Q 1: “assalamualaikum.. doktor.. anak saya berumur 6thn akan batuk2 pada waktu mlm n subuh.. waktu siang kurang batuknya. sya ada pergi klinik n dr kta sebab anak sya ada asma klau mlm2 batuk g klinik n ambil neb. kbtulan anak sya batuk lg mlm semasa tidur n sya bwa g klinik n ambil neb tapi still batuk2 lagi. harap dapat penjelasan apa yg perlu dibuat atau ianya biasa. terima kasih atas penjelasan” ( ida )
Q 2 : “My 9.5 months baby girl always cough in her sleep. 3-4 times a night. Sometimes when she wakes up she has runny nose but only clear mucus-like. Nothing in green or yellow mucus. was it because she’s cold at night? Slept with aircond temperature at 25-26 degree. Sometimes she slept with just the fan on, she will sweat and her hair will wet sweat. Is this serious? Should i be worried?” ( linda )
A : Waalaikumussalam dan salam sejahtera kepada Puan Ida dan Puan Linda.
Batuk adalah antara aduan yang paling kerap disuarakan oleh ibubapa apabila anak mereka mengalami simptom ini. Sebelum saya menjawab soalan puan khususnya saya akan menerangkan sedikit mengenai batuk.
Batuk adalah sebenarnya satu tindak balas yang terhasil apabila ada bendasing yang cuba memasuki saluran pernafasan kita sama ada kahak atau makanan. Ia adalah satu cara pertahanan badan kita untuk mengelak daripada paru-paru kita dicemari dengan bendasing atau mengakibatkan saluran pernafasan kita tersumbat yang boleh membawa kepada masalah pernafasan atau jangkitan.
Jadi batuk tidak semestinya benda yang tidak elok dan perlu dirawat. Tanpa batuk, kemungkinan jangkitan paru-paru akan menjadi lebih berleluasa.
Jadi untuk menjawab persoalan puan mengenai batuk anak yang kerap pada waktu malam dan kurang pada masa siang berkemungkinan ada 2 sebab.
Satunya adalah disebabkan oleh ‘asthma’ yang disebabkan oleh perubahan suhu dari siang ke malam (menjadi lebih sejuk) dan perubahan ini menyebabkan serangan ‘asthma’ yang dizahirkan dalam bentuk batuk. Apabila serangan ‘asthma’ berlaku, otot-otot saluran pernafasan akan mengembang dan radang terhadap saluran tersebut juga akan terjadi dan ini akan menghasilkan kahak dan kesannya kepada pesakit adalah kesesakan nafas dan batuk. Tahap serangan berbeza-beza dari tidak serius ke sangat serius.
Oleh itu untuk rawatan serangan ‘asthma’ ini jika serius dan teruk di mana pesakit menjadi sesak nafas, bernafas laju sehingga nampak letih maka pesakit tersebut perlu di bawa segera untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan segera yang antaranya adalah ‘nebulisation’ ataupun dipanggil rawatan ‘gas’.
Jika pesakit tersebut hanya batuk-batuk tetapi masih boleh tidur dan selesa, pesakit tersebut masih perlu mendapatkan rawatan tetapi tidaklah perlu segera dan rawatannya boleh diberi di rumah dalam bentuk ‘inhaler’. Bagaimanapun pesakit masih perlu dibawa berjumpa doktor untuk mengesahkan penyakitnya, mendapatkan ubat ‘inhaler’ tersebut dan untuk diberi tunjuk ajar cara penggunaan ‘inhaler’.
Sebab kedua batuk pada waktu malam adalah ‘post-nasal drip’. Ini berlaku apabila anak mengalami jangkitan selsema, maka terhasil hingus di dalam rongga hidung.
Pada waktu malam semasa tidur anak akan berada di dalam keadaan terlentang dan disebabkan graviti hingus tersebut akan mengalir ke belakang kerongkong dan akan cuba untuk memasuk saluran pernafasan dan ini akan mengakibatkan refleks batuk seperti yang telah saya terangkan pada perenggan pertama tadi.
Untuk merawat masalah ini ada beberapa jenis ubat yang boleh diberi yang boleh sama ada mengeringkan hingus tersebut atau membersihkan rongga hidung dari hingus. Tetapi ubat-ubat ini sama sekali tidak akan merawat jangkitan selsema tersebut, ia hanya melegakan masalah hidung tersumbat dan batuk. Jangkitan virus selsema biasanya akan hilang sendiri selepas 3-5 hari tetapi kesan jangkitan selsema boleh berlarutan sehingga 1-2 minggu.
Harap jawapan ini sedikit sebanyak boleh membantu. Wallahu’alam.
( answered by Dr Faisal Mohd Fadzli )
Assalamualaikum doc.. anak sy berumur setahun 2 bulan. Mulanya dia selsema n batuk. Setelah mendapatkan rawatan batuk berterusan sehingga 2 3 minggu. Sy kembali mendapatkan rawatan dengan pakar kanak kanak. Doc beri ubat batuk dan kahak utk tempoh seminggu. Doc memberitahu saya kahak anak sy dah keras n susah nk keluar. Selepas seminggu doc suruh sy kembali ke klinik utk dapatkn pemeriksaan paru2 anak sy. Kemudian anak sy diberi ubat batuk, kahak, alergy dan juga ubat utk kuatkan paru2 dlm bentuk debu (powder) utk tempuh 2 minggu. Hari ini anak sy berada di hari ke 5 dan masih meneruskan ubat yg diberi. Namun anak sy masih menghadapi muntah pada waktu mlm terutama lepas minum susu. Pada waktu siang tak ada masalah. Hanya pada waktu malam.kadang kala anak sy muntah beberapa jam selepas minum susu. Ia bermula dengan batuk dan kemudiannya muntah. Sy perhatikan pernafasan anak sy lepas muntah dan ianya kelihatan normal. Anak sy juga kembali tidur seperti biasa lepas muntah. Siang anak sy aktif, suhu badan normal.masalahnya cuma muntah pada waktu malam. Saya sangat risau akan keadaannya. Harap doc dapat memberi pandangan dan membantu sy. Ribuan terima kasih sy ucapakan.
DR Anak sy berusia 10bln pernah mndpt pneumonia/jangkitan paru2 dan dimskkn ke wad slma sminggu tp sehingga skrg ank sy masih lg batuk n kadang2 demam n tiada selera makan nasi susu jg kurang sehingga berat jg susut dr 6.8 kpd 6.1kg sy ada bw jmp pakar n diberi gas ubt batuk n cair kahak..boleh DR terangkn apa patut sy lakukn adakh perlu dibw kehosptl n buat pemeriksaan paru2 atau darah
Tq Dr.. Banyan membantu
Salam Dr. Anak saya berusia 3 tahun. Baru-baru ini dia kerap muntah,jam 3am ke atas. Persoalannya dia tidak demam atau batuk. Ia berlaku tiba-tiba. Adakah ini bahaya untuk anak saya atau mungkin kandungan asid dalam perutnya tinggi sebab anak saya kuat menyusu susu formula. Terima kasih di atas respon.
Salam doc…saya nak Tanya adakah nabulizer selamat Bagai bayi berumur kurang sebulan bagi rawatan batik dan selsema dan apakah dose yg sesuai Bagai pengambilan cecair ventolin tuk nab…
salam dr. saya nak tanya usia anak saya 11 bln, yg menjadi kerisauan saya dia mengalami masalah selsema dan batuk sejak 2 minggu yg lalu dan telah diberi ubat namun gejala tersebut masih berlarutan. walaubagaimanapun ianya berlaku sblh siang hari, bila tidur dia tak batuk dan nampak selesa. oleh kerana kerisauan yang berlebih, saya telah berjumpa dr pakar kanak-kanak dan dr telah buat xray terhadap anak saya dan keputusannya dia kata anak saya ada jangkitan kuman disebalah paru2 kanan dan dia mensyorkan agar anak saya menjalani rawatan di hospital untuk onn antibiotik..soalan saya adakah anak saya akan sihak selepas diberi antibiotik dan apakah kesan antibiotik terhadap baby bwh 1 thn. mohon dr tolong jelaskan. tqvm
Assalam Puan Ina
Jika ada jangkitan bakteria pada paru2, maka rawatan antibiotik adalah langkah yang sepatutnya dan jika anak puan menghabiskan rawatan antibiotik tersebut maka sepatutnya jangkitan tersebut dapat dipulihkan. Ini jika tiada komplikasi-komplikasi lain yang boleh memanjangkan tempoh rawatan.
Kesan antibiotik yang saya rasa puan maksudkan ini adalah kesan sampingan. Secara umumnya apa2 kesan sampingan antibiotik adalah sama tidak mengikut umur. Apa kesan sampingan pada dewasa boleh juga dialami oleh kanak-kanak malah bayi. Contoh2 kesan sampingan adalah seperti cirit2, rasa mual, muntah2 Bagaimanapun kesan sampingan yang serius jarang2 berlaku dan antibiotik boleh diberikan kepada kanak2 malah bayi yang berumur satu hari!
Harap jawapan saya membantu puan. Terima kasih.
Salam doc..anak saya berumur 6 tahun..anak saya sering batuk malam..pada siang hari ok saja..perlukah saya bawa anak saya ke klinik bagi mendapatkan rawatan…
Assalam Pn Nesniwati
Saya rasa lebih baik puan bawa anak ke klinik untuk mendapatkan nasihat doktor. Ada banyak sebab sering batuk malam. Ada yang serius dan ada yang tidak serius. Oleh itu lebih banyak soalan perlu ditanya dan pemeriksaan lengkap perlu dilakukan untuk mencari sebab. Wallahua’alam.
salam wbt Doc, anak saya berumur 5 minggu dan pertama kali diserang batuk. Apa yang perlu saya lakukan kerana Doc di klinik mengatakan takde ubat untuk bayi yang baru lahir. Jika pernafasan terhenti perlu segera ke hospital.
Puan , kami ada menjawab soalan seperti ini sebelum ini dan telah ada artikel tentang batuk yang telah ditulis oleh Dr Yap. Puan boleh pergi ke search button sebelah atas kanan dan taip ubat batuk.
[…] Anak saya BATUK MALAM […]
Salam Doktor, anak saya berusia setahun 10 bulan. Dia kerap batuk malam. Apabila saya beri dia minum air masak dan sapu vick di dada dan belakang, batuknya akan reda dan dia terus tido semula. Siang hari dia seperti biasa, tidak batuk dan tiada hingus.Dia masih menyusu badan dan jugak susu formula. Sebelum tidur malam dia akan menyusu badan. Saya ada menyimpan ubat batuk yang diambil di klinik tapi jarang digunakan sebab batuknya tidak berlanjutan.
[…] Anak saya BATUK MALAM […]
[…] http://doktorbudak.com/2013/07/20/anak-saya-batuk-malam/ […]
salam doktor,
Anak saya berumur 5 tahun. Dia mengalami asma dan eczema sejak umur 6 bulan. Boleh dikatakan setiap 1~2 bulan dia diserang asma dan tidak ke tadika untuk berehat sehingga pulih betul. Bila anak saya diserang asma, kami mmg bawa anak kami berjumpa pead dan beliau akan berikan pil prednisolone (x pasti ejaan yg tepat) untuk 2~3 hari. Selamatkah pil ni jika diambil setiap 1~2 bulan? Saya cuma khuatir side effect di jangka masa panjang. Perlukah kami start dengan mengambil inhaler untuk prevention dari asma? Kami dirumah mmg ada beli mesin nebulizer dan akan berikan gas bila dia kena asma. Solution yg kami gunakan ialah duovent (x pasti ejaan yg tepat).
Ada kawan saya mencadangkan untuk cuba rawatan tradisional dgn mengurut, apa pandangan doktor?
Terima kasih Dr.
salam doctor…anak saya berumur 2thn 6bln..last timbang berat 10kg lbh,tp skrg tak tau la berape..tp ank sy aktif n kuat menyusu..masalah nye ialah,bl anak saya terkena batuk,die mudah muntah..batuk sikit muntah…adakah itu normal,atau ada kah cara lain selain dpd mkn ubat dpd klinik..
Assalamualaikum Pn Hannah
Merujuk kepada artikel saya di atas, batuk terhasil jika terdapar bendasing, dalam kes anak puan, adalah kahak cuba masuk ke saluran pernafasan/kerongkong.
Tetapi pada kanak-kanak, apabila mereka batuk, mereka tidak pandai untuk mengeluarkan kahak tersebut melalui mulut mereka. Selalunya mereka akan telan kahak tersebut atau kahak tersebut tidak keluar sepenuhnya dari saluran pernafasan mereka.
Saya tidak menerangkan dalam artikel saya kesan dari proses batuk itu. Apabila kita batuk, tenaga yang dijanakan untuk batuk bukan sahaja datang dari rongga dada tapi juga dari perut (abdomen). (Rujuk gambarajah batuk ‘Compression’ dan ‘Expulsion’). Disebabkan tekanan dikenakan pada perut, batuk boleh mengakibatkan kanak-kanak akan muntah lebih-lebih lagi jika kahak tersebut masih berada di kerongkong dan menyebabkan proses batuk itu berterusan. Saya pasti anak Puan apabila muntah, dalam muntah tersebut mungkin bercampur dengan kahak.
Bagaimana untuk merawatnya?
Punca batuk tersebut perlu dicari. Berkemungkinan ada jangkitan. Puan perlu membawa anak berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Ubat batuk tidak menghilangkan atau merawat batuk. Ada yang cuba ‘menghalang’ proses batuk, ada yang cuba mengeringkan kahak dan ada yang hanya melegakan sakit tekak akibat batuk. Ubat khusus untuk asthma juga kadang-kadang dikatakan ubat batuk kerana simptom batuk boleh disebabkan oleh asthma tetapi tidak semua batuk adalah asthma.
Jadi persoalan Puan adakah muntah selepas batuk normal. Jawapannya kanak-kanak boleh muntah selepas batuk. Tetapi yang tidak normalnya kenapa dia batuk. Itu yang perlu diberi perhatian.
Jika muntah terlalu kerap ianya juga bahaya kerana boleh menyebabkan nyah-hidrat (dehydration). Jika ia berlaku rawatan juga perlu diberi untuk keadaan tersebut dan pada masa yang sama sebab batuk tersebut perlu ditangani.
Harap jawapan saya sedikit sebanyak membantu Puan.
Wallahu’alam
Faisal
Sangat membantu..thanks doktor! blog yg sgt2 menarik..