[Q&A] Anak saya tak nak minum susu dengan botol semasa di bekalkan di taska

Question: Hi doc, anak saya perempuan, umur 8bln+, berat 6.8kg, BMI 14 (kurang berat badan). masalah anak saya tak nak minum susu dengan botol semasa di bekalkan di taska. susu yang di bekalkan adalah EBM dan saya tak pernah bagi susu formula lagi. ok ke kalau baby tak minum susu sepanjang hari sehingga petang saya balik kerja. di taska saya bekalkan dengan bubur nasi juga, so, dia hanya makan bubur nasi tersebut sahaja sepanjang seharian di taska. hope could help n advice me. thank you,

Answer: Bayi pada umur 8 bulan masih memerlukan susu. Perlu bertanya pada penjaga samada anak puan diberikan air lain contohnya air kosong atau susu kotak , kerana ini mungkin punca kenapa dia tidak mahu minum susu. Sekiranya ini berlanjutan, saya mengagak berat badannya akan merosot nanti.


Posted

in

by

Tags: