[Q&A] Anak saya kencing darah

Question: Anak lelaki saya berumur 6 tahun.kebelakangan ini selepas kencing akan ada sedikit darah keluar. Dia aktif mcm biasa, tiada komplen sakit. Minggu lepas Dr ada berikan antibiotik Augmentin, saya nampak macam semakin elok apabila beberapa kali kencing tiada darah, tapi kembali ada darah hari ini.
Apa yang perlu saya buat?

Answer: dapatkan pemeriksaan oleh doktor di hospital. Memandangkan kencing anak masih berdarah , doktor akan merujuk anak kepada doktor pediatrik. Ada beberapa punca kencing berdarah. Pemeriksaan oleh pakar , ujian darah dan air kencing boleh membantu mendapatkan diagnosa yang tepat supaya rawatan boleh diberikan dan anak sembuh.