[Q&A] Masalah batuk

Question: salam doktor, anak saya 3 tahun 2 bulan.. doktor mengesahkan dia ada eczema. adakah normal kanak-kanak eczema kerap batuk? doktor juga ada maklumkan paru-paru kanak-kanak eczema juga sensitif dan menyebabkan batuk. setiap kali batuk dan sakit tekak doktor akan bekalkan antibiotik. sebagai ibu saya bimbang kerana terlalu kerap mengambil antibiotik dan kadang kala menyebabkan anak saya cirit birit. bolehkan saya menggunakan madu dan lemon bagi mengurangkan batu serta ais krim vanila bagi mengurangkan sakit tekak?
terima kasih.

Answer: Saranan saya ialah puan dapatkan surat rujukan doktor ke klinik pediatrik untuk pemeriksaan lanjut.Saya khuatiri kemungkinan anak puan mempunyai salur pernafasan yang sensitif memandangkan eczema adalah satu penyakit kulit yg berkait rapat dgn asthma. Dan sekiranya ini adalah masalahnya maka antibiotik bukanlah jawapan kepada masalah anak puan.
Tiada masalah untuk Puan mengamalkan penggunaan lemon dan madu untuk anak puan, namun anak puan perlu dilihat oleh pakar agar rawatan boleh dimulakan.


Posted

in

by

Tags: