[Q&A] apa yang menyebabkan bayi lemas dalam kandungan dan menyebabkan bayi mengeluarkan najis dalam kandungan. dan berapa tempoh/masa untuk ibu membuat keputusan daripada bayi termakan najis?

Question: apa yang menyebabkan bayi lemas dalam kandungan dan menyebabkan bayi mengeluarkan najis dalam kandungan. dan berapa tempoh/masa untuk ibu membuat keputusan daripada bayi termakan najis? samada terpaksa di Cesarean atau tidak?

Answer: Hafiza, ini satu soalan yang bagus. Ini sebenarnya soalan dalam bidang kebidanan(sakit puan). Bayi mengeluarkan najis dalam kandungan kerana ‘stress’ daripada placental insufficiency, maternal hypertension, GDM, post-term, preeclampsia, oligohydramnios, and maternal drug abuse (tobacco and cocaine) . Ia juga semasa anak hendak keluar, kepala bayi yang tertekan, tali pusat yang terhempit. Keadaan seperti ini juga boleh menyebabkan kekurangan bekalan darah/oksigen kepada bayi yang boleh menyebabkan lemas. Bacaan CTG dan pemeriksaan doktor bidan ( obstetrician) akan menentukan masa/sama ada perlu buat Caesarean segera.
Sekiranya bayi berak dalam perut tetapi bacaan nadi jantung dan kecutan rahim adalah normal ( CTG normal) maka mash ada masa untuk menunggu bayi lahir secara normal.
Harap ini dapat membantu anda.