Anak saya masih belum fasih bercakap

Given a speech toddler with headphones and microphone, closeup

Q: Hi Doc, anak lelaki saya akan masuk 3 tahun bulan Oktober ini. Persoalannya, sampai sekarang dia masih belum fasih lagi bercakap. He still baby talk. Saya berasa kesian dengan dia setiap kali dia ingin bercakap atau menyampaikan sesuatu perkara dengan saya tapi saya tidak dapat memahami apa yang ingin dia sampaikan sebab dia bercakap dengan cara dia sendiri which is baby talk. Tapi apabila saya bercakap dengan dia, dia faham apa yang saya cakap seperti kalau saya ajak dia mandi dia akan memberi response untuk bersedia pergi mandi. Ada setengah-setengah perkataan dia boleh sebut dengan jelas seperti duduk, car, jom, cat, mamam (makan), minum, tv. Bila saya ajar dia bercakap dia refuse. Apabila dia nak susu dia akan menangis dan ajak saya dan tunjuk botol susu dia. Saya risau akan perkembangan anak saya ini berbanding dengan anak sulung perempuan saya yang sekarang ini berumur 5 tahun. Saya harap doc dapat membantu saya apa yang perlu saya buat. Terima Kasih. ( Siti S )

A:  Puan Siti, terima Kasih diatas petanyaan tersebut.

Daripada penerangan puan tentang anak puan, anak puan mungkin mengalami masalah pertuturan. Perkembangan kanak-kanak walaupun setiap mereka itu berbeza namun secara kasarnya akan berkembang mengikut suatu kadar yang tertentu. Ini dinamakan ‘Developmental Milestones’. Dari segi pertuturan, ia bermula sekitar umur 11 -12 bulan dimana setiap anak akan dapat menuturkan satu perkataan yang memberi maksud tertentu. Selalunya perkataan ringkas seperti ‘mak’ ‘pa’ atau ‘nak’. Sekitar umur 2 setengah ke 3 tahun seorang kanak- kanak sepatutnya boleh bertutur dalam satu ayat yang mengandungi 2- 3 patah perkataan serta faham akan arahan ringkas. Berkemungkinan sesetengah kanak-kanak sudah boleh memberitahu nama sendiri, dan membilang 1 – 10 pada umur sekitar 3 tahun.

Tetapi puan jangan khuatir. Ini bukan bermakna anak puan sangat lambat dalam pertuturannya. Terdapat beberapa sebab kenapa seseorang kanak kanak lambat dalam perkembangan pertuturannya. Sebab yang terutama ialah masalah pendengaran. Pertuturan dan bunyi bahasa adalah sangat kompleks yang mempunyai pelbagai intonasi dan gelombang bunyi yang berbeza. Terdapat sesetengah kanak-kanak walaupun mereka boleh mendengar, namun pada gelombang bunyi dan intonasi tertentu kanak-kanak tersebut tidak dapat mendengarnya dengan jelas. Oleh itu sebagai langkah pertama, anak puan perlu diberikan evaluasi terperinci daripada pakar audiologi untuk memastikan tiada masalah pendengaran yang mungkin berlaku.

Jika anak puan mempunyai pendengaran yang normal sebab-sebab lain yang boleh meyebabkan masalah lambat bertutur adalah komunikasi itu sendiri.

Komunikasi dua hala perlu mempunyai kiu-kiu non- verbal seperti memek muka dan gerakan lidah. Jika seseorang kanak-kanak itu tidak dapat melihat pergerakan muka dan bibir ketika bercakap agak sukar baginya untuk meniru gaya percakapan seterusnya bertutur. Untuk itu adalah penting jika kita bercakap dengan kanak-kanak, kita perlu melihat ke wajah mereka supaya mereka dapat meniru dan memahami gerakan lidah bagi mengeluarkan perkataan tersebut, seterunya bertutur dengan jelas.

Tindakan mengajuk cara percakapan secara bayi atau ‘baby talk’ juga tidak sesuai. Ini seolah-olah memberikan dorongan kepada mereka untuk terus bertutur dalam bahasa mereka sendiri tanpa memahami cara sebenar sesuatu perkataan disebut.

Akhir sekali sekiranya evaluasi pendengaran mendapati pendengan seseorang kanak-kanak yang lambat bertutur itu normal, dia akan dirujuk kepada ahli terapi pertuturan (speech therapist). Ahli Terapi Pertuturan boleh menjalankan beberapa terapi untuk merangsan dan memperbetulkan pertuturan kanak-kanak tersebut. Perkhidmatan Ahli Terapi pertuturan pada waktu ini boleh didapati di hampir kesemua hospital besar kerajaan. Namun disebabkan bilangan mereka terlalu kecil, mungkin senarai menuggu agak lama.

Secara kesimpulannya, anak puan memang agak lambat dari segi pertuturan. Anak puan perlu dirujuk ke pakar kanak-kanak. Daripada sana anak puan akan dirujuk kepada Pakar Audiologi untuk pemeriksaan bagi memastikan anak puan tiada masalah pendengaran. Jika tiada masalah pendengaran, anak puan akan dirujuk kepada Ahli Terapi Pertuturan, dimana anak puan akan dilatih dan diberikan terapi untuk merangsang lagi serta memperbetulkan masalah pertuturan yang ada.

Disebabkan bilangan Ahli Terapi Pertuturan tidak ramai dan senarai menuggu yang panjang, puan boleh mengambil langkah-langkah tertentu untuk merangsang pertuturan nak puan. Setiap kali puan atau sesiapa yang bertutur dengannya pastikan anak puan dapat melihat memek muka dan pergerakan lidah semasa bercakap. Jangan menggalakkan penggunaan ‘baby talk’ di rumah. yang penting, anak puan tidak merasa tertekan seolah-olah beliau dipaksa untuk bertutur betul.

Harap puan dapat bersabar. Insya-Allah, anak puan mungkin dapat bertutur dengan normal, walaupun mungkin mengambil masa yang agak lama.

( answered by Dr Aznor Fadly )

Comments are closed.