[Q&A] Cara untuk merawat muntah dan cirit-birit.

Question: Cara untuk merawat muntah dan cirit-birit.

Answer: Penyakit cirit birit atau lebih dikenali acute gastroenteritis adalah salah satu penyebab kematian kanak-kanak bawah 5 tahun di seluruh dunia terutama negara membangun seperti Malaysia.

Penyebab utama berlaku cirit birit adalah jangkitan pada salur pemakanan yang disebabkan oleh virus, bakteria ataupun toksin.

Simptom-simptomnya adalah muntah beserta cirit birit ataupun cirit birit sahaja tanpa muntah. Demam juga boleh menjadi symptom utama dan diakibatkan oleh jangkitan ataupun nyahhidratan (dehydration). Simptom yang ada bertujuan untuk menyingkirkan jangkitan jadi rawatan yg diberi kepada anak-anak bertujuan untuk meredakan simptom (supportive).

Dalam banyak keadaan ubat-ubatan tidak diperlukan. Kebiasaannya muntah akan berhenti kurang dari 12 jam selepas tanda-tanda penyakit bermula, sebaik sahaja muntah berhenti cirit birit akan berlaku. Jumlah kehilangan air dan garam-galian dari badan amat penting digantikan dengan kadar seimbang oleh oral rehydration salt atau pun susu jika masih menyusu.

Untuk meredakan simptom cirit hanya Smecta yang mempunyai peranan. Ubat tahan muntah baik oral atau suppository selalunya tiada fungsi sama sekali. Seandainya anak puan tidak aktif , enggan makan dan minum seperti biasa puan hendaklah membawa terus ke hospital untuk rawatan lanjut.

Comments are closed.