengakibatkan cairan telinga.
Berbalik kepada anak puan, jangkitan kuman kulit dan eczema berkemungkinan punca utama cairan telinga ini (memandangkan beberapa doktor mengesahkan struktur telinga normal dan bebas dari jangkitan kuman). Agak sukar untuk mengesahkan jika cairan ini disebabkan oleh masalah keturunan, sebelum masalah utama punca cairan itu dikenalpasti. Sungguhpun begitu, eczema dan alahan kulit boleh berlaku dikalangan ahli keluarga, sama seperti asma.
Berhubungan dengan vaksin pneumococcal, adalah digalakkan adik diberi imunisasi ini dan diharap dapat mencegah jangkitan kuman pneumococcal (tetapi vaksin ini bukan rawatan utama untuk cairan telinga tersebut). Rawatan utama adalah bergantung pada punca masalah yang menyebabkan cairan telinga.
Saya nasihatkan supaya puan boleh membawa anak-anak ini kembali mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan dari doktor pakar telinga-hidung-tekak (ENT) dan pakar kanak-kanak untuk mengenalpasti punca cairan telinga, seterusnya rawatan yang optimum dapat diberikan.
Semoga penjelasan ini tidak menambah kebimbangan puan, sebaliknya membantu meningkatkan pemahaman puan agar sama-sama kita dapat memberi rawatan terbaik kepada anak-anak ini.
Terima kasih.
( answered by Dr Rashdan Zaki bin Mohamed )
Assalam..ANAK sy berusia 8 bln dan mengalami masalah telinga berair slps hampir sbln selsema & 2 mgu demam (slps demam br mslh telinga berair terjadi) Warna air agak jernih kekuningan & berbau hanyir..doctor mengesahkan terkena jangkitan akibat selsema yg terlalu lm..doctor bg ubat titis Betamet..Ini kejadian yg pertama Kali berlaku & begitu merunsingkan sy..kebiasaannya berapa lm utk ia sembuh?
Telinga saya tak sakit……
Doktor baby saya mengalami masalah jangkitan virus pnuenmococcal dan telah di suntik tp masih berlendir lg … Saya buntu sudah 8 hari… Rawatan 2 kali suntik doktor bagi tahu….
salam,doc…saya nak tanya,,,sejak akhir2 ni telinga saya sebelah kanan selalu ada lelehan air kekuningan…bila saya cuci dengan cottonbud,saya rasa ada ketulan macam jerawat dalam telinga saya dan ianya berdarah…boleh bagi penjelasan mengenai masalah saya dan adakah saya perlu buat rawatan?
Salam Doc. Saya ingin bertanya tentang keadaan anak sulung saya yg mngalami telinga berair. baby baru nak masuk 2 bulan.saya sudah berjumpa dengan doc pakar dan selepas check baby diberi ubat titis hidung,ubt kahak dn antibiotik.pada awalnye dlm sehari dua tlinga akan kering kmudian berair balik.kli ni air tk nmpk dtg dari dalam ttpi bhgian luar shja.baby tidak demam cuma rasa tidak selesa.ubt antibiotik sudah hbis ttapi msih berair.apakh sebb ia msih berlaku doc? dan adakh baby perlu ddiberi antibiotik lg.
Hi doktor,
Anak saya yg berumur 11 bulan mengalami cecair dari telinga kanan. Sebelum itu dia mengalami selsema dan batuk. Namun begitu dia tidak demam dan tidak menunjukkan tanda2 sakit telinga atau kurang pendengaran. Saya membawanya berjumpa doktor dan diberi ubat selsema, ubat decongestant dan antibiotik. Adakah ubat2 itu sesuai memandangkan anak saya dibawah 2 tahun dan dia tidak demam? Memadaikah ubat titik telinga sahaja?
Doktor,
Saya juga mengalami nasib yang sama. Anak saya berusia 9 bulan, dan pagi tadi tiba2 keluar cairan dari telinga nya. 2 malam berturut2 dia merengek tanpa punca. Adakah itu infection? dan harini baru dia demam. Apa patut saya lakukan?
Jazwina, bawa berjumpa doktor . Dia merengek bukan tanpa punca sekiranya telinganya berair dan demam ya.
Marisa, sila makan antibiotik seperti yang dianjurkan oleh doktor.
*comment notification on*
Anak sy berumur 2 thn. Sejak sept yg lalu dia selalu ada telinga berair n gatal. Mula2 berbau doktor kata ada bakteria. Mkn antibiotik n titis telinga. Lepas tu kes berulang MA kata ada tahi telinga. Hingga sekrg masih juga. Dia selalu masukkan jari dlm telinga kerana gatal. Ubat titis yg dberikan myebabkan telinga semakin gatal. Sy buntu dan tdk yakin dgn hospital.
Masalah telinga berair sering berlaku pada kanak-kanak bawah umur 5 tahun. Kebanyakanya disebabkan oleh jangkitan kuman pada telinga tengah (middle ear). Air yang keluar berkemungkinan datang dari telinga tengah melalui gegendang telinga yang bocor.
Selain dari merawat jangkitan kuman pada telinga tengah tersebut dengan antibiotik (makan atau titis, telinga kanak-kanak itu perlu dijaga supaya sentiasa kering (Keep the ear dry).
1.Bersihkan air yang kelihatan di lubang telinga (JANGAN gunakan kapas pengorek telinga untuk membersihkan telinga) dengan cara menggunakan kapas bersih (letak di depan lubang telinga supaya air akan diserap oleh kapas tersebut)
2. Gunakan ear-plug( sepertimana yang digunakan oleh perenang-swimmers)bila mandi supaya air mandian tidak masuk telinga.
Sekiranya masalah ini berterusan, saya cadangkan agar anak puan dibawa berjumpa dengan pakar ENT untuk rawatan lanjut. Doktor pakar akan memeriksa dan juga akan membersihkan telinga anak puan (ear toileting)jika perlu.
Saya berharap puan jangan putus asa dan meneruskan rawatan untuk kerana masalah telinga berair pada kanak-kanak perlu kerjasama dari semua pihak, doktor dan ibu-bapa/penjaga.
Salam doktor,
Thanks for the above answer. Anak yang berumur setahun sebulan juga mengalami perkara yang sama.Ini kali kedua die mengalami telinge mengeluarkan nanah.dan sekarang dah hampir 3 minggu. Untuk kali kedua ni, saya awalnye berjumpa dengan paed dan diberikan ubat selsema (mmg hidung anak saye berair tapi bukan selsema).bile da seminggu masih bernanah saya bawak ke ENT dan diberikan ubat selsema dan ubat telinga bernama taravid. masalahnye masih berlanjutan sampai hari ini dan esok ade follow with the ENT.
Persoalan saye, adakah hidung die berair disebabkan persekitaran taska?anak saya fully vaccined & 3 minggu lepas mase berjumpa paed anak saye diberikan suntikan pneumococcal.saya baru mula anta anak saya ke taska awal jun and since the second week of june hidung anak saya mula berair, dan ade demam dan disertai telinga bernanah.Persoalan saye adakah anak saya sakit disebabkan kemungkinan berikut:
1.Berkongsi sudu makan yang sama boleh membuatkan anak saya berjangkit sakit dan hidung berair?saya paham mungkin pengasuh x sempat nak entertain each of the kids one by one waktu makan
2.Persekitaran taska seperti habuk dan makanan menyebabkan die alergik
3.Percampuran kanak² yang vaksin dan tidak divaksin atau ada faktor lain?(maaf saye bukan cuba membuat soalan kontroversi, cuma bertanye adakah itu salah satu kemungkinan utk saya cuba cari jalan penyelasaian.tukar nursery/cari pengasuh etc)
If possible doktor boleh suggest the best solution?
Thanks doctor for your answer. Really appreciate it.
AsSalam Puan,
Jangkitan virus di Taska bukan perkara luar biasa, sehinggakan ada pendapat perubatan mendapati satu jangkitan virus setiap bulan. Ini disebabkan oleh faktor persekitaran kanak-kanak yg ramai menyebabkan penularan virus tersebut. Faktor perkongsian sudu juga boleh jadi punca tersebarnya virus (haruslah kita berbaik sangka ia tidak berlaku di taska). Habuk dan alergi ada kaitan. Tidak menolak kemungkinan allergic rhinitis (resdung), lebih-lebih lagi jika ada faktor keluarga.
Tugas ibu apa ialah memberi vaksin pada anak, ini ikhtiar kita, dengan izin Allah, anak kita tidak mendapat jangkitan kuman yg teruk. Sukar utk komen tentang ibu bapa lain yg tidak vaksin anak walaupun itu tanggungjawab kepada anugerah Ilahi, juga tanggungjawab bersama sebagai sebuah masyarakat.
Cadangan saya cuba cari taska/nurseri/penjaga yg kurang bilangan kanak-kanak di bawah jagaan utk kurangkan risiko jangkitan. Teruskan follow up dengan pakar. Saya mendoakan kesihatan anak puan. InSyaAllah.