[Q&A] Anak saya sekarang sudah 2 tahun 1 bulan, tapi dia masih tidak bercakap.

Question: salam doktor, anak lelaki saya sekarang sudah 2 tahun 1 bulan, tapi dia masih tidak bercakap. adakah itu normal atau macam mana kalau saya ingin membuat checkup utk pendengaran atau pertuturan nya di hospital?

Answer: Puan Sharina, dapatkan surat rujukan berjumpa pakar kanak2. Doktor akan memeriksa anak puan secara teliti dan menghantar rujukan ke pegawai audiologi untuk ujian pendengaran serta pakar terapi percakapan .