[Q&A] Kenapa anak saya selalu bunyi kahak apabila disusukan?

Question: Assalam doc..saya nk tny..anak saya skang dah 7 bln..tp dia ada mslh kahak yg byk..selalu bla dia menyusu akan bunyi kahak dia..bla pg klinik check doc ckp paru-paru dia ok,clear..cuma kahak tu berkumpul di tekak dia..mcm mana saya nk buat nk bg keluar kahak dia?

Answer: Puan Nieza, saya selalu mendapat soalan ini apabila berjumpa dengan ibu bapa dan pesakit di klinik. Setelah diperiksa sebenarnya bukan kahak tetapi ‘laryngomalacia’ .Ini adalah keadaan di mana salur pernafasan atas peti suara yang lembut semasa bayi mengeluarkan bunyi ketika pernafasan Selalu terjadi semasa lahir dan bunyinya lebih kuat masa menyusu atau masa baby aktif. dan kurang atau hilang masa tidur. Sekiranya tidak ada susah nafas , nafas laju , tidak perlu khuatir kerana ia akan hilang apabila menjangkau setahun atau setahun setengah apabila salur pernafasan menjadi lebih kuat. Namun saya tidak pasti adakah anak puan mengalami keadaan yang sama memandangkan saya tidak memeriksa anak puan. Maka saya galakkan berjumpa pakar kanak kanak ye untuk diperiksa.