[Q&A] Anak saya tidak dapat cakap dengan betul

Question: hi doc..my son 2 yrs 4 mths n tak boleh ckp dgn betul lg.only few words n yg lain dia ckp bhs dia..sgt kuat tantrum apabila permintaan tak dipenuhi.when i try to teach him ,he just ignore me n kadang-kadang boleh mengamuk sbb dia tak nak dgr apa yg kita ckp..soalan nya mcm mana bak tau perkembangan anak i normal sbb i lihat byk benda lg dia tak mampu utk buat seperti budak seusia nya.

Answer: Perkembangan lewat, saya cadangkan agar puan mendapatkan surat rujukan dari klinik kesihatan atau klinik swasta untuk berjumpa pakar pediatrik untuk siasatan lanjut. Doktor akan meneliti perkembangan anak puan dari 4 sudut, pergerakan besar, pergerakan halus, percakapan dan pendengaran serta sosial. Ini penting untuk membantu diagnosa.